GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, November 21, 2013

Benarkah Mohamad Sabu tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS sebab tidak 'Faqeh'?


Jom kita dengar sendiri apa kata Tuan Guru Nik Aziz tentang kelebihan yang ada pada Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu. 

 Secara sinis, Tuan Guru menempelak mereka yang mahukan orang yang lebih 'faqeh' untuk menggantikan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bila mana pada awal ucapannya, beliau merujuk kepada peristiwa Khalid Ibni Walid R.A yang tidak mengaji agama di mana pun, lebih kurang tiga bulan beliau masuk Islam, tetapi beliau telah dilantik menjadi Panglima Perang! 

"Mat Sabu lama dah...." Kata Tuan Guru yang disambut dengan laungan Allahu Akbar oleh yang hadir. 

 Betapa Tuan Guru Nik Aziz sendiri telah mengiktiraf peranan Mohamad Sabu sebagai 'Panglima Perang PAS' di mana beliau telah aktif dengan PAS sejak beliau sebagai pelajar di ITM lagi.

 Penghargaan yang diucapkan oleh Tuan Guru terhadap penglibatan Mohamad Sabu dalam perjuangan PAS sehingga kini bukanlah rhetorik semata-mata.

 Sekali lagi Tuan Guru menyindir kalangan yang mahu menyingkirkan Mohamad Sabu dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden dengan bertanya kepada para hadirin :

"Mana yang lebih baik, Mohamad Sabu atau yang balik dari Azhar, jadi Pemuda Umno?"

 Tuan Guru nampak begitu kagum dan menghormati semangat perjuangan dan pengorbanan Mohamad Sabu yang telah diuji dengan pelbagai ujian termasuk dua kali ditahan ISA.

 Bagaimana pula dengan perwakilan yang akan memilih nanti? Adakah Mohamad Sabu tidak layak? Anda fikirkanlah sendiri dan buat penilaian yang saksama.Selamat Bermuktamar!
  
 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat

Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat. Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya.

Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.

Keratan ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ boleh dilihat pada alamat ini http://www.khalidsamad.com/2013/09/peranan-majlis-syura-ulama-dan.html

Kesimpulan

Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa’i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa.
Peranannya tidak bersifat ‘theocracy’ dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship) dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.

Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.

Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya.

Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.

Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.

Wa aakhiru da’waanaa anilhamdulillahi rabbil a’alamiin.

Alfakiir ilalLah wa raajii ‘afwah,

Abdul Hadi Haji Awang.kh

>> Dipetik daripada blog Khalid Abdul Samad

Anonymous said...

Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?”

Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah.”

Maka ditanya balik, “Bagaimana soal ulama’ atau tidak ulama’?” Saya jawab lagi, “jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama’ maka diberi jawatan tersebut. Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu. Hendak diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut. Iaitu kepimpinan, ‘kepengurusan’, kebijaksanaan berpolitik, mampu membaca strategi lawan, keberanian, ketangkasan, keamanahan dan lain-lain yang perlu sebagai Timbalan Presiden.

Bukan kemampuan membuat hukum. Untuk buat hukum dan kawal perjalanan parti dari sudut dasarnya, sudah ada Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’. Di situ keahliannya mesti ‘ulama’. Akan tetapi untuk Timbalan Presiden perlu dipilih orang yang boleh memenuhi ciri tersebut. Ciri ini mungkin ada pada ulama’, seperti Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor, TGNA dan juga TGHH. Dan ia mungkin juga ada pada yang bukan ulama’. Yang penting yang dipilih mesti atas dasar siapa yang lebih mempunyai ciri ini di kalangan barisan calon yang diketengahkan.

Memilih Timbalan Presiden sesebuah parti politik adalah seperti memilih panglima perang yang akan memimpin tentera dalam medan perang. Khalid Al-Walid bukan yang paling alim ketika dilantik menjadi panglima. Bahkan semasa perang Mu’tah beliau baru sahaja memeluk Islam. Namun setelah Zaid, Jaafar dan Abdullah Ar-Rawahah gugur, Khalid yang dipilih untuk memimpin tentera Islam kerana kemahirannya memimpin walaupun ada yang lebih ‘alim fiid-dinn darinya. Begitu juga semasa kempen di bilaadil Syams. Khalid Al-Walid menjadi panglima utama sehingga digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah atas arahan Umar kerana terlalu berjaya sehingga dianggap menjejas I’tiqad ummat Islam!

Dalam soal memilih Timbalan Presiden, kita memilih Panglima memimpin ‘perang’ di ‘medan perang’ politik.

Khalid Samad -- bersambung

Anonymous said...

Maka saya harap, jangan dipilih seseorang atas sebab semata-mata kerana beliau ulama’ ataupun bukan. Jangan juga menolak seseorang kerana semata-mata dia ulama’. Jangan menyokong seseorang kerana semata-mata dia bukan ulama’. Jangan juga menolak seseorang semata-mata kerana dia bukan ulama’!

Pilih seseorang kerana dia mampu memainkan peranan sebagai Timbalan Presiden secara yang terbaik! Memimpin parti mengharungi liku perjuangan politik melalui lembah fitnah dan tribulasinya, meredah paya penipuan dan kejahatan lawan serta menggalas cabaran ketinggian puncak kemenangan dan kejayaan. Orang yang tidak mudah dikelirukan dengan fitnah dan tribulasi, malahan mampu membacanya dan menangkisnya sebelum ianya melanda. Orang yang tidak mudah termakan kata memuji dan janji kosong malah mampu membaca kejahatan disebalik kata manis itu. Orang yang mempunyai wawasan kemenangan yang jelas dan kaedah realistik untuk mencapainya.

Pilihlah orang seperti Sallahuddin Al-Ayubbi atau Muhammad Al-Fatih, atau Nuruddin Az-Zanggi atau Saifuddin Qutus. Mereka bukan dari golongan Juhala’ walaupun bukan juga dari golongan ulama’ namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka dan mengatasinya dengan bantuan seluruh alim ulama’ dan cendiakawan Islam serta dokongan ummat dan rakyat mereka.

Atau pilih orang seperti Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi. Mereka ulama’ mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum tetapi pada masa yang sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi oleh mana-mana pihak. Dan kepimpinan mereka berserta dengan ketajaman bacaan politik mereka menyebabkan mereka dilihat sebagai ulama’ mujahid yang memberi inspirasi kepada ummat Islam sepanjang zaman.

Pilihlah, bukan atas dasar klasifikasi dan kelompok, tetapi atas dasar kesesuaian dan kemampuan seseorang itu untuk jawatan yang mencabar sebegini rupa, iaitu Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia!”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Anonymous said...

TGNA org yang paling sy hormati dlm PAS. Perpandangan jauh dan amat sederhana. Tapi sayang beliau tidak dihormati oleh majlis syura dan pemimpin pas yang faqeh. Pandangan beliau selalu bertentangan dengan pemimpin musang berbulu ayam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...