GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 26, 2013

Nasihat Untuk PAS - Lakukanlah semua salahlaku sebagaimana Umno jika mahu memenangi hati rakyat dan pengundi-pengundi ….’

Imbas kembali - PAS Perak sewaktu meraikan kemasukan golongan Professional ke dalam PAS

Ketika pra PRU 13 yang lalu, pelbagai lapisan peringkat masyarakat telah menyertai PAS kerana minat mereka dalam agama. PAS dilihat sebagai parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar dan menjamin kesejahteraan ummah.

 Walaupun dalam keadaan PAS dituduh sebagai parti songsang, parti ajaran sesat, parti pemecah belah masyarakat, di samping kempen negatif oleh media rasmi kerajaan, berduyun-duyun masyarakat menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Amat mengkagumkan apabila berbondong-bondong bekas-bekas Pegawai Tinggi Kerajaan mengistiharkan diri mereka menyertai parti PAS.

 Mereka adalah didorong atas kesedaran kuat mahu menegakan keadilan dan menumbangkan Umno. Fenomena ini menjadikan PAS begitu digeruni dan dicemburui oleh rakan dan lawannya. Kemasukan beberapa orang yang dianggap professional ini telah merobah perspektif masyarakat terhadap PAS yang sebelum ini dilihat hanya sebagai parti Lebai Kampung, tetapi kini lebih diyakini mampu akan dapat mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak.

 Di Johor, Tuan Hj.Sobri Kasmani bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia telah mengistiharkan dirinya menyertai PAS pada Ogos 2012. 

 Antara nama-nama besar yang telah turut menyertai PAS ialah bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib, bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia Ahmad Zabidi Shamsuddin dan juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof.

 PAS dilihat semakin agresif dalam merekrut bekas kakitangan tertinggi kerajaan menyertai parti Islam itu apabila bekas Pengarah cawangan jenayah polis diraja Malaysia (PDRM),Fauzi Shaari turut menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup. Malah bekas-bekas pegawai tinggi tentera turut menyatakan sokongan terbuka terhadap PAS. Mereka adalah Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

 Itu sekadar menyebut beberapa nama sahaja.Bahawa dengan konsep ‘PAS Untuk Semua’ telah diterima dengan baik oleh berbagai golongan masyarakat dalam negara ini dan berjaya menarik minat bekas pegawai-pegawai kerajaan menyertai mereka. 

 Barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini terbukti telah berjaya dalam misinya membuka ruang PAS kepada semua. 

 “PAS untuk Semua’ membuka ruang kepada mana-mana ahli untuk jadi pemimpin tanpa mengira dia ulama atau tidak. Sesiapa saja layak menjadi pemimpin, asalkan mereka sesuai dengan dasar perjuangan parti. 

Kalau prestasi barisan pemimpin yang ada sekarang terbukti mampu membawa kemajuan kepada PAS, maka apa perlunya barisan pemimpin yang ada sekarang ini dicabar kedudukannya?

 Semata-mata atas alasan mahukan pemimpin yang faqeh, maka perlukah PAS menafikan jasa dan pengorbanan yang selama ini? Ramai yang merasakan agak kesal dan bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku didalam PAS yang agak ghairah mahu menyingkirkan pemimpin yang ada walaupun terbukti prestasinya agak baik.

 Saya telah menerima satu SMS dari salah seorang bekas pegawai kanan yang menyatakan rasa kebimbangannya seperti berikut : 

“Salam, refer to your topic today…PAS ganti Umno dan MIC?.... Its very interesting for the whole of PAS members as an alarming call! Kami mantan pegawai-pegawai kanan yang baru setahun jagong ni, dah mula merasa pening dengan gelagat kepimpinan PAS sejak akhir-akhir ini terutamanya tokoh-tokoh ulama yang berperilaku seperti kepimpinan Umno dengan lagak-lagak tak sepatutnya.

 “Tambah rimas dengan late news from the horses mouth pasal balak di Kelantan dah jadi hot topic di market talk bahawa Pemimpin PAS pun bela kroni macam Umno. Please put another strong remark to all PAS leaders and members don’t be greedy; practice all wrongdoings like in Umno jika PAS mahu memenangi hati rakyat dan pengundi-pengundi dalam next State and General Elections, thank you, wasalam."

 Begitulah rasa kebimbangan yang diluahkan dengan kata-kata sinis ‘practice all wrongdoings like in Umno jika PAS mahu memenangi hati rakyat dan pengundi-pengundi ….’ 

Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

PAS Trengganu yg ghairah dengan slogan "PAS Ganti UMNO".Tidak menghairankan sebab hampir semua pimpinan PAS Trengganu adalah puak UG.Penyakit ini tak disangka telah merebak keKelantan kerana perebutan kawasan balak.Memang tak jauh perangai pemimpin PAS Kelantan sekarang dengan UMNO.Ulamak hibbul dunia - serban besar dan jubah labuh.

Anonymous said...

PAS untuk Semua. Hipokrat. Sebenarnya sekarang PAS untuk Ulamak Sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...