GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, November 09, 2013

Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri



 Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat lebih selamat apabila dua tokoh yang sebelum ini hangat diperkatakan sebagai calon yang akan menggalas cabaran bertanding jawatan timbalan presiden membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

 Ini bererti, Mohamad Sabu bakal berdepan satu lawan satu dengan Nik Amar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.Baca  di sini

 Saya bersetuju benar dengan pandangan  MSO  di sini,  bahawa “Orang akan mempersoalkan kenapa calon yang mendapat pencalonan lebih banyak dari beliau menarik diri tetapi tidak beliau…”

 MSO dalam entrinya itu mendedahkan mengenai kedua-dua tokoh yang mendapat undi terbanyak untuk merebut jawatan Timbalan Presiden telah menolak pencalonan masing-masing.

 Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat melebihi 100 pencalonan menolak untuk mencabar Mohamad Sabu.

"Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.Sila rujuk  di sini

 Husam Musa pula yang mendapat pencalonan kedua terbanyak juga berbuat tindakan demikian.Penolakan Husam itu atas alasan beliau mementingkan perpaduan parti.

 Mohamed Sabu dilihat boleh merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan rajin keluar masuk penjara!

 Beliau boleh menjadi jambatan yang baik untuk mengukuhkan tahalluf siyasi bersama-sama DAP dan PKR.Apakah Nik Amar juga mampu berbuat demikian?

 Pencalonan untuk Mohd Amar adalah lebih rendah dari Mohamad Sabu dan Husam.Ramai yang mahukan Nik Amar supaya menarik diri dan menumpukan perhatiannya kepada negeri Kelantan.  - Gambar ehsan Malaysiakini
Comments
11 Comments

11 comments :

greenclub pp said...

Subhanallah!
PAS adalah milik ahli PAS, tiada siapa menyangka bahawa Mat Sabu akan menjadi Tim Presiden PAS. Pada percubaan pertama, beliau kalah ditempat ketiga, namun selepas itu beliau diberi peluang oleh Allah. Mat Sabu tidak akan kekal dijawatan tersebut sampai bila-bila, pada suatu hari nanti beliau akan melepaskan jawatan tersebut sebagaimana bertukarnya putaran jam.
Nik Amar juga sama seperti Mat Sabu, memasuki pemilihan dengan tangan kosong. Walaupun beliau tidak terkenal seperti Mat Sabu sebagai seorang aktivis dan pemidato, namun beliau lebih terkenal sebagai seorang pentadbir di negeri Kelantan. Latar belakang beliau sebagai seorang ahli parti tidak boleh dipertikaikan, dimana beliau merupakan anak kepada aktivis PAS yang terkenal, Pak Nik Lah Panchor.
Walaupun Nik Amar nampak keseorangan dalam pemilihan ini, namun semua telah maklum bahawa TGNA begitu rapat dengannya.Bahkan pemilihan beliau sebagai Tim. MB Kelantan pun ada kait-kaitan dengan TGNA dan TGHH. Walaupun ada yang mendakwa beliau tidak berkelayakan berbanding dengan Husam Musa, namun rakyat Kelantan menyangkal telahan nakal tersebut. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan setuju untuk memilihnya beliau berdasarkan latar belakang dan kebolehan yang dimiliki.
Hakikatnya, Mat Sabu sendiri pun gembira jika yang menggantikan beliau untuk jawatan Tim Presiden PAS adalah Nik Amar. Kalau tidak untuk penggal ini, tentu dipenggal seterusnya Mat Sabu akan menyokong Nil Amar untuk jawatan ini.
Setelah PAS berjaya memerintah Kelantan pada 1990, kepimpinan PAS Kelantan dilihat kurang memberi sumbangan kepada PAS pusat. Bahkan PAS Kelantan dilihat terpisah daripada PAS pusat. Keadaan akan berubah apabila salah seorang pimpinan PAS Kelantan berada dalam pimpinan PAS pusat. Mungkin Husam Musa dilihat menjadi wakil kepada PAS Kelantan, namun realitinya dan kenyataan adalah berbeza. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan telah tertutup selera dan berpatah arang dengan beliau. Bahkan beliau diramalkan akan terkeluar dalam pemilihan Naib Presiden PAS untuk kali ini.
Dakwaan Mat Sabu disokong kelompok Pro, sementara Nik Amar disokong oleh kelompok ulamak, merupakan suatu dakwaan berbentuk candu dan najis mughalazah kepada parti PAS. Mereka yang menyebarkan dakwaan ini merupakan musuh parti yang tidak mengenal erti dan maksud perjuangan PAS. Kalau sebelum ini, kita didendang dengan lagu sumbang yang mendakwa kemenangan Mat Sabu sebagai Tim Presiden PAS akan mensyiahkan PAS dan mememalapkan pengaruh ulamak dalam PAS. Bahkan PAS akan menjadi naga berkepala dua, di mana perumpamaan ini merujuk kepada presiden dan tim presiden yang berbeza latar belakang pendidikan.
Ahli PAS adalah pemilih yang memiliki kuasa demokrasi mutlak, mereka berhak dan diberi hak untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin demi perjuangan PAS untuk menegakkan amanah Allah di muka bumi. Pemilihan berdasarkan amanah, tidak sama sekali dipengaruhi oleh hawa nafsu, rasuah, teman rapat, warna kulit dan latar belakang pendidikan. Sesiapa yang membuat pemilihan bukan kerana kerana Allah dan jitihad yang dimiliki, maka dosa dan laknat Allah akan ditimpa ke atas mereka.
Selamat memilih!
Saya akan memilih Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan salahuddin Ayob sebagai Naib Presiden PAS untuk pemilihan 2014.

Anonymous said...



Biarkan pemilihan berlaku. Jangan ada lobi melobi... Allah bersama golongan yang memperjuangkan Islam. Apapun yg berlaku akan ada hikmahnya yang tercapai dengan akal fikiran manusia.





















download music for free link























descargar youtube downloader

Anonymous said...

macam bagus ja perwakilan ni menulis.tapi dia mesti ingat bukan semua org suka apa yg dia tulis.buat pengetahuan beliau aku akan berada diluar PAS andai nik amar berjaya mengalahkan mat sabu.ulamak yg gila pangkat mcm ni mana boleh jd pemimpin.insafla......utk pengetahuan mohd amar aku turun utk bersih 1,2 dan 3.beliau ada?

haslina omar lama said...

1. PAS kawasan mana yang mencalonkna nik amar untuk timb presiden
2. Tuan Ibrahim sookong

haslina omar lama said...

PAS kawasan tuan ibrahim yang mencalonkan nik amar

Anonymous said...

Apa yang kau meraban ni husin,dari kau sibuk suruh orang ukur baju lagi baik kau cek otak kau sendiri kat tanjung rambutan kot udah sewel tahap parah benor ke pun?cara bodoh kau berkempen nak naikkan mat sabu tak ada manfaat apa-apa pun selain dari mempamerkan kebebalan kau sendiri yg dah memang pun terbukti berkali2 sekian ini...

ZaimaZ said...

ALlahu akhbar.

Saya malas nak ulas panjang tulisan pemberi komen di atas. Cuma nak tanya, " Betul ke dakwaan beliau?" saya sering berulang ke Kelantan dan pernah berurusan dgn YB Ustaz Mohd Ammar, takda lak nampak beliau sebagus itu. Malas nak cerita. Suka saya cadangkan pem,beri komen di atas selongkar khidmat Mohd Ammar di YIK sudahlah utk mengukur prestasi YB Panchor tu . Jgnlah nak gunakan populariti Almarhum ayahnya lak.

Mansor bin Junus said...

Atas sebab apa pun, tak payahlah nak lawan Mat Sabu. Nik Amar ni cuma nak buat lawak saya. Barangkali dia terlupa nak tengok cermin untuk melihat mukanya sendiri. Atau Nik Amar ini hanyalah buah catur permainan orang lain. Tak usahlah bikin malu sendiri.

Anonymous said...

Aku anti golongan ulamak dan ostad amar merupakan salah sorang yang akan ditamatkan. Usaha berterusan secara istiqamah akan dilakukan dalam apa jua pertandingan dalam Pemilihan PAS, PRK atau next PRU. Alhamdulillah PRK Sg Limau adalah bukti kami. Kepada golongan oustad dan ularrr. . .Makkkk, PAS bukan untuk kamu sahaja

Anonymous said...

Saya akan memilih mat sabu. Beliau lebih layak. Kita kena lihat masa depan PAS dimata luar bkn semata dikalangan ahli PAS. Kejayaan PAS hari ini tanpa disedari adalah kerana adanya faktor sampingan yg cukup kuat yakni penonjolan anwar ibrahim dlm pakatan dan bencinya orang kpd umno. PAS perlukan golongan bkn ulama sebagai pelengkap kpd hairaki kepimpinan ulama sekarang. Tolong buka mata dan bersedia utk lebih global supaya akhirnya PAS mampu menggantikan UMNO yg sekarang dah semakin teruk.

abuamir said...

Sokong mat sabu bukannya tolak ulamak tetapi siapa nik amar? Jagalah Kelantan baik2 jgn sampai PRU14 nanti Kelantan pun terlepas kpd umno pula.............

Kita mahukan pemimpin yg mampu mengerakkan rakyat menentang umno laknat bukannya asyik keluar fatwa tetapi tak buat apa2 pun. Jgn syok sendiri tetapi jemaah hancur.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...