GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, November 01, 2013

Mengapa Mat Sabu perlu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden PAS?

Lawan PAS ialah Umno. PAS perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat.

 Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

 Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.

 Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.

 Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

 Antara lima calon Timbalan Presiden PAS yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.

 Menjadi orang kedua PAS, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan PAS untuk bersama dengan PAS melawan bathil dan kejahilan yang dibawa Umno.

 Perlukah orang kedua PAS mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama?9 Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden PAS sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

 Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan pelbagai badan NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.

 Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

 Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan PAS sehinggalah ia menumbangkan Umno.

 Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.

 Jawatan Timbalan Presiden PAS bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja.

 Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

 Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampunan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.

 Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

 Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.

 Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

 Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psy-war media.

 Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji.

 Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa.

 Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian.

 Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

 Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas. 

 Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian. Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

 Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada empat calon yang lain buat masa ini.

 Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. – 31 Oktober, 2013. sumber dari - Ismail Qawi

Komen al Husseyn : Saya rasa artikel ini amat sesuai bagi menjawab tulisan Zulkifli Sulung yang mahukan kelima-kelima mereka itu bertanding bagi mengatasi masalah persepsi persepsi buruk sebagaimana dakwaan beliau di sini .

 Sebagaimana yg dinukilkan oleh Ismail Qawi diatas, saya bersetuju bahawa tokoh-tokoh besar PAS yang terlibat adalah matang dan berpengalaman.Pastinya mereka yang terlibat sedar kemampuan dan kebijaksanaan politik masing-masing.

 Tidak ramai yang menerima ujian dalam perjuangan PAS sebagaimana Mohd Sabu. Dia diserang hebat dan keseorangan dalam isu membela pejuang kemerdekaan negara yang sebenar iaitu  'Mat Indera' yang selama ini difitnahkan oleh Umno sebagai seorang pengkhianat negara. 

Mohd Sabu dikecam dan ditohmah sebagai peyokong perjuangan kominis dan dituduh telah menyeleweng dari ajaran agama Islam yang sebenarnya.

Bukan Umno sahaja yang mahu lihat Mohd Sabu tersingkir dari jawatan Timbalan Presiden, malah ada sekumpulan kalangan parti sendiri yang membuat tohmahan yang melampau keatasnya yang kononnya beliau adalah seorang penganut Syiah. 

Alasan bahawa Mohd Sabu perlu disingkirkan kerana beliau bukan seorang yang 'faqeh' dilihat  tidak wajar dijadikan alasan. Perkara ini disedari sendiri oleh Presiden Tuan Guru Haji Hadi menyebabkan beliau terdorong membuat kenyataan yang menegaskan 'Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan'.

 Kenyataan dari Mursyidul 'Am PAS, TGNA yang melontarkan pandangannya menerusi anaknya Nik Abduh bahawa 'Pemimpin PAS tidak semestinya ulamak' seolah-olah mahu menjelaskan tugas sebenar ulamak sebagai pimpinan didalam PAS adalah menjadi ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik" katanya di sini 

 Saya menyokong Mohd Sabu kerana tidak suka dengan cara kalangan yang berkempen memburuk-burukan Mohd Sabu dengan lontaran fitnah yang tidak pernah terbukti.

Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Timbalan yang ada sekarang sudah cukup baik. Yang lain tak payahlah lawan. kalaulah merasa diri lebih baik pun bantulah beliau, supaya PAS lebih cemerlang. Jatuh menjatuh bukanlah amalan tradisi PAS. PASterlu pemimpin pelengkap bukan sebaliknya.

alhusseyn said...

Saya setuju- PAS lebih cemerlang kalau saling lengkap melengkapi dan bukan jatuh menjatuh.Kalau diterima pakai cadangan Zulkifli Sulung supaya kelima-lima tokoh itu bertangding merebut jawatan Timbalan Presiden, bermakna, empat tokoh itu akan tersingkir dan terlepas peluang bagi mereka untuk mnjawat Naib Presiden....Adalah lebih baik bagi Naib-naib presiden mempertahankan jawatan masing-masing.

ayam hutan said...

Cakap banyak buang masa, aku mahu Mat Sabu kekal jawatan Timbalan Presiden PAS satu penggal lagi. Jangan jadi musuh dalam selimut/duri dalam daging. Kenapa sekarang berebut rebut mahukan jawatan

Amuraria said...

mat sabu terbaik ,boleh lawan macamana pun helah & konspirasi gerombolan parti pandi kutty ubn ! ABU jangan lupa !

Anonymous said...

Saya melihat pas perlu mengamalkan sistem syura zaman sahabat.zaman ini strategi politik amat penting dlm menghadapi BN.kurangkan politik dalaman.persiapan lebih mantap diperlukan utk menghadpi pru 14 jgn sia-siakan amanah rakyat

Anonymous said...

Belum nampak mana-mana muka dari kalangan ulamak PAS yg boleh menggantikan Mat Sabu.Cakap aje kerja kosong.TGNA dah pun buat kenyataan tak perlu ulamak jadi Presiden atau Tim.Presiden.Selain TGNA dan TGHA tak seorang pun dikalangan ulamak PAS yg UMNO gerunni.Mat Sabu memang duri dalam daging buat UMNO.

Anonymous said...

hanya mereka yang jadi anjing UMNO jew yg sanggup nk lawan Abg Mat..
Kalu takot nk tingal kopet bini dop payoh la nk rebut jawatan ni.. mu sumer dop layak wei..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...