JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, November 30, 2013

Inilah kelebihan dapat Pak Mertua seorang Presiden......

  Aku bukanlah nak tuduh apa-apa...Tetapi dalam masa orang sedang sibuk berteka-teki tentang perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, sudah tentu gambar berikut akan mengundang pelbagai tanggapan dan pertanyaan ....


  Kelihatan Ustaz Akmal Kamarudin, menantu Presiden Tuan Guru Haji Hadi dan Ust Sidek Nor, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak dan beberapa lagi anggota parti dari Perak sedang memasuki ke perkarangan rumah Presiden di sebelah Masjid Rusila, Marang, Trengganu.

  Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden  untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa?

 Mungkin kalau kunjungan mereka ke situ selepas perlantikan PJ sedikit masa lagi, tidak akan menimbulkan apa-apa  prasangka atau spekulasi.

  Inilah kelebihan menjadi menantu kepada seseorang yang berpengaruh .... ramai yang mungkin mahu mengambil kesempatan. Macam-macam ada!
Comments
15 Comments

15 comments :

PAPAROCK said...

Gua cukup kesian la kat hang ni.... laju jer otak nak buat fitnah... suka hati presiden la nak lantik sapa pun... itukan bawah kuasa dia...sudah2la jadi kaki fitnah... kita bukannya makin muda. Idola hang pun dah menang... apa yg hang nak lagi... tu ler.. hati yg bersalut fitnah memang tidur pun tak aman

paparock

Anonymous said...

paparock,

presideng mu tu pung kaki fitnah juga! jangan lupa kes kerusi kota damansara. udahler fitnah calon pkr, siap khianat lagi dengan mengeluarkan watikah calon pas.

orang baik kalau sokong pemfitnah samalah macam dia sendiri buat fitnah.

orang pakai serban tak semestinya baik perilakunya. begitu juga orang yang berpendidikan agama. si kazim dan fathul kan ulama juga.

alhusseyn said...

Allah telah mengingatkan kita semua supaya jangan menjual ayat-ayat Allah untuk menukar dengan sesuatu yang murah/rendah yaitu dunia sebagaimana dlm surah Baqarah 41 : Wa la-tasytaru bi-ayati samananqalila ~ Janganlah kamu jual ayat-ayat-KU dengan harga murah dan bertakwalah kepada-KU. Namun masih ada yang beranggapan pemerdagangan ugama lebih memberi keuntungkan kpd mereka ....

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Lu cakap lu cukup hormat dengan TG Sidiq Nor kenapa tak tanya terus dari mulut beliau dari lu duk kejut fitnah dari tidur. Gua tahu lu cukup rapat dengan TG Sidiq Nor tapi rupa-rupanya lu talam dua muka rupanya. Letaklah sebanyak mana surah lu nak letak tapi lu beramal ker dengan apa yang lu lontarkan surah tu.

alhusseyn said...

Gerakan Anti Najib/Rosmah, saya tidak ada masalah dgn Ust Sidik Nor mahupun Ust Akmal. Aku cuma kata kunjungan mereka ke situ boleh dipandang serong dalam keadaan sekarang ini.Sepatutnya mereka kena elakan dari fitnah sedemikian. Aku tidak mahu Akmat terikut-ikut macam menantu Presiden yg lagi satu tu... masalah engko sebenarnya memfitnah aku talam dua muka? Sampai merepek repek aku beramal atau tidak dgn ayat Quran tu nak kena kasi tau dgn engko? Bagilah fakta kalau nak beking Akmal atau Sidek Nor supaya orang boleh tahu bahawa apa yg aku tulis ni fitnah

hawariyyun said...

jangan menyebar fitnah.klu ye pun ust.sidek nor dan mnantu TG melobi,kami terima sbb itu keputusan presiden yg tlh dipersetujui dlm mesyuarat.jgn rumah siap pahat berbunyi.ahli pas jgn menyusahkan pimpinan.buat kerja ,jgn pandai kutuk je.

hawariyyun said...

berat telahan tuan ni.menyebarkan fitnah.buka ruang musuh serang pimpinan mcm anonymous 1.44 pm.

alhusseyn said...

Fitnah apa? Aku bukan curi gambar ini dari mana-mana simpanan peribadi tetapi dari facebook seseorang yg ada dlm gambar itu.Apasal dia dedahkan kpd ramai? Sep[erti saya tulis, gambar tersebut boleh menimbulkan tanda tanya dan spekulasi kerana perlantikan PJ Perak akan dilantik dlm minggu yg berikutnya.Dan mereka ini mmg dari Fraksi Ulama .... Presiden mmg kena lobi dgn mereka, aku sangat yakin!

Anonymous said...

Inilah kelebihan dapat Pak Mertua seorang Presiden: dah ni tajuk mengarut ape yg kamu tlis?????salah ke klau sape2 nk ziarah or pergi rmh presiden?ke lebih baik klu nk pergi msti smbunyi2? tajuk yg kamu tlis lah yg membuka pntu fitnah dgn pelbgai andaian.tjuk biar elok2 skit.!!!!!!!

Anonymous said...

Pemilik FB upload gambar utk laporan dan tatapan sahabat dia yg tak dapat pegi... Takde sapa nk salah anggap pun

Anonymous said...

Pemilik FB upload gambar utk laporan dan tatapan sahabat dia yg tak dapat pegi... Takde sapa nk salah anggap pun

Anonymous said...

Pemilik FB upload gambar utk laporan dan tatapan sahabat dia yg tak dapat pegi... Takde sapa nk salah anggap pun

Anonymous said...

Pemilik FB upload gambar utk laporan dan tatapan sahabat dia yg tak dapat pegi... Takde sapa nk salah anggap pun

Anonymous said...

aduh..saya AJK Pemuda Teluk Intan selaku penganjur Lawatan / Rehlah Tarbiyyah Terengganu Kelantan 3 hari 3 malam tu..Rehlah ni kami dh rancang lama, lebih kurang 2 bulan sebelum tarikh..xde kaitan dgn dgn lobi PJ dsb..Ust Akmal pulak, beliau selaku menantu TGHH a.k.a. TKP PAS Perak, beliau sebagai pemudah cara lawatan kami dari Pemuda Teluk Intan..kali x sebar fitnah skalipun, jgn la menduga itu dan ini..

alhusseyn said...

AJK Pemuda Teluk Intan selaku penganjur Lawatan / Rehlah Tarbiyyah baguihlah buat kerja tu...Ust Sidik Nor tu bila pula jadi Pemuda Tlk Intan ? Ala ...katakanlah menyelam sambil minum air.Melobi tu bukan salah pun. Apa yang penting bagi kita semua ialah agar sistem/cara pemilihan itu diubah.Jgn bagi cek kosong begitu sahaja kpd Presiden, kalau tidak nanti orang kata PAS ni macam hak keluarga anak beranak dia yg punya.Kita semua bukanlah maksum dan mudah tergelincir walau alim mcm mana pun.Sebab itu kita perlu kita bukan sahaja berlaku adil, tetapi biarlah juga nampak berlaku adil dan mengelakan fitnah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...