JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, November 03, 2013

Harun Taib jangan berdaleh - Memang dia mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Dalam satu kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata, beliau juga tidak mengetahui punca kenapa dirinya masih dipilih untuk jawatan tersebut walaupun dirinya pernah terlibat dalam beberapa isu sebelum ini.

  Saya sendiri pun tidak tahu kenapa Dewan Ulamak merasakan orang yang uzur dari segi fizikal sepertinya mahu terus dibebankan dengan tanggung jawab yang berat ini.

 Saya tidak mahu komen mengenainya. Apa yang tergambar kepada saya ialah kemungkinan tugas sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS ini tidak perlu bergegas kesana-sini,turun naik ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat, menyampaikan kuliah atau berceramah, tetapi cukup sekadar goyang-goyang kaki atas kerusi roda dan melontarkan kenyataan-kenyataan sahaja.Maaf, sekiranya gambaran saya itu tidak tepat.

 Bukankah lebih baik jika dipilih orang yang mampu bergerak cergas keliling negara , dapat menemui dan bermesra dengan rakyat dipelbagai peringkat lapisan dan kaum dan tidak hanya terperosok di kampong Manir sahaja.

2. Apa yang menarik perhatian saya ialah penjelasannya mengenai  isu tahaluf siasi’ dengan PKR . Harun kata, 'bukan bermakna bercerai.' 

“Mereka mungkin salah faham dengan maksud saya, atau itulah cara untuk serang saya.”

  Menurutnya lagi, cadangan tersebut sebenarnya adalah untuk Dewan Ulama membuat kajian terperinci.

 “Saya rasa perlu ada kajian terperinci, mana-mana yang longgar perlu dikemaskan, kalau dah kemas, perkukuhkan lagi.Baca seterusnya  di sini

 3. Benarkah orang ramai tersalah faham atau keliru dengan  kenyataannya sebelum ini? Bagaimana dengan kenyataan bakal mantan Ketua Pemuda PAS dan mantan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak? Kenapa kenyataan mereka ini berbaur ugutan dan membayangkan rasa 'tidak selesa' untuk bersama Pakatan Rakyat? Sila rujuk di sini

Siapa sebenarnya yang keliru? Laporan muka depan akhbar 
Sinar Harian Edisi Perak

Dalam kertas ucapatamanya di Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah hari ini, Harun berkata, "Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi.”

 Selain itu, Harun juga berkata, bagi melaksanakan kajian ini jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan erti reformasi, PKR, menurut beritanya di sini   

 Yang peliknya dalam kenyataannya diatas ini, Harun baru sahaja dalam peringkat menggesa supaya ‘jawatankuasa khas’ ditubuhkan bagi mengkaji dan menilai kemorosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi …. 

 Maknanya dakwaan Harun mengenai kemerosotan pengundi Melayu itu belum ada lagi satu kajian yang teliti dan jelas mengenainya.Di sini menampakan kurang cerdiknya dia!

4. Laporan post mortem PRU-13 pun belum keluar lagi walaupun dijajikan akan keluar bulan Oktober lepas. La ni masuk Novemer....alahai.Tanpa post mortem tersebut, jangan haraplah kalau Dewan Ulamak mampu menghasilkan kajian yang lengkap dan berwibawa mengenai dakwaan kemorosotan undi orang Melayu terhadap PAS.Buktikanlah!

 Ekoran dari kenyataannya ini , Harun telah mendapat kecaman ramai dari kalangan akar umbi parti.

 Malah ianya disanggah oleh TGNA sendiri dengan menyatakan, " Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

 Malah TGNA menegaskan, "PAS jangan undur ke belakang, yakni menarik diri dari Pakaran Rakyat," katanya  di sini

 5. Apabila keluar kenyataan Tok Guru itu, maka mulalah nada-nada yang mahukan PAS keluar dari PR mulai empukr dan melunak. Nampak ada sedikit perubahan dalam kenyataan Harun yang baru ini. 

 Tetapi hakikatnya, Harun memang mahukan supaya PAS keluar dari PR sebagaimana yang pernah disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden yang faqeh dahulu, Ust Nasarudin Mat Isa, mantan PJ Selangor, Dr Hasan Ali dan kuncu-kuncunya.




Dua hari sebelum sebelum PRU-13 tempohari, Harun dilaporkan berkata:

 “Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang,” katanya dalam berita bertajuk : Harun Taib Cadang Pas keluar PR di muktamar jika mahu

Comments
8 Comments

8 comments :

PAPAROCK said...

Saya sendiri tak faham apa masalah dengan sdr al-Husseyn. Sendiri kutip sendiri ulas tapi malangnya sendiri tak faham apa dibuat. Sudah2 la cuba melaga-lagakan orang tu... jika orang masih mahu mengekalkan Ust Harun Taib maknanya jarum laga-laga hang tu tak menjadi. Jadi terimalah kenyataan tu beb... jangan nanti orang kata nampak cam cerdik tapi bodoh sebenarnya. berwajah PAS tapi hakikatnya jadi penentang PAS nombor wahid. kata cintai Nabi SAW tapi benci ulama

paparock

alhusseyn said...

PAPAROCK,~ Sendiri kutip sendiri ulas itulah fakta yg aku kutip dan aku ulas , bukan rhetorik ikut sedap apa yg aku nak tulis tetapi berdasarkan kpd fakta yang memaksa perpektif aku melihatnya memang Harun mahu PAS keluar drp PR, disambut dgn kenyataan-kenyataan jelas mahukan PAS keluar.Hanya apabila keluar kenyataan TGNA barulah masing-masing akur dgn kata-kata 'setuju unt penambahbaikan...' Biolah kalau orang nak katakan aku bodoh, atau aku ni benci ulama ... kerana pd hakikatnya, ramai lagi ulama yg lebih baik ada dalam PAS dan di luar sana. Sepatutnya PAPAROK 'kutip dan ulas' utk lawan hujah saya di sini dan bukan hanya berrethorik dlm membuat komen. Komenlah lagi, aku nak tengok sejauh mana kecerdikan kamu, PAPAROK

Addin Deen said...

Ana setuju dgn al-husseyn.. ana yg berada dlm pemuda pas, rmai pemimpin pemuda tidak berapa suka dgn tindakan ust harun.. ikhlas ana ckp, susah nk cari pengganti spt TGNA..

Anonymous said...

Tugas Ulamak adalah untuk memberi pencerahan bukan untuk menambah kekeliruan.

kamal said...

Haron redho ni harus keluar dari pas dan masuk umno...

paparock.. org sayang ulama mcm TGNA bukan pencaca umno mcm haron tu

Anonymous said...

hmm alasan xde orang yg layak ganti Harun Taib adalah kerana tapisan dan syarat ketat yang digunakan dlm menilai untuk memilih ketua dewan ulama. Ketatnya syarat itu, sampai xde org lain dlm PAS yg layak ganti Harun Taib. Hebatnya Harun Taib.. hebat.. hebat.. hebat..

apakah syarat ketat tu? Mustahil ustaz lai dlm PAS x layang langsung. Maafla, bagi aku ramai lg ulama dlm PAS yg lebih mantap berbanding Harun Taib.

bat8 said...

Paparock,

Sdra dapat melihat bagaimana Ustaz Haron Taib merupakan satu aset yang penting. Elok le dipujuk beliau memasuki UMNO. Ustaz Haron Taib mempunyai keupayaan yang jauh lebih berkualiti dari Jamil Khir atau Fathul Bari untuk membawa isu2 Islam bagi pihak Umno.

Jangqn biarkan bakat beliau dipersia2 dalam PAS.

sabina said...

Baguslah jarum UMNO dalam PAS dah mula cucuk daging dalam anggota PAS ,dulu jarum UMNO hanya dari kalangan ahli dan jawatan kuasa biasa saja sekarang dari kalangan majlis Syura Ulama pula semoga berjayalah hendaknya suntikan dari UMNO itu eloklah PAS tapis betul-betul untuk melantik sesaorang dalam apa bentuk jawatan pun . nanti melopong lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...