JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, November 14, 2013

Biarlah Nik Amar sorang tu terus berdegil !


KOTA BHARU 10 Nov. - Kumpulan ulama dalam Pas termasuk golongan profesional perlu diletakkan di ‘tempat yang betul’ dan setaraf dengan peranan masing-masing bagi memantapkan lagi parti itu, kata calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

 Beliau yang disifatkan sebagai mewakili kumpulan ulama berkata, posisi seseorang pemimpin ibarat sebuah pasukan bola sepak iaitu seorang penyerang tidak boleh diletakkan di posisi pertahanan, begitu juga pemain pertahanan tidak sepatutnya menjadi penyerang kerana akan merencatkan persembahan pasukan.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan sehubungan itu menjelaskan, masalah utama yang dihadapi Pas selama ini ialah lebih kepada memilih pemimpin yang betul untuk mengisi setiap jawatan.

 “Dari dulu pun Pas dianggotai oleh semua lapisan masyarakat, semua kelompok masyarakat, latar belakang yang berbeza bergabung dalam Pas dan memberi kekuatan, cuma saya rasa isu yang besar pada hari ini ialah di mana kita mahu meletakkan orang itu di tempat yang sesuai.Sila baca seterusnya di sini

 Maka sebab itu, Nik Amar masuk bertanding Timbalan Pengerusi PAS sebab dia dan gengnya merasakan tempat itu tidak layak bagi penyandang sekarang, Mohamad Sabu. Tempat itu hanya layak untuk dirinya. 

 Tapi, takkanlah Nik Amar hingga kini masih tak mendapat berita yang pernah disampaikan oleh Nik Abduh perihal pesanan ayahandanya Tuan Guru Nik Aziz itu?

Nik Abduh cakap, dalam satu kuliah, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

Beliau juga mengingatkan pesan Tuan Guru bahawa syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik. 

 “Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya pada 30 Oktober, 2013.SUMBER

 Harap Nik Amar terlebih maklum keadaan dirinya  sendiri.Kalau tidak selincah Mokhtar Dahari, janganlah nak ngada-ngada nak bermain sebagai penjaring utama, takut tersumbat gol sendiri.

  Nik Aziz sudah menyampaikan kata-kata yang cukup jelas bahawa tempat Ulama ialah Majlis Syura Ulama, iaitu badan yang tertinggi dalam PAS.Takkanlah para perwakilan masih tidak mahu percaya?

 Usahlah nak lawan cakap Tuan Guru.Kalau benar menghormati Tuan Guru, mahu PAS terus dibawah Kepimpinan Ulamak, ikutilah nasihatnya. Biarlah Nik Amar sorang tu terus degil!
Comments
22 Comments

22 comments :

Anonymous said...

Salam,
Tak cukup puas kot dgn jawatan Tim. Menteri Besar skag ni

Anonymous said...

Biarlah Nik Amar sorang tu terus berdegil ! nak biar kan ke?

kena buat sesuatu ni, kucar-kacir PAS, kalau dibiarkan :)

Anonymous said...

Salam.. aku rasa dia nie dah tak ikut perkembangan pasukan bola sepak.... sejak piala dunia berlangsung di Germany dulu lagi... aku pun dah lupa tahun berapa... dah banyak pasukan bola sepak menggunakan uslub 'total football' bukan macam zaman dia mengaji dulu....pemain pertahanan dok bertahan jek... foward tak ada kerja lain nak buat gol jek... lening orang tak main dah style tu....semua boleh naik atas score gol.... dok kira dok kat mana!!! hatta goal keeper pun kalu ada peluang..... Jadi posisi tak penting... yang penting buat kerja supaya pasukan menang....PRU 14 nanti bagaimana??? Nampak sangat dia ni aku rasa tak layak dok dalam pasukan....... sekadar komen! harap jangan terasa hati!!hihihi

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Salam bro... Gua pun tak tahu dan terfikir-fikir bagaimana tuan begitu lancang mengkritik lawan kepada Mat Sabu sehinggakan mengeluarkan kata-kata ukur baju sendiri dulu sebelum masuk bertanding. Gua pun tak tahu bagaimana pula tanggapan tuan jika tiada pertanding untuk jawatan no.2. Nampaknya tulisan tuan semakin hari semakin memualkan dan gua cadangkan agar tuan lebih memberi tumpuan kepada cawangan yang tuan diamanahkan agar lebih perkasa walau pun gua tak nafikan akan sumbangan tuan diatas kemenangan Ust Radhi tetapi itu bukan ukuran untuk tuan menunjukkan kehebatan tuan kerana sebagai pejuang Islam kita mesti sedar yang kemenangan yang tuan modalkan bila-bila masa akan ditarik semula dengan izin Allah walau pun gua tidak ingin perkara seperti berlaku. Sebagai orang lama yang sudah berpencen, tuan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi akan datang. Hanya teguran dari gua kerana ada kala kita tidak menyedari yang tindakan kita tidak disukai orang walau pun ia memuaskan nafsu kita.

alhusseyn said...

Salam bro Gerakan Anti Najib/Rosmah, pd saya jawatan Timb Presiden itu tidak perlu ditandingkan. Apa alasan Nik Amar? Sebab akar umbi mahukan dia bertanding? Ikutilah langkah Husam dan Tuan Ibrahim yg menerima pencalonan yg lebih banyak dari Nik Amar tetapi mereka menarik diri. Husam kata , "Saya tidak ada apa-apa alasan untuk menentang Mat Sabu" dan Tuan Ibrahim kata, demi kebaikan PAS sendiri. Apa masalahnya saya mempromot Mohamad Sabu dan mengkritik Nik Amar? Ada saya buat fitnah terhadapnya?

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

saya berfikiran Nik Ammar perlu memikirkan kembali tindakannya ini...PAS perlu pemimpin yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Presiden perlukan orang seperti Mat Sabu sebagai gandingan untuk berhadapan pru14 nanti...

Anonymous said...

Kedegilan Nik Amar sebab dia harapan puak ulamak yg sudah bermultaqa diKedah tempuh hari.Harapan ni membelakangkan semua nasihat, pandangan TGNA, keupayaan diri dan kemampua.Dia ambil contoh main bola sepak wal hal cara yg dia sebut 30 tahun kebelakang.Fikirkanlah kalau dia menang Tim.Presiden, PAS akan mundur kebelakang bukan maju kehadapan.

Anonymous said...

Nampaknya banyak yg mau Mat sabu kekalkan Jawatan tapi tidakah kita sedar siapakah yg lebih layak sebenarnya mereka yg tak sukakan Islam yg menyokong Mat Sabu kalu dibandingkan dari segi kelayakan jauh sekali kelulusan keperibadian pengalaman segalanya berpehak kepada Nik Amar. Apa ada pada Mat Sabu?

harubiru said...

CARA CEPAT UNTUK NAIK DALAM POLITIK PAS. TAK MAHU KAWAN LEBIH POPULAR DALAM PARTI TENDANG DIA DARI JADI EXCO NEGERI. TANDING JAWATAN TIMB PRESIDEN SUPAYA LEPAS NI BOLEH RAMPAS JAWATAN MB. CIRI CIRI UMNO TESERLAH DALAM PERIBADI NIK AMAR.

Anonymous said...

Nik Amar ini nampaknya sudah jadi macam orang gila meroyan. Timbalan itu adalah jawatan besar, Setakat kebolehan Nik Amar tu lupakanlah saja. Saya rasa dia itu sedan latah. Ada tangan2 yang kini berada dibelakngnya yang sedang jolok2 dia supaya bertanding.

Anonymous said...

Nak tambah sikit dr grk anti najib rosmah. Apa salah nik amar bertanding. Baru demokrasi namanya. Apa logik dia duduk dengan ulamak je.
Adakah hanya dengan mat sabu banyak kali beliau ditahan polis & banyak demo maka itu pemimpin yang patut kita pilih. Alhussyen patut lebih seimbang.

alhusseyn said...

Bila saya tulis sebelum ini,"Nik Amar patut ukur baju di badan sendiri" bukanlah bermakna saya memperkecilkan beliau tetapi mahukan beliau menilai kemampuannya untuk membantu Presiden Parti.Waima, beliau banyak perkara yg perlu dilakukan untuk membantu MB dan rakyat Kelantan. Beberapa perkara yg kontraversi yg terpalit pdnya perlu dibersihkan terlebih dulu. Timbalan Presiden terbukti telah ada individu yang telah membuktikan kemampuannya malah disanjung kerana telah berjaya dlm melaksanakan amanah yg dipikulkannya.Hanya alasan dia tidak faqeh adalah alasan yg cuma diada-adakan.Sebab itu dalam entri kali ini saya mengingatkan kembali nasihat Tuan Guru Nik Aziz bagi mematikan alasan tersebut.

Anonymous said...

Nik Amar ni ostad je bukan ulamak pun. Ostad pun ostad politik. Aku rasa dia tak layak dan tak berpengalaman untuk duduk diteraju nombor 2 Pas. Kepada ahli dewan ularmak dan perasan ularmakk, aku setakat ni tak nampak dan tak appreciate langsung dengan peranan dewan ni setiap kali pru. Asyik asyik keluarkan fart wa yang memecahkan rank kalangan pakatan. To all PAS members, just ignore this Dewan Ulamak. Let's make them insignificant. Let's do this

Anonymous said...

Menang tanpa bertanding tak jantan la..., lg pun rase rasenye, susah die nak menang.

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Salam Bro.... Gua nak tambah sikit yang gua tidak bermaksud mengkritik tuan tetapi sekadar ingat mengingati saja kerana apa yang gua tahu bukan semua golongan ulama menyokong Nik Amar dan begitu juga dengan Mat Sabu. Jika diberi pilihan memang gua sendiri akan menyokong Mat Sabu diatas kesetiaan dan kerja keras beliau sejak dulu lagi walau pun ada yang menolak beliau diatas alasan kekalahan beliau pada PRU yang lepas-lepas. Sebagaimana juga tuan yang gua kenali walau pun tuan tidak mengenali gua, gua tahu bagaimana kerja keras tuan untuk PAS. Gua cuma sekadar ingat mengingati seperti yang gua kata itu.

Anonymous said...

1. Bukan soal nik amar tak boleh bertanding, tetapi cara ulasannya memberi gambaran kedudukan pemain bole sebenarnya menghantar isyarat bahawa Mat sabu tak layak berada di posisi timbalan. Ini seolah-olah menjatuhkan maruah mat sabu.

2. Banyak pihak menyokong ulamak mengatakan mat sabu kurang pengetahuan agama. Malang sekali kerana penyokong pas sendiri bersikap demikian, merendah-rendahkan keupayaan agama orang lain. Bukankah nilai ukuran keagamaan seseorang itu hanya Allah sahaja penentunya. Ada juga penyokong ulamak tapi asap berkepul merokok dalam masjid, berjubah lingkup semasa kerja gotong royong membersih longkang...

3. Mat sabu tidak berjawatan berbanding nik amar sebagai timbalan mb. Mampukah nik amar melaksanakan 2 tugas dalam satu masa? Sekarang pun banyak lagi masalah pentadbiran kelantan yang sering diperlatakan pihak lawan dan kawan. Beri tumpuan dulu kelantan tu supaya menjadi contoh terbaik oleh rakyat malaysia. Bukankah lebih elok jika nik amar menggandakan usaha supaya lebuhraya cepat dibina supaya kita tidak perlu mengambil masa lebih 7 jam balik ke kampung.

4. Golongan ulamak ni kalau dalam pasukan bols sepak adalah umpama penjaga gol. Menghalang bola masuk. Dalam parti menghalang pengaruh magetif sosial masuk dlm parti, memimpin pemuda menjauhi gejala sosial. Caranya melalui dakwah, melalui ceramah yang bukan saja di masjid tetapi di luar mesjid. Tak payahlah nak rebut jawatan kalau jawatan yang satu pun masih dipersoalkan. Mati dalam kubur akan ditanya walaupun kita seorang ulamak.

5. Dalam pas ada halangan utk seseorang maik menjadi pemimpin tertinggi jika mereka tidak digelar ulamak, tidak belajar agama di asia barat. Tapi pas sibuk pula mahukan sokongan dari orang bukan ulamak waima dari hindu dan budha. Bagi yang serius nak berpolitik, sekatan seperti ini akan mengurangkan sokongan masyarakat dalam pas. Kalau macam tu, sila tuliskan dalam perlembagaan pas "hanya ulamak sahaja boleh menjadi timbalan dan presiden pas" Senang orang nak paham. Tak payah nak konar baring!

6. Kita sokong pas sebab kita nak pas mentadbir negara. Tapi kalau sikap pemimpin ulamak pas sendiri yang ingin menendang sokongan kita kepada parti mereka, terpaksalah kita angkat kaki untuk memilih parti lain yang boleh menerima kita dengan ikhlas, adil dan berpekerti. Walaupun bukan umno, tapi rasanya ada parti lain yang mempunyi ciri2 begini yang diminati oleh golongan bukan ulamak.

7. Besar sangatkah jasa Harun Taib dalam Pas? Siapa pula yang memberi gelaran ulamak kepada beliau? Adakah gelaran itu dikurniakan seperti mana gelaran datuk diberikan kepada seseorang? Atau adakah Harun Taib memang telah disediakan gelaran ulamak oleh Tuhan yang satu?? Benarkah dia ulamak berdasarkan sikap yang ditunjukkan olehnya kepada masyarakat berbilang kaum di malaysia? KERANA SAYA DAN RAMAI RAKAN SAYA DALAM PAS TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF BELIAU SEBAGAI ULAMAK! Jadi, adakah kumpulan nik amar yang disebutkan itu boleh kita jadikan pilihak untuk jawatan timbalan presiden Pas??

8. Lihat pula pada gelagat hasan ali. Dia menyokong ulamak menang sedangkan dia bukan lagi pas. Tidakkah kita terfikir ada udang di sebalik batu. Lihat utusan tv3, bicaranya seolah ingin melihat ulamak menang. Jika musuh berbaik dengan kita, kita perlu sejuta kali berawas. Jika kita leka, pas akan dipimpin oleh mereka yang sebenarnya akan menjadikan pas lebih lemah pada masa akan datang. Percayalah, apa yang musuh sokong, ia bukanlah yang terbaik untuk kita. Ingat apa juga alasan, demi kuasa, umno juga bersekongkol dengan MCA, Gerakan dan MIC tetapi pada masa yang sama mereka mengkritik hubungan pas dengan PKR dan Dap?

Terpulanglah.... kita ada dua pilihan. Ke hadapan bersama gabungan ulamak dan profesional. Atau mengundur kebelakang bersama ulamak (ularmak??) tanpa melihat golongan profesional di garis depan.

alhusseyn said...

Salam Gerakan anti Najib/Romah : tak kisahlah ko nak kritik atau nak mengingatkan aku ke apa.Yang penting bagi aku adalah utk mengingatkan para perwakilan kerana implikasinya amat besar - samada PAS akan terus maju dengan gagasannya "PAS utk Semua" atau usaha gagasan tersebut akan terbantut.

Tidak kira apa pun, kita mahu perwakilan mnyokong Mohamad Sabu bukan kerana 'dia bukan Ulamak' atau sokong Nik Amar kerana 'Dia Ulamak'.Tetapi biarlah sokongan yg diberikan berdasarkan kepada merit calon dan kesesuaian dgn jawatan tersebut.

Anonymous said...

yang sedihnya ramai pula kalangan pas terpengaruh dgn fitnah yg mengatakan mat sabu dari golongan siah....sekaligus merendahkan maruah pemimpin no. 2 kita sendiri. Lebih malang lagi apabila ada sesetengah pengikut pas sendiri mengelarkan mat sabu dengan pelbagai gelaran hina seperti mat sabun, mat syabu malahan anjing........

Demi merebut jawatan, nilai kemanusiaan dan harga diri seorang pejuang pas telah dipijak-pijak ke tahap paling rendah!!! Kita amat simpati dengan mat sabu. Pada masa yang sama, pengundi di muktamar pas akan datang harus bijak menilai mana sebenarnya pemimpin sejati dan mana sebenarnya pemimpin yang hanya tamakkan kuasa dan jawatan

Anonymous said...

Ingat selalu dalam kepala, kalau musuh suka, itu bermaksud tidak baik untuk kita. Kalau musuh tak suka, itulah yang terbaik untuk kita.

Anonymous said...

Rakyat malaysia selain rakyat kelantan yang menyokong pas lebih mengenali mat sabu berbanding nik amar. Mereka lebih mudah menyenaraikan 100 jasa mat sabu menaikkan pas berbanding dengan 10 jasa nik amar.

Anonymous said...

Ulamak pas ingat pengundi kat malaysia ni semuanya golongan ulamak aje kot!! Sikiy hari lagi lingkup la turrr!

cik gu mukadam segamat said...

nasihat utk nik Amar:

peganglah satu jawatan mn tu dan laksanakan tanggungjawab dengan setulus hati. Rasanya tugas MB bukan mudah dan implikasinya di akhirat nanti cukup besar. Macam2 soalan tentang negara dan rakyat kena jawab kat akhirat nanti. Tak payahlah nak tambah beban bila berhadapan dengan Allah di hari kemudian nanti. Takut nanti ada peluang masuk syurga tetiba sangkut tengah jalan sebab ada kaitan dengan kepimpinan semasa hidup......lainlah kalau memang dah tak ada orang lain yang layak menjadi pemimpin......lagipun mintak jawatan ni tanggungjawabnya lebih berat berbanding dengan diberi jawatan. Fikir2kan lah dan jangan ikut hati semata.Kita yg ahli bawahan kerja guru ngaji ni pun takut kalau Allah tanya kita kalu tak betul ajaran kita. Takut Allah tanya kita kalu tak bersih kita sapu surau kat kampung kita.

Tapi kalau rasa diri tu dah macam Syaidina Umar atau setanding dengan Khalifah Umar, teruskanlah. mudah-mudahan allah beri petunjuk jalan.... Kita orang bawah ni nak cakap lebih pun bukan boleh pakai sangat. Cakap lebih kang orang marah, tak cakap kang kita pulak dipersoalkan di hari kemudian....
Iya la, kita ni ahli bawahan setakat guru ngaji ngan tukang bersih surau kat kampung di hulu apalah sangat idea nak sumbang kat orang atas2 Pas macam tuan ulamak.

Bukan nak sindir2...tapi yalah, kalau rasa mampu dan berani menghadap Allah dengan tugas yang digalas tu, teruskanlah. Kita sokong aje mana yang baik. Tapi janganlah pulak pasal nak bertanding, cakap itu ini kat lawan kita. Rasanya kalau tak berdosa pun, kurang sedap didengar, kurang hemah dibaca. Tak payahlah sindir2 sebut pasal pemain bola, kita ahli bawahan ni mungkin kurang faham apa tersurat apa tersirat...tapi Allah tahu apa yang terdetik di hati umatnya.Tak payahlah nak cerita pasal penyarang ke, pertahanan ke sebab kita memang tak faham tapi kena ingat bahawa Allah itu maha faham. Kita pun tak tahu dan tak nak ambil tahu siapa yang dimaksudkan penyerang dan siapa pula yang dimaksudkan pertahanan itu. Tapi kita kena ingat, sedalam mana sekalipun sindiran kita, setajam manapun perumpamaan kita, Allah tak pernah tak ambil tahu. Itu kita kena ingat.

Kita ahli pas bawahan ni bukanlah hebat sangat seperti ulamak, tetapi sementara kita boleh menyumbang dengan memberi pandangan, mintak2 fikirkanlah. Kita bukan mintak pandangan kita dipatuhi cuma mintak difikirkan sahaja. Tok-tok guru dulu selalu nasihati kita supaya ingat-mengingati sebab ada satu peristiwa bagaimana seorang ulamak matinya sebagai kafir sedangkan seorang ketua agama kafir matinya sebaagai muslim. Fikir-fikirkanlah kalau ada masa untuk memikirkannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...