GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, November 21, 2013

Harap Isu kekalutan Kota Damansara dapat diselesaikan

Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu. 

 Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini. 

"Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS. Baca lagi di sini 

Saya perhatikan ada dua perkara yang pelik dalam kenyataan Dr Khairudin itu.

1) Kenapa beliau beriya-iya benar menempelak Hasan Ali seorang sahaja dalam isu tersebut? (menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR).

 Waima, sepanjang perbahasan Multaqa tempohari itu berhubung Tahaluf Siya si dan PR bernada sangat negatif dan diikuti pula dengan resolusi untuk mengkaji balik atas sebab ianya merugikan. 

 Maka ramai yang mempunyai persepsi resolusi Multaqa itu lebih kearah untuk membawa PAS keluar PR! 

 Tambah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasarudin Hasan Tantawi dan Azli Musa  di sini





 Adapun Hasan Ali hanya sekadar bersuara dari luar sahaja. Dia sekadar menari ikut gendang yang dipalu oleh Multaqa.


 Akan tetapi Nasarudin Hasan Tantawi dan Azli Musa adalah orang dalaman parti dan ada kedudukan.Mereka ada peranan bersama kumpulan ulama yang bermultaqa itu.

  Tidak ada bezanya nada kenyataan Hasan Ali dengan mantan Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hasan Tantawi dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Azli Musa.

  2) Beliau memberikan contoh kekalutan mengenai isu pembahagian kerusi semasa PRU13 lalu, khususnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara. 

  Saya mengharapkan agar isu kekalutan kerusi Kota Damansara ini diputuskan dengan perbincangan yang tuntas dalam muktamar nanti memandangkan kita ada dua versi yang berlawanan mengenainya. 

    Satu ialah versi dari anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad,atau lebih dikenali sebagai 'Din Ayam'  yang juga menantu Presiden PAS sendiri dan satu lagi versi dari Khalid Samad.

 Perkara ini penting diputuskan supaya tiada lagi kekalutan sebegini berulang kembali dimasa hadapan nanti.Tambahan pula apa yang didakwa oleh Din Ayam itu telah pun diadukan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk disiasat.Lihat di sini 
Comments
4 Comments

4 comments :

PAPAROCK said...

mun ni bangangla... jika mudarat mmg haramla... tu pun mung dop reti ke... kajian mmg sentiasa kena buat... tu pun mun dopleh nok pikir ke... ke mun nok jadi setan... mun nok sokong sape3 mun punya hal... tapi jgn cuba lage3 org

papa rock

Anonymous said...

Macam mana nak selesaikan kes Kota Damansara tu sebab yg buat angkara tu menantu Presiden.Anak Presiden dah menang pulak Tim.Ketua Pemuda.Tak jauh bezanya antara PAS dengan UMNO - sama mengamalkan kronisma.Yang mengundi dan yg akan berbantah semua membisu dan bermuka-muka dengan Presiden.Benarlah slogan PAS Ganu "PAS Ganti UMNO".

Anonymous said...

pandangan tentang tahaluf siyasi oleh ahli berjawatan dlm PAS tak jadi masaalah dan diterima ...tapi org luar cam pak Hasan tu tak patut dan tak layak... kerna menjatuhkan kredebiliti pas.

Anonymous said...

Usah risau isu Kota Damansara.Lihat la ni banyak non muslim mula cenderung ke Islam kalau di banding 20-30 tahun lepas.Anasir luar suka kalau Pekatan pecah.Syura Ulama Pas kan ada dan dia bukan ulama parti keris.Pemimpin sekarang bagus mengapa nak kucar kacirkan dok hasutan ahli serpihan sampah yang di buang.Cuba usul bagaimana nak banyakkan orang sholat lima waktu berjamaah,elak berjudi dan minum arak dan elak kan banyak kes cerai kan bagus.Ini kerja AllahSWT, di beri gabungan Ulama dan profesional Insyallah berjaya setelah sekian lama Pas berjuang la ni baru nampak keberkesanan nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...