JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, September 05, 2013

Pemuda PAS jangan malu belajar dari Nurul Izzah!


Kepada Geng UG PAS, tolong baca transkrip berikut, ayat demi ayat, perkataan demi perkataan.Ini bukan Kerajaan Perpaduan versi Anwar macam yang korang cakap.Kalau korang tak faham juga , malulah dengan wartawan Sinar Harian nih! Heran betul aku, takkanlah bengap macam itu sekali!

Bukan nak bincang pasal nak tubuh kerajaan ...ia hanya bagi membincangkan isu semasa yang semakin kritikal. Beza dengan nak tubuh Kerajaan Perpaduan sebagaimana idea TGHA.Susah sangat nak faham? Mana bukti adanya UG versi Anwar? Kah! kah! kah!


0 :23 (Wartawan) ~ Jadi saya lihat semalam ada satu kenyataan Pemuda PAS lah ...  setelah Datuk Seri Anwar ada bangkitkan untuk mengadakan perbincangan dgn BN . Tetapi Pemuda PAS ni membuat teguran  mengenai tindakan Datuk Seri sendiri yang cakap , tidak apa ... sangat  macam ..( kritiklah? - maaf kurang jelas) dengan kenyataan ... sebab diaorang ni, PAS pun nak buat tapi banyak pemimpin dalam PR juga ... (Sila rujuk di sini - alHusseyn)

0:47 ~ Perbezaan yg sebenar di sini, saya mintalah, saya rasa, Naib Pemuda PAS Pusat untuk merujuk kpd pimpinan beliau terdahulu. Kerana setiap peringkat   perbincangan itu dibuat dengan baik sekali oleh Majlis Pimpinan (Presiden) Pakatan Rakyat Pusat; di setiap ketika kita tidak adakan cadangan ini tanpa memaklumkan kpd  badan-badan komponen parti yang lainnya.

1:13 ~ Jadi saya agak keciwa kerana beliau terlebih dahulu tidak memeriksa dgn pimpinan dalam PAS sendiri sebelum membuat kenyataan yg sedemikian.

1:22 ~ Yang penting di sini, kita ikut struktur, kita ikut laluan dan kita ikut ruang yang diberikan dan saya yakin, saya yakin sehingga ke saat ini Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat itu sendiri mengetahui dan merestui kerana apa pun yang dipinta apa?

1:44 ~ Yang dipinta adalah kesedian bersama dalam satu sidang meja bulat, bercakap tentang masalah jenayah, masalah ekonomi yang    dilaksanakan, dilakukan oleh banyak negara.

1.58 (Wartawan) ~ Maksudnya ini bukan Kerajaan Perpaduankan?

2:01 ~ Saya fikir ada perbezaan di situ.Kalau boleh rujuklah ayat demi ayat, kenyataan. Kalau saudari pun tahu, apatah lagi  ya, orang lain.

2.12 ~ Baca kenyataan dan kita jelas , sidang Meja Bulat. Saya sebenarnya tidak mahulah keadaan semakin tegang  selepas PRU.Maaf ya, kita dah bangkitkan bantahan terhadap keputusan, kemudian akhirnya kita buat petisyen  ikut lunas-lunas  undang-undang.

2:31 ~ Sekarang tiba  masanya untuk menyatakan Malaysia mempunyai masaalah seperti  jenayah yg begitu mendadak.

2:38 ~ Kita ada banyak masaalah ekonomi dan inflasi yang tidak terkawal dengan peredaran global yang semakin mundur atau pun malap.

2:49 ~ Justeru harus ada kerjasama yang seiringan dalam satu persidangan meja bulat.Tidak ada siapa yg meminta parti masing-masing meninggalkan latar belakang masing-masing, tidak!

3:00 ~ Kita hanya minta berdiri teguh dan bangga dgn bendera parti masing-masing.Tetapi mengutamakan isu yg dibawa oleh rakyat terbanyak.

WARTAWAN SINAR HARIAN : JAMILAH, JURUKAMAERA DAN SUNTINGAN: FAUZI MOHAMED
Comments
3 Comments

3 comments :

drlangitbiru penang said...

Pemuda PAS usah gopoh gapah.....
Berfikirlah dulu sebelum berkata-kata....
Kalau dah berjawatan tinggi dalam Parti, fikir jangan sekali tetapi 2 atau 3, atau berkali-kali kerana setiao patah perkataan orang berjawatan tinggi dalam parti akan dinilai, sidikit sebanyak parti juga terkena tempias kurang cerdik, kurang matang....

hemmm...tak semena-mena pula ketua Pemuda PAS berkeras PAS tak mahu UG, tetapi menyebuk pasal Ijtihad Presiden 5 tahun yang lalu....tak relevan !

Abah said...

Apa-apa perbincangan dengan umno sebenarnya menyambung tali hayat umno yang tengah lemas sekarang. Silap-silap setelah umno dapat tenaga baru PR akan ditelan.

Hafiz Hilmi said...

Kenyataan media Dr Raja ni bukan ditulis oleh beliau sendiri. ada pegawai media di pejabat agung yang tolong tulis untuk semua pimpinan pemuda....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...