GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 16, 2013

Kenapa perlu takut berdepan dengan Wacana Hala Tuju Pemuda PAS ?


 Syabas diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur dan Batu Gajah kerana akan menganjurkan satu wacana membariskan calon-calon jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelang pemilihannya minggu depan.

 Wacana bertajuk "Hala Tuju Dewan Pemuda PAS" itu akan diadakan pada 19 November ini (Selasa) bermula jam 8.30 malam di Jade Hall, Ipoh berdekatan Pejabat PAS Perak.

 Pengarah program, Muhammad Rahmat berkata, wacana ini akan dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam.

 Bagaimana pun, saya rasa agak terkilan sedikit apabila mendapat tahu bahawa setakat ini hanya empat daripada enam calon telah mengesahkan kehadiran mereka untuk hadir ke wacana yang julung kali diadakan ini. 

Nasrudin Tantawi kata, berdebat bukan budaya kita....
Apakah Kamaruzaman bersetuju dengan kenyataan itu? 

 Ada yang memberikan alasan dengan menyatakan bahawa “ Kepemimpinan ini adalah amanah Allah yg besar, kita diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa kita tidak boleh meminta jawatan ... Jika hadir ke program seumpama itu, maka masing-masing akan bercakap tentang kemampuan diri masing-masing untukk menyatakan dialah yang layak dipilih berbanding orang lain. Maka berlaku sifat mazmumah riya', ujub dan takabbur….

 Maka atas dasar itu beliau tidak akan hadir dalam semua wacana, debat sebelum muktamar.

 Alahai…. Bukankah sepatutnya seseorang yang ingin bergelar pemimpin wajar tampil kehadapan dengan misi dan visi yang jelas untuk memacu organisasi yang bakal dikemudi?

 Dari sinilah, para perwakilan dan rakyat umumnya dapat melihat dengan terang lagi bersuluh halatuju organisasi yang ingin dibawa jika calon-calon pimpinan tersebut terpilih. 

 Gagasan idea yang ingin dibawa oleh pelapis kepimpinan masa hadapan PAS dapat dibentangkan secara langsung, teratur dan jelas dari calon-calon yang bertanding.

 Dan yang lebih penting juga, pendekatan atau medium 'bisik-bisik' dan 'cakap belakang' yang hanya akan mengundang pelbagai sangkaan buruk dan salah tafsiran dapat dihindarkan.

 Maka, wacana umum sebegini wajar disuburkan.Kenapa perlu takut untuk berhadapan dengan orang ramai secara terbuka? Sama-samalah kita lihat siapa yang penakut itu……
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Pemuda PAS dibawah pimpinan Tantawi tak ada misi mahu pun visi.Tak ada yg dapat dibanggakan selama Tantawi jadi Ketua Pemuda PAS.Sebab itu proxynya Kamaruzaman Mohamad tak berani naik pentas berhujah.Kamaruzaman bukan ulamak, sudah lari dari hasrat Dr.Khairuddin AlTakiri(dalam gambar).Selama ni kemampuannya sekadar sekat dan demo tentang konsert aje.Hasrat hendak mengembalikan Pemuda PAS seperti zaman Mahfuz dan Sallehuddin munkin tercapai tapi bukan dengan Kamaruzaman.

alhusseyn said...

Salam brother, inilah yang melucukan kita semua - Untuk Timbalan Presiden beria-ia benar mereka mahukan orang yang faqeh lagi ulamak.Tapi bila tang Ketua pemuda isu tersebut senyap sepi... kenapa tak cari ulamak muda utk jadi Ketua Pemuda bagi menggantikan Tantawi tetapi meletakan KZ yang yang hanya setaraf Hasan Ali tahap pemikirannya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...