GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 23, 2013

PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya

Ucapan dasar Presiden, jawab tohmahan musuh

 NOV 22, 2013 MUHAMMAD FAIZAL

 SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 pagi tadi disifatkan menjawab segala tohmahan musuh selama ini terhadap PAS.

 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu paling besar yang dijawab presiden adalah terhadap tohmahan kononnya PAS sudah terpesong dari perjuangan asal.

 "Ucapan Presiden PAS cukup jelas bahawa beliau menegaskan PAS tidak pernah berganjak dari Islam yang menjadi dasar perjuangannya.

 "Ini harus difahami oleh semua pihak, bagi saya apa yang diucapnya dan segala tomahan yang dilempar terhadap kita telah terjawab," jelasnya.

 Menurut Mahfuz, Tuan Guru Abdul Hadi juga secara jelas menekankan kita tetap meletakkan Islam sebagai dasar sepertimana yang terkandung di dalam perlembagaan parti.

 Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga turut berpendapat, ucapan tersebut telah menghilangkan semua keraguan permainan politik kotor pihak musuh.

 "Saya kira bahawa suatu yang harus diterima dan jangan lagi ada keraguan terhadap dasar perjuangan PAS," sambung beliau. SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

musafirlalu said...

Salam 1Malaysia (lawak jer)... Maaf kerana kurang berhubung kerana masalah kesihatan dan cikgu apa khabar sekarang nih. Nak minta tolong link blog www.tinatinot.com jika tidak keberatan. Insyaallah jika ada masa kita jumpa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...