GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, September 16, 2013

Mana Harun Taib dan kuncu-kuncunya nak sorok muka?

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 
2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS?

Laporan Post Mortem PRU-13 yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Salahuddin Ayub dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad sebagai timbalannya itu , rasa-rasanya masih belum siap lagi.

 Ini kerana menurut kenyataan dalam laporan Harakah Online pada 9 Jun 2013 lalu, Timbalan Presiden Mohamad Sabu menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut sudah pun menjalankan siasatannya dua minggu lepas dan laporan lengkap dijangka akan siap dalam bulan Oktober ini.

 Kini baru masuk minggu kedua September. Belum lagi Oktober! Kalau begitu keadaannya, maka Laporan Post Mortem yang Dr Dzulkifli sifatkan sebagai ‘Post Mortem umpama siasatan diraja’ itu, belum siaplah lagi!

 Maka atas dasar apakah Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib sanggup mengeluarkan kenyataan :

 "Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS. 

 "Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini 

 Bukankah lebih beradab sekirannya Harun Taib menunggu dahulu keluarnya laporan Post Mortem PRU-13 supaya dapat mengenal pasti mengenai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS dan perkara-perkara yang dikatannya melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi.

 Tindakan Harun Taib dengan mengeluarkan kenyataan tersebut jelas telah mendahului dan tidak menghormati Jawatankuasa Post Mortem PRU-13 yang telah dilantik.

 Malah kalau diperhalusi resolusi Multaqa Ulama itu kelihatan begitu dipengaruhi oleh pemikiran Harun Taib sendiri dan seolah-olah cuba mengenepikan TGNA yang merupakan Mursyidul 'Am dengan begitu sahaja.

 Bukankah lebih bersopan sekiranya resolusi itu dipersembahkan dahulu kepada Nik Aziz selaku Mursyidul Am sebelum ianya diumumkan kepada ramai? Apakah layak seorang Mursyidul 'Am hanya dapat mengetahuinya melalui akhbar sahaja?

 Sekarang mana Harun Taib dan kuncu-kuncunya nak sorok muka mereka bila Nik Aziz berlaga angin dengan resolusi Multaqa Harun Taib?
Comments
3 Comments

3 comments :

Yong said...

Salam al-Husseyn

Resolusi Multaqa itu kerja GOPOH yang diharakikan oleh ulama haraki.

bat8 said...

Tuan,

Saya tergelak membaca kenyataan Haron taib. Nampaknya soldier-soldier UG semua sudah kecundang maka boss besou le nampaknya kena menampakkan diri.

Teringat saya bahagian akhir cerita Ali Baba Bujang lapuk. Apabila semua usaha anakbuah gagal ,maka bos besou kena buat kerja sendiri dengan menyamar menjadi saudagar minyak....hihihi.

Tuang presideng pun nampaknya cerdik sedikit dengan menembak terus cubaan bos besou UG yang dok gila kepayang nak bergabung dengang UMNO. Itu pun setelah TGNA dah dah bagi buah "smash" tajam ala Lin Dan.

kalaulah TGNA tak smash dulu, kita dah boleh agak apa jenis lagu yang akan di dendangkan oleh Tuang presideng PAS ni.....tentulah dendang duet dengan Ustaz haron taib le.....

bat8

pok amid littor said...

Aku jahil agama dan tak tau hukum hakam politik dalam agama. Tapi yang aku dapat baca, Harun ni dah banyak kali mengeluarkan pendapat yang agak menjatuhkan PAS dimata rakyat. Amacam Ketua DPPP, tak haram ke bila keluarkan kenyataan yang merugikan parti?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...