GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 31, 2013

Zulhazmi Shariff mahu tarik balik sokongan muda

PETALING JAYA: Calon jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat Zulhazmi Shariff mempunyai satu azam yang jelas iaitu mendapatkan kembali sokongan muda kepada PAS dan mengaktifkan ahli pemuda PAS dalam kalangan masyarakat.

 Beliau yang bertugas sebagai seorang peguam dan ahli jawatan kuasa Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata sekiranya beliau memenangi pertandingan empat penjuru tersebut beliau akan berusaha menarik balik sokongan golongan muda.

 “Dalam pilihan raya umum ke 13, kami mendapati ada pengundi muda tidak mengundi PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Zulhazmi. Golongan yang disasarkan beliau ialah golongan mahasiswa dan pemimpin muda dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 “Sekarang ini terdapat banyak NGO yang mirip dengan parti politik. Kalau parti politik kuat, tak perlu ada NGO yang banyak sebab parti politik bertanding untuk mendapatkan kuasa,” tambah anak kelahiran Sik di Kedah.

 Beliau turut mengenal pasti beberapa pemimpin muda yang mahu diserapkan ke dalam PAS. Contohnya ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang.

 Beliau berkata usaha ini akan dijalankan selaras dengan cogankatanya, “Merakyatkan pemuda, Memudakan rakyat”. Melalui slogan ini beliau berharap ahli pemuda PAS akan turun bersama dan memperjuangkan isu rakyat dan pada masa sama menarik lebih ramai rakyat menganggotai PAS.

 Zulhazmi turut ditanya pandangan mengenai pertandingan lima penjuru merebut jawatan ketua Pemuda PAS Pusat yang akan dilangsungkan semasa muktamar PAS ke 59 pada bulan depan.

 “Bagi saya itu tidak menjadi masalah. Saya mengalu-alukan penawaran diri mereka untuk berkhidmat agar dapat memberikan yang terbaik kepada parti,” kata beliau.

 Selain daripada Zulhazmi, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiyat turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut. Selain daripada mereka berdua, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Muhammad, timbalan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, ketua penerangan pemuda PAS Dr Riduan Mohd Noor turut dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan tersebut.

 Penyandang jawatan, Nasrudin Hassan Tantawi yang juga ialah Ahli Parlimen Temerloh pula mengumumkan pengundurannya dari jawatan tersebut untuk bertanding jawatan ahli jawatan kuasa PAS Pusat.SUMBER

Ralat : Raja Ahmad Iskandar Al Hiss adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Pemuda PAS di bawah kepimpinan lalu di lihat tidak lebih dari Pemuda Dewan Ulamak dan bukan Pemuda Pas Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...