GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, September 29, 2013

Kepimpinan Ulama nak apa lagi?

Muktamar PAS semakin hampir. Mat Sabu kata, kempen kali ini adalah yang paling buruk yang pernah dia alami selama bergiat didalam PAS. 

Aku bukanlah pula nak tolong kempen untuk Mat Sabu supaya kekal dengan jawatannya yang sekarang ini, cumanya aku nak tanya mereka yang sibuk nak jatuhkan Mat Sabu ini, apa salah silapnya Mat Sabu sepanjang beliau menjadi Timbalan Presiden PAS ini?

Hanya semata-mata dia dikaitkan dengan Syiah, maka korang naik benci dan nak buang dia! Ada tak dia pernah ajak korang masuk Syiah?

Dan tidak ada siapa pun yang dapat memberikan bukti yang jelas bahawa Mat Sabu itu Syiah.Ada?

Bila dah tak dapat nak berikan bukti, puak-puak ni tuduh pulak Mat Sabu bertaqiyah - menipu yang diharuskan oleh Syiah!

Korang buat fitnah dan menyibarkannya boleh pula? Itu adalah ajaran Ahli Punah wal-Jamaah - bukan Ahli Sunnah wal-Jamaah! Bertaubatlah dan jangan bersangka buruk terhadap orang lain tanpa bukti yang jelas.

Korang ingat Mat Sabu ni hanya layak digunakan untuk ceramah kutip derma sahajakah? 

Sebagai satu jemaah yang memperjuangkan Islam, PAS dilihat lebih dihormati kawan dan lawan sekiranya pemilihan itu dinilai dari performance seseorang itu.

Kita patut dan perlu menilai Mat Sabu itu dari segi etika dia melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya selama ini.Kalau tidak ada cacat celanya, maka apa perlu kedudukan beliau itu dicabar?

Bagi mereka yang ingin menawarkan diri untuk mencabar kedudukan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, sila kemukakan apa-apa kesilapan yang telah beliau lakukan atau kegagalan yang telah beliau lakukan dalam memikul amanah jemaah yang diberikan kepadanya.

Jangan sekadar gatai nak bertanding semata-mata kerana ada gelaran 'Ulama' pada nama!Tapi kalau benar-benar ada visi dan misi yang baik, rasa-rasa mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah lebih baik dari apa yang ada kini, tafadhal .... 

Harus diingat, Mat Sabu ketika bertanding Timbalan Presiden, beliau tidak punyai apa-apa jawatan dalam parti, tapi tetap terus bergiat dengan kerja-kerja jemaah!


Beliau mengambil keputusan mencabar kedudukan Ust Nasarudin Mat Isa, seorang yang berstatus 'Ulama' ketika itu adalah kerana Nasarudin tidak perform dalam tugasnya

Nasarudin Mat Isa, apabila gagal dalam mempertahankan jawatannya itu, beliau semacam merajuk dan tidak mahu menerima apa-apa jawatan yang ditawarkan oleh PAS Pusat. Beliau tidak aktif dalam kerja-kerja jemaah sebagaimana Mat Sabu, selain menimbulkan banyak perkara-perkara yang kontraversi dan akhirnya beliau telah dilucutkan keahliannya dari Majlis Syura Ulama PAS dan kini sedang berada dikaki lima Umno sambil menunggu apa-apa peluang ... Mungkin selepas pemilihan Umno ni nanti, dapat ikut pergi Mekah sekali lagi...

Kali ini nampaknya Mat Sabu lepaskan geramnya  di sini. Bahawa konsep kepimpinan Ulama yang dia dan rakan-rakannya perkenalkan dulu tu kini dilihat seolah-olah dah jadi macam ular dalam semak nak menelan Mat Sabu sendiri pula! 

Kepimpinan Ulama kini sudah tidak ubah seperti peribahasa Melayu lama ~ 'Belanda Minta Tanah', yakni jadi orang yang tamak yang sentiasa hendakkan lebih ; atau dengan kata lain yang lebih romantis, beri betis nak peha, beri peha nak apa lagi?

Comments
7 Comments

7 comments :

mohdkhairismail Ismail said...

Pemimpin Shiah seperti Mat Sabu tak layak memimpin parti Islam ahlul sunnnah. Shiah sesat dan kafir.

mohdkhairismail Ismail said...

Hanya pengikut shiah seperti anda yang menyokong mat sapu.

mohdkhairismail Ismail said...

Pas perlukan pemimpin yang berilmu dan beramal. Bukannya mat sabu yang shiah ni!

yusofali said...

wahai khairi..u sembunyikan tanduk dlm kopiah atas kepala u ke..menyambungkan lidah fitnah utk Sdra Mat Sabu, beliau juga diterima oleh org2 diluar Pas..org2 seumpama begini yg nak ditendangkan sebagai pemimpin Pas termasuk Husam, Mahfuz dll tu..sejak thn 70an saya tengokkan org2 mcm khairi ni yg membenamkan Pas sebenarnya..

Err said...

Ramai peminat syiah rupanya..

alhusseyn said...

Apakah selama ini orang PAS yang menyokong Mat Sabu sewaktu pemilihan Timbalan PAS mengalahkan Nasarudin Mat Isa yang di Muktamar lalu adalah terdiri dari kalangan Syiah belaka? Khairi janganlah cuba nak memperbodohkan orang-orang PAS - mereka tahu menilai antara manusia yang berilmu atau tidak.Kamu hanya pandai membuat tohmahan tanpa sebarang bukti.

drlangitbiru penang said...

Pemimpin yang terjun ke medan tempur, Taqwa dan Bijaksana perlu ada kedua-duanya. Kurang tepat Langitbiru fikir, FAKIH AGAMA sebagai kriteria atau syarat utama, yang kefakihan itu dinilai dari sijil-sijil pengajian agama.

Seorang pemuda berumur 24 tahun, dari pengajian pra-sekolah, hingga ke sekolah tinggi agama, belajar di Pondok, umur 20 tahun sambung belajar di Al-Azhar, balik umur 24 tahun dengan Sijil Sarjana Muda Usuludin contohnya, sudah tentu jauh fakih ilmu agamanya berbanding dengan Mat Sabu.

Apatah lagi nak bandingkan kefakihan ilmu agama At-Takiri yang ada PhD berbanding dengan Mat Sabu! Maka sudah tentulah fakihnya ilmu At-Takiri seperti awan dengan bumi berbanding fakihnya ilmu Mat Sabu!

Kerana ketidakfakihan ilmu agama Mat Sabu itu, At-Takiri yang fakih ilmunya berkata ,


“Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.”


"Kita mencadangkan sahaja, maka dia (Mohamad Sabu) tidak perlu rasa hati dengan resolusi kami," katanya.

Langitbiru fikir, At-Takiri kurang cermat dan kurang berhemah dengan menyebut nama Mat Sabu secara terus dan jelas. Sewajarnya, At-Takiri memberi kenyataan umum bukan kenyataan atas kapasiti individu sedemikian.

http://malaysianinsaf.blogspot.com/2013/10/kefakihan-mat-sabu.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...