JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, September 15, 2013

Parti Ulamak Semalaysia PUS ganti PAS!


Tuan Pengerusi Tetap, Alhamdulillah kerana PAS selama ini mampu bertahan dalam memperjuangkan Islam lantaran konsep Kepimpinan Ulama yang menjadi teras perjuangannya sehingga kini. 

 Mursyidul Am, Timbalannya, Dewan Ulama dan Majlis Syura yang dibarisi oleh ulama-ulama Pas yang akan terus menentukan dasar serta masa depan parti. Terutamanya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

 Bagi tujuan memperkasakan lagi kedudukan Ulamak dan bertepatan dengan konsep ‘Kepimpinan Ulamak’ maka Saya alHusseyn, selaku perwakilan dari PAS Kawasan Entah Berantah amat menyokong resolusi ke-5 dan ke-7 Multaqa Ulamak PAS Malaysia yang menyatakan sebagaimana berikut :

 Resolusi ke-5 Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah

 Resolusi ke-7 Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.


Maka dengan ini saya ingin mencadangkan dua perkara kepada muktamar pada kali ini.

 1) Mencadangkan supaya PAS keluar dari gabungan Pakatan Rakyat dan bertanding sendirian di semua tempat yang dihajati tanpa perlu bertolak ansur dengan mana-mana parti.Motif PAS adalah untuk menyampaikan dakwah Islamiyah.Allah tidak akan tanya kita kenapa kita kalah dan berapa jumlah wang deposit yang lebur, tapi Allah akan tanya kita, apakah kamu telah menyampaikan dakwah?

 2) Mengusulkan digubalkan perlembagaan PAS dengan menyatakan seperti berikut :

 2.1 "SEMUA TIDAK BOLEH MENJADI PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, KECUALI MEREKA YANG BERGELAR ULAMA. 

 2.2 Disamping itu juga, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat juga hendaklah dari kalangan mereka yang ulamak haraki.

 2.3 Nama PAS, Parti Islam Semalaysia ditukar menjadi Parti Ulama Semalaysia atau singkatannya PUS. 

2.4 Golongan professional tidak perlu lagi dicalonkan lagi dalam pemilihan di masa akan datang dan hanya layak menjadi tukang pasang poster dan pacak bendera sahaja.

 Penggubalan perlembagaan ini adalah satu perkara yang penting, kerana bagi mengelak dari berlaku kecelaruan dan persengketaan isu "ulama - professional" yang berlaku selama hari ini. Sekian
Comments
4 Comments

4 comments :

saad ariffin said...

Cukup tepat usul yang dibentangkan selari dengan kehendak UMNO/BN semoga usul ini diluluskan semasa muktamar kebangsaan kelak

Yong said...

Salam al-Husseyn

Kereh base, nampok.

Tengok status Yong kat fesbuk. Yong songel di situ dulu. Tengah kumpul poin.

alhusseyn said...

Salam Yong, Kita ikhlas berjuang kerana Allah.Hanya ulamak sahaja yang ikhlas dan takutkan Allah.Bukan Ulama hanya berani dan pandai berdemo sahaja....

drlangitbiru penang said...

Tolong tambah satu lagi usul:


Slogan PAS FOR ALL

ditukar kepada

PAS FOR ULAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...