JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, October 08, 2013

PAS Pusat perlu adakan flatforrm untuk calon-calon Timbalan Presiden membahaskan idea masing-masing


Rasa-rasanya ramai yang turut menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden Umno ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka sebagaimana dilaporkan di sini 

Dalam menghadapi pemilihan jawatan tertinggi parti pada Muktamar ke-59 yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan, PAS tidak perlu berasa malu untuk menerima cadangan seumpama itu dalam merealisasikan etika berkempen yang baru sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Asmuni Awi di sini 

Walaupun cadangan itu datangnya dari orang Umno untuk Umno, memandangkan ianya adalah perkara yang baik, maka PAS perlu segera menerimanya.

PAS perlu menyediakan flatform bagi penampilan mereka membahaskan idea mereka dalam memberi peluang kepada calon-calon menjelaskan wawasannya dan apa yang akan dibuat kalau dia menang.

 Dengan cara ini, calon-calon dapat berkempen secara terbuka dan dengan sendirinya dapat menyingkirkan cai-cai yang berkempen untuk mereka secara gelap dan tidak beradap. Ini juga dapat menghindari dari penyibaran fitnah di media awam. 

 Memanglah kita tidak harapkan dapat keluar di televisyen, tetapi PAS boleh buat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan diuploadkan di U-Tube untuk tatapan ramai.

 Beberapa nama telah disebut-sebut untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS. Nama-nama itu iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan Nik Amar Nik Abdullah.

 Namun khabarnya, Husam Musa, awal-awal telah menarik diri kerana menurut katanya, beliau tiada alasan untuk mencabar kedudukan Mohd Sabu.Dengan erti kata lain, Husam berpuas hati dengan prestasi uruskerja Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden sepanjang sessi ini.

 Kenyataan beberapa kalangan yang mahukan Timbalan Presiden PAS diisi dari kalangan ulamak, membayangkan golongan ini pasti akan menaja seorang yang ‘fakeh’ untuk mencabar kedudukan Mohd Sabu. Samada Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang akan digunaka bagi meneruskan agenda Multaqa Ulama PAS, keadaan masih berteka teki.

 Alasan mencabar kedudukan Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden adalah bukan kerana Mohd Sabu tidak hebat orangnya (prestasi), tetapi hanya kerana dia bukan seorang yang faqeh; sebagaimana kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairudin , “Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.”

 Pengalaman lalu pasti telah mencerdikan sedikit kumpulan ulama kali ini.Muktamar lalu, Mohd Sabu menang kerana undi ulama terbahagi dua iaitu antara Tuan Ibrahim dan Ust Nasharudin Mat Isa (penyandang) Pastinya kali ini Mohd Sabu akan berdepan satu lawan satu! 

 Memandangkan isu yang agak panas adalah mengenai resolusi Multaqa’ Ulama baru-baru ini yang mahukan Tahalluf Siasi dikaji semula, saya kira adalah baik sekiranya isu tersebut di bahaskan secara terbuka diantara penyandang dan bakal pencabar itu nanti.

 Perbahasan mereka pastinya akan dapat membantu menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan selama ini dan pastinya ini akan membantu para perwakilan membuat pilihan terbaik antara calon-calon yang bertanding.

 Saya mencadangkan supaya menggunakan moderator dengan beberapa set soalan yang telah dipersetujui bersama untuk dibahaskan dengan ketentuan masa yang secukupnya.Mungkin 2 minit bagi setiap soalan untuk dijawab. Penonton juga dibolehkan untuk berinteraksi dengan calon dengan mengemukakan soalan-soalan.

 Sekiranya tanpa moderator; setiap perbahasan diberikan tempoh ucapan satu jam untuk menjelaskan isu-isu pilihan yang telah dipersetujui. Calon yang lain pula diberikan masa satu jam setengah untuk menangkis, dan akhirnya calon pertama tadi menutup perbahasan dengan tambahan setengah jam lagi.

Kalau setuju, sila angkat tangan!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Salam tuan,
Setuju sangat2 dgn cadangan tuan. Baru ahli2 pas dapat nilaikan value seseorang calon tu.
Ahli pas kena bijak memilih. Bukan hanya sekadar imej sahaja. Mana2 calon yg berupaya mmbawa pas naik ke satu tahap yg lebih tinggi, itulah calon yg layak mnduduki kerusi Tp.

Salam
Fadzil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...