JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, November 18, 2013

Mahathir dan pemimpin UMNO mahukan nama Islam pada PAS digugurkan


 Beriya sungguh puak-puak Umno mahukan PAS marahkan Karpal kerana kononnya Karpal mahukan PAS diharamkan pendaftarannya. Sakit hati betul Umno kepada PAS kerana dilihat berbaik dengan DAP maka diusahakanlah pelbagai cara supaya hubungan baik itu menjadi rosak. Waima orang pertama yang mahukan nama Islam pada PAS digugurkan ialah Mahathir. Bukan Karpal!

"Dr Mahathir pernah mencadangkan supaya parti politik gunakan nama agama dibatalkan kerana bimbang sokongan terhadap PAS akan meningkat ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.

"Jadi pada saya tidak ada bezanya kenyataan yang dibuat oleh Karpal dan juga cadangan dikemukan oleh Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain," kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

 Aku suka cara Timbalan Presiden kita ini mengendalikan isu tersebut.Tidak ada unsur marah-marah atau mengugut atau mendesak minta ampun maaf dan sebagainya.

Tetapi korang lihatlah sendiri kebijaksanaan seorang pemimpin seperti Mohamad Sabu ini diasak dengan persoalan yang rumit ini, beliau sangat berhati-hati mengolahnya hingga terkena balik kepada Umno.

Kebijaksanaannya terserlah apabila dia menyatakan mahu bersemuka dan mendapatkan maklumat yang sebenarnya daripada Karpal sendiri. Cer baca  di sini


Malah bekas perogol wanita bawah umur pun beriya 
sungguh nak jaga kesucian nama Islam....

Katak pun marahkan PAS kerana gunakan Islam pada namanya

Kenapa begitu terdesak sekali Umno mahukan reaksi daripada PAS terhadap kenyataan Karpal tersebut? Kah! kah! kah! Waima kalau ikutkan transkrip yang aku perolehi dari blog macai Umno sendiri, Karpal bukan sebut pasal PAS sahaja tetapi antaranya ialah: 
 Question: Ban all racial political parties?  (Soalan: Haramkan semua parti politik perkauman?) 
 Answer: Yes, ban all racial political parties.  (Jawapan: Ya, haramkan semua parti politik perkauman.)

Question: Umno?  (Soalan: Umno?)  
Answer: Ya, ya, I say Umno, MCA, of course Gerakan is spared, that does not make any difference.                                         (Jawapan: Ya, ya, saya kata UMNO, MCA, Gerakan memang terkecuali, ia tidak membawa apa-apa perbezaan.) 
 Question: You were saying ban all racial political parties or ban all racial associations and groups? (Soalan: Kamu menyatakan haramkan semua parti politik perkauman atau haramkan semua persatuan dan kumpulan perkauman?)  
Answer: I am talking about political parties and of course associations like the Muslim Lawyers Association and so forth. (Jawapan: Saya bercakap mengenai parti-parti politik dan juga persatuan-persatuan seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim dan sebagainya.) 
Question: Professional groups?
(Soalan: Kumpulan-kumpulan profesional?)  
Answer: Professionals are all, you know, ought to be multi-racial. There is no problem there, the medical, I think include all, otherwise we will have Muslim Doctors Association, and we might need to have, to allow precedents like this, it is a very serious matter the government has to look at, otherwise I think it is a serious setback, you know, to ultimate unity among the people in the country. (Jawapan: Profesional-profesional semuanya, kamu tahu, mestilah berbilang kaum. Tiada masalah di sana, kumpulan perubatan, saya fikir termasuk semua, jika tidak kita akan ada Persatuan Doktor-Doktor Muslim, dan kita mungkin perlu ada, untuk benarkan duluan-duluan seperti ini, ia adalah satu perkara yang sangat serius kerajaan mesti lihat, jika tidak saya fikir ia adalah satu ancaman serius kepada, awak tahu, perpaduan di kalangan rakyat dalam negara ini.)
Aku sertakan lagi bukti bahawa memang Mahathir mahukan PAS diharamkan.Sejak ucapannya pada 1994 , bertalu-talu usaha dilakukan hingga menggunakan Musang Berjanggut dari Perak supaya membentangkan isu tersebut pada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dibincangkan! Boleh rujuk  di sini


Umno sangka rakyat Malaysia lupa dan tidak kenal sikap sebenar Umno.Tujuan sebenar mereka adalah mahu melihat PAS dan DAP keluar dari Pakatan Rakyat.Kecewa sungguh Umno bila Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 2001 dulu menolak usul Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan nama Islam yang ada pada PAS.

Comments
2 Comments

2 comments :

AyamKMP said...

ini semua sengaja dihighlight lebih2 oleh macai umno

Anonymous said...

Parti keris sudah tersepit, guna macam macam helah nak pacahkan Pekatan Rakyat.Wahai Ahli Pas yang ku kasehi, pihak munafik akan sentiasa cuba kita jauhi ugama AllahSWT.Mereka rasuah, fitnah dan tibai duit negara untuk kepentingan kroni lalu membuat seolah rakyat melutut kepada mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...