JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, November 02, 2013

Muktamar Dewan Pemuda atau Dewan Ulama Pemuda?


Esok Pemuda PAS Perak akan mengadakan Muktamarnya bagi kali ke-30 dan akan diadakan pemilihan. 

Mahu tidak mahu, jelas bahawa terdapat dua fraksi yang akan merebut jawatan penting tertinggi dewan tersebut.Ini tidak dapat dinafikan apabila melihatkan cara berkempen mereka.

 Satu fraksi memaparkan poster dengan tag-line kempen mereka : Kami mahukan Pemimpin yang diTarbiyah dan mentarbiyah. Seolah-olahnya hanya tiga manusia ini dalam Pemuda PAS yang mendapat pentarbiyahan selama ini. Aduhai, sengal betul :


dan gambar muka depan dari akbar Sinar Harian dengan penambahan tag-line ~ Menyokong Kepimpinan Ulamak, Menolak Anti Ulamak. Siap bubuh tanda pangkah bagi mereka yang tidak digemari :


Dan yang paling melucukan apabila fraksi ini tergamak mencipta poster cop ayam muktamar walaupun telah sedia ada poster yang resmi seperti gambar paling atas itu. Terlalu terdesak kalau dah berkempen macam ini:



 Melihat kepada poster palsu diatas ini, yang hanya memaparkan gambar Ketua Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Perak Nasarudin Tantawi ; saya berpendapat ianya akan memberi 'back-fire' kepada Ketua Pemuda PAS Mohd Zawawi sendiri yang mahu mempertahankan kedudukannya itu.

 Nasarudin dilaporkan menarik diri dari pertahankan Ketua Pemuda PAS Pusat bagi memberi laluan kepada yg lebih muda.

 Apakah tindakan Nasarudin menarik diri ini tidak akan mendorong para perwakilan pemuda Perak untuk bertanya sesama sendiri nanti, 'Kenapa Mohd Zawawi yg jelas sering keuzuran dalam kegiatan pemuda negeri tidak mahu menurut jejak langkah Nasarudin itu?'.
  
 Tetapi saya perlu tabik kepada saudara Salman yang berkempen secara gentleman melalui pemaran aktivitinya di facebook untuk para perwakilan menilai merit dan prestasinya.Sila klik di sini. 

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...