GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, November 30, 2013

Mujurlah Nik Aziz tidak diserang penyakit jantung!


TGNA hanya mengetahui mengenai resolusi 
Multaqa itu melalu berita Sinar...alahai...

 Pada 15 September lalu, TGNA dikejutkan dengan kenyataan Harun Taib mengenai Resolusi Multaqa melalui akhbar Sinar sahaja… 

 Kelmarin, TGNA dikejutkan lagi melalui akhbar yang sama yang menyiarkan di muka depannya: Tok Guru terkejut dan menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan dgn PM Najib kelmarin sebagai pertemuan yg tidak dijangka. 

 "23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu," Katanya lagi (Gambar bawah ehsan Sinar)



 Apa lagi yang korang tak faham-faham lagi? Tuan Guru Nik Aziz kini telah dipinggirkan. Pandangannya sudah tidak mahu diambil kira.

 Seolah-olahnya TGNA sudah tiada lagi dimuka bumi ini. Puak-puak inilah yang melolong kesana kemari kononnya mahukan kepimpinan Ulamak ... Apakah TGNA selaku Mursyidul 'AM PAS sudah tidak diperlukan lagi pandangan dan buah fikirannya? 

 Apakah mereka sudah tidak menganggapnya sebagai Ketua ulama dalam PAS? Aku takut kalau-kalau ada yang menganggap TGNA ulamak liberal? Adoi .... di mana penghormatan kalangan ini terhadap Mursyidul 'Am sendiri. Nampaknya doktrin wala' dan thiqah korang yang selama ini korang sendiri pundekan

 Betapa TGNA tidak dirundingkan terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan atau persetujuannya sebagai menghormatinya sebagai bekas MB Kelantan yang selama 23 tahun itu.

 Ini jelas menunjukan beliau sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan PAS yang ada hari ini. Apakah gerangan keistimewaan yang ada kepada MB Kelantan yang baru, Ahmad Yaakub hingga mendapat layanan yang tidak pernah diberikan kepada TGNA ; hingga menyebabkan beliau terkejut sangat?

 Apakah kerana PAS yang menerajui kerajaan Kelantan hari ini merupakan fraksi UG yang memang tidak sehaluan dengan TGNA selama ini?
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

dilihat telah lama 'puak2 ug' ini merancang antaranya ;meminggirkan husam dan kini tiba giliran tgna pula

Anonymous said...

Wahai semua ahli Pas terutama Pas kelantan kenanglah akan jasa dan jerit perih TGNA. Harap yg terbaik untuk jemaah.Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...