JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, October 17, 2013

Umno dan PAS tu sama sahaja

Bila ada orang kata, "Umno dan PAS tu sama sahaja" Aku selalu jawap dengan marah , "Mana boleh sama!" Tapi hari ini aku dah tak boleh nak kata macam itu lagi....aku hanya tukang pacak bendera dan penampal poster parti. Aku nak kritik pun dah tak berani jadinya .... 

Walau apa pun korang hafalkan dulu kenyataan dari dua ulamak tersohor negara kita -

Orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Roman Katolik dan majalah mingguan The Herald boleh menjadi kafir serta murtad – Kata NOOH GADUT di sini

Disamping itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan umat Islam supaya menyokong  keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald - wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.Berita seterusnya di sini

Dah hadham dengan kenyataan mereka tadi, jom korang baca pula pandangan daripada  Maza dan Wan Ji  di sini 

Comments
6 Comments

6 comments :

Yong said...

Salam al-Husseyn

Yong sedih bila ada orang buat UMNO dengan PAS tu sama...huhuhu...

Anonymous said...

Si haram taip ni apa?? Aku nampak dia ni sebijik macam si laknatullah abdullah bin ubai. sudahlah haram taip. hang mengaku jadi barua ularmak sekularis je lah.

alhusseyn said...

Yong, yang sedihnya berita kenyataan dari Ketua Ulamak PAS itu keluar kat Utusan Meloya ...apasal tak keluar kat Harakah?

Anonymous said...

Arun taip ni ularmak yg kwn dgn ularngok...aku tak nampak aura dan cahaya ulamak kat muka dan watak arun taip ni...bejat betul otaknye...

bat8 said...

Tuan,

Fuyooo......aku tabik spring kat ustaz haron taib ni. Bila ada peluang nak mendajalkan parti sendiri dan memberi kelebihan kepada Umno, dia ta buang masa langsung untuk melompat menyokong dan memenangkan Umno dengan begitu bergaya sekali dengan menggunakan aparatus keji Umno, ia itu UTUSAN MALAYSIA!.... CANTIKKKK......CANTIKKKK Tuang Guru!!!.

Entah ini kali keberapa yang dia dan Utusan Malaysia berduet untuk membela dan memenangkan UMNO!!! Tuang Presideng PAS mana? PAS ade Presideng lagi ke tak? Ke Ustaz Haron Taib dah hijack jawatang presideng.....

Tuan,

Ade kenal sesapa ke yang boleh pi ambik borang keahlian UMNO, tolong isikan untuk ustaz ni dan hantar terus ke HQ UMNO. Nak harapkan dia isi sendiri memang dia tak buat kecuali dia boleh bawa parti PAS join UMNO sebagai polisi insuran untuk masuk UMNO. Dia tahu kalau dia masuk sorang2, nasib dia akan jadi macam Ustaz Nakhaei le, jadi kain buruk kat tepi dinding. Takde le jawatan menteri ke, pengerusi mana2 agensi kerajaan ke.

Tuan,

Hari ini UMNO/ kerajaan dah kencing balik kat ustaz kita ni. Najib dah kata larangan menggunakan nama Allah hanya kat Semenanjung je. Kat sini dilarang kerana mereka akan menyamakan Allah dengan tuhan mereka. TETAPI NAJIB BENARKAN DEPA BUAT KAT SABAH DAN SARAWAK!!

Boleh dak tuan hebahkan dan cari Ustaz kita untuk tampil sekali lagi berduet dengan Utusan Malaysia memberi ulasan mengenai dasar baru kerajaan UMNO mengenai penggunaan perkataan ALLAH NI. Nak juga kita dengar apa hujahan baru ustaz kita ni untuk menyokong krputusan Najib ni.

Tuan....minta tolong hebah untuk minta ustaz kita ni ulas kow2

bat8

sizzly7761 said...

Aduyai......sedey aku tengok harun dan noh gadut punya daya ke 'ilek' tuaan...bercakap guna kepala lutut ke apa dua orang nih? Kalau ikut Noh Gadut ni...Najib ni dah kira Murtad ke apa nih? Najib bukan saja mempertikaikan keputusan mahkamah malah mengabaikan keputusan dengan menegaskan kalimah Allah boleh diguna di Sabah dan Sarawak! Noh Gadut.....apa ngko nak cakap kat Najib hah? Takda orang Islam yang waras akan persoalkan hukum dan kalam Allah. Namun keputusan mahkamah bukan Kalam Allah dan bukan Fatwa! Apakah keputusan mahkamah ni benar dan betul sepertimana yang Allah nyatakan dalam AlQuran? Harun dan Noh, ngko nak suruh orang patuh kepada keputusan mahkamah tentang kalimah Allah atau nak suruh orang patut kepada kalam Allah (Quran)tentang kalimah Allah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...