GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 30, 2013

Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan - Presiden


“Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.”

 Demikian antara sebab utama kenapa ada pihak yang mahu menyingkirkan Mohd Sabu dari kedudukannya selaku Timbalan Presiden PAS.

 Waima, Datuk Seri Presiden sendiri pernah menyatakan, "Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak!"

  Kalau Presiden sendiri mengakui 'Tiada masalah' apasal ada pihak yang cuba mencari-cari masalah hanya kerana Mohd Sabu bukan seorang yang faqeh?

 Bukankah sebelum ini, Timbalan Presiden pernah disandang oleh Ust Nasarudin, seorang yang dikira faqeh tetapi terbukti telah gagal dalam melaksanakan tugas tersebut.Bukankah lebih baik bagi PAS mengekalkan Nasharudin kalau semata-mata mahukan yang faqeh walaupun tidak perform?

  Ust Hadi menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

 "Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

 Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain.

 Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

 "Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

 "Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Aku harap mereka yang bercadang nak cabar Mohd Sabu itu supaya berfikir semasak-masaknya dan hormatilah pandangan Tuan Guru Presiden mengenai Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden. Berita penuh  di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

ZAMAN MAT SABU DAH JATUH...

alhusseyn said...

Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah; tapi biarlah sibarkan fitnah untuk menjatuhkan seseorang. Berkempenlah dengan bersih dan ikhlas semata-mata untuk Allah dan bukan atas nama atau kepentingan individu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...