GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, October 30, 2013

Selamat bermuktamar kali ke-30 kepada Dewan Pemuda PAS Perak

Pada Ahad 3 November ini, Pemuda PAS Perak akan mengadakan pemilihan di muktamar mereka bagi kali ke 30.Sinar Harian turut menjadikannya sebagai topik di muka hadapannya kelmarin.Lihat gambar berikut.

Paparan dari akhbar Sinar Harian

Saya lebih berminat untuk memperkatakan mengenai dua Jawatan tertinggi , iaitu Ketua dan Timbalan Ketua yang bakal menyaksikan persaingan yang sengit.

Ust. Mohamad Zawawi b. Abu Hasan, selaku ketua, akan dicabar oleh Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaakob, seorang pensyarah Universiti Teknologi Petronas berkelulusan sarjana Master dalam bidang Information Management System di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik di Universiti of Manchester pada tahun 2003.

Kelihatan Ust Zawawi ketika Kem Remaja Unggul 
pada 28-30 Disember 2011

 Dr Raja Ahmad atau juga dikenali sebagai Raja Hiss, merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak yang dimenanginya tanpa dicabar pada sesi lalu.

 Langkah Raja Ahmad bertanding Ketua, memberi ruang kepada yang lain untuk merebut kekosongan jawatan Timbalan Ketua yang akan ditinggalkalnya itu.

Ketika Pemuda PAS Perak dedahkan agenda kosmo 
berhubung isu WWW1.

Salman Saleh, Setiausaha Pemuda dan Ketua Penerangan Pemuda, Ust Akmal Kamarudin akan berentap dalam perebutan jawatan tersebut.

 Amat menarik sekali, dalam percaturan dua jawatan tertinggi, Ketua dan Timbalan Ketua ini kerana dilihat seolah-olah ada pertimbangan tolak ansor antara Salman Saleh dan Raja Ahmad dalam memberi ruang kepada kemampuan diri masing-masing.

Menghantar momerandum kepada SPRM, Putrajaya menyiasat segera 
projek Rumah Perak yang melibatkat pegawai khas Zambry.

Menghadiri hari anugerah kualiti PASTI Perak.

Saya katakan demikian kerana, pada sesi yang lalu, Salman Salleh bertanding Ketua dan hanya kalah majoriti empat undi sahaja kepada Ust. Zawawi.Sepatutnya, Salman mencuba sekali lagi dalam sesi ini!

 Namun, bagi kali ini, Salman dilihat seolah-olah mahu memberi laluan lebih mudah kepada Raja Ahmad yang dilihat lebih berkemampuan dengan latar belakang dan penglibatan gerak kerja parti yang begitu aktif menjadikan beliau disebut-sebut antara tokoh pelapis yang berkaliber.

Sewaktu satu sidang media di Pejabat Penerangan PAS, Perak

Lagi pula sesi ini adalah merupakan sesi terakhir bagi Raja Ahmad bersama Pemuda Perak kerana faktor umur.Mungkin atas faktor ini juga, Salman mahu memberi kesempatan kepada Raja Ahmad menyumbang sedikit kemampuannya.

 Langkah Salman sekadar merebut jawatan Timbalan Ketua adalah sangat dialu-alukan diatas pertimbangan tersebut. Lagi pula antara Raja Ahmad dan Salman, mereka agak secocok bergandingan kerana selama ini mereka berdua dilihat begitu aktif dalam gerak kerja pemuda bersama-sama. Seolah-olahnya, dimana ada Raja Hiss, di situ ada Salman. Lihatlah gambar-gambar yang saya paparkan dalam entri ini yang saya ambil dari sini. Mungkin kerana itu, maka hanya terdapat satu sahaja yang memaparkan gambar Ust Zawawi ....Satu tandanya ~ Kemana perginya Ketua Pemuda, Ust Zawawi ya?

 Selamat bermuktamar kepada Pemuda PAS Perak.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Perkukuhkan saranan "Ulamak yang Professional dan Professional yang Ulamak", In Shaa Allah PAS akan bertambah cemerlang di mata ahli dan masyarakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...