JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, September 18, 2013

Umno gagal memajukan ummat Islam - Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil.

 Timbalan Perdana Menteri berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan umat Islam.

 "Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," kata Muhyiddin di sini

 Umno kini mengaku mengenai kegagalannya untuk memajukan ummat Islam dan perlu bersatu dengan PAS untuk tujuan tersebut? 

Pernyataan Muhyididn Yassin bahawa Kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara yang mustahil menarik minat saya untuk memperkatakannya.

 Muhyiddin berkata, "Di pihak UMNO sendiri, kita tidak mempunyai sebarang masalah berhubung cadangan itu," 

 Dengan kata lain, Umno boleh menerima PAS!! Bukankah sebelum ini PAS sering dituduh sebagai kumpulan yang sesat dan mati besok masuk neraka! Bolehkah Umno berkawan dengan PAS?

 Apakah Umno sudah bertaubat daripada menuduh PAS sebagai pengganas, pelampau, penghasut, anti pembangunan, Taliban, ekstrim, pemecah belah perpaduan, taksub, fanatik, berfikiran sempit, tidak patriotik dan entah macam-macam lagi.Biarlah kita tunggu penjelasan seterusnya dari puak Umno!

 Jom kita tanya pula kepada pemimpin PAS. Apakah mungkin PAS bersedia untuk bersubahat dengan kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan akhlak yang sedang berlaku dibawah Umno/BN?

 Bukankah Umno melakukan pengkhianatan kepada bangsanya sendiri selama ini? 

 Rasuah menjadi-jadi dan tidak dapat dikekang lagi.Jenayah menyonglap wang rakyat melalui projek-projek berleluasa dibawah Umno.

Pemimpin Umno semuanya korup dan terlepas daripada hukuman.Mana-mana yang disiasat dan dikenakan hukuman seperti kes rasuah Khir Toyo itu hanyalah kerana Umno sendiri mahu menyingkirkannya dari politik nasional.Itupun dia hanya dikenakan satu tahun penjara sahaja!

 Kes NFL RM250 juta, oleh kerana Umno masih sayangkan si Lembu Betina itu, maka kesnya pun senyap sepi sekarang. Wanita Umno tidak pun merasakan jijik untuk berketuakan lembu yang membawa lumpur kedalam kandang mereka.Dah memang tabiat lembu begitu, nak kata apa lagi?

 Dibawah Umno/BN , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Kehakiman , SPRM, dan PDRM semuanya hilang kredibiliti. Terlalu banyak kepincangan yang rakyat boleh lihat dan rasai sendiri.

 Saya amat tertarik dengan kenyataan Sakmongkol, “Jika lah benar UMNO menjuarai kepentingan bangsa Melayu, kenapa setelah 55 tahun UMNO memerintah, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah? Mengapa 90% penerima BR1M adalah bangsa Melayu yang mengesahkan setelah UMNO perintah 55 tahun, yang susah tetap orang melayu? Baca entri beliau di sini

  Kalau ikut pandangan si Bahlul Bari,  itu semua tidak mustahil kalau ‘sudah ketentuan Illahi!’
Comments
1 Comments

1 comment :

MANSOR JUNUS said...

UMNO tidak mungkin boleh berkerjasama dengan PAS atau mana gerakan Islam. Selagi:
1. Mereka tidak serious dalam mendaulatkan hukum2 agama.
Mereka tidak rasa segan silu atau rasa berdosa pun apabila mereka mencerca hukum Allah SWT.
2. Selagi mereka tidak ikhlas dengan rakyat. Cakap lain buat lain.
3. Di zaman Rasulallah, kalaulah sahabat tertelan buah kurma yang bukan haknya, dia akan cuba muntak dan korek balik dari mulutnya walau pun sebiji sahaja. Tetapi pemimpin2 UMNO, lagi boleh kaut, mereka tak akan stop. Bagitulah moralnya.
4. Memilih pemimpin tertinggi hanya dikalangan geng mereka sendiri sahaja.
5. Pembenterasan rasuah macam sarang labah2 saja. Serangga kecil lekat, serangga besar bolos. Betullah macam Ku Li komen baru2 ini, rasuah di malaysia sudah menjadi satu wabak. Yang terang2 terlibat dengan rasuah pun masih nak bertanding ketua lagi. tak tahu malu.
5. Mereka menjadikan harta rakyat macam harta sendiri. Bagi sabsidi kepada rakyat mereka ungkit dan heboh, guna sabsisi untuk geng mereka sendiri semua pakat diam2.
6. Amanah dan akauntabiliti tidak ada dalam kamus UMNO. Yang ada dalam pinggan mereka punya, hanya yang tumpah sahaja rakyat kongsi.
7. Nak berpakat hanya apabila sudah terdesak. Macam melepas anjing tersepi.

Kalau nak selamatkan negara ini, hanya satu saja pilihan yang ada. iaitu tukar kerajaan. Maaf... semua ini pendapat peribadi saja, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...