GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, November 22, 2013

Pilihlah yang 'amanah' kerana kepimpinan itu adalah amanah

Adalah tidak adil kalau saya asyik mempromo Mohamad Sabu sahaja dalam setiap entri al-Husseyn. Kali ini aku ajak korang mengimbas semula rencara terbitan  Harakah mengenai Nik Amar. Aku kopipes dan sertakan sedikit komen untuk korang fikir-fikirkan.


KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

 Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

 Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim, tengahari tadi.

 Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

 “Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

 “Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

 Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

 Beliau juga berhasrat untuk membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

 Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

 “Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

 “Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.

 Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama’ baru-baru ini.

 Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama’ sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

 “Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,” ujarnya.

 Menurutnya, undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini.

Komen al-Husseyn - Berdasarkan kenyataan diatas, sebab-sebab Nik Amar bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden adalah:

1. Kerana Tuan Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.
2. Bertujuan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.
3. Untuk membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.
4. PAS mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.
5. PAS kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu.

 Nak tanya Nik Amar : Apakah perkara 4 dan 5 itu kerana Mat Sabu jadi Timbalan Presiden , maka ia perlu disingkirkan dari jawatannya itu? Kenapa tidak salahkan Presiden....tak berani kerana Presiden seorang ulamak?

 Satu sebab paling utama yang Nik Amar buat-buat terlupa nak nyatakan ialah, Mat Sabu tidak faqeh dan dia (Nik Amar) menganggap dirinya adalah lebih layak daripada Mat Sabu sebab dia adalah Ulamak.Sila rujuk  di sini

  Menyuburkan amalan demokrasi dalam PAS bukanlah dengan melabelkan orang ini 'faqeh' atau 'bukan faqeh' tetapi ianya perlu bersandarkan kepada integriti seseorang; iaitu berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik.

 ‘Amanah’ dalam pengurusan, adalah sebahagian daripada etika yang baik.Saya menyeru para perwakilan supaya memilih manusia  yang amanah kerana kepimpinan itu adalah amanah.

Apakah peranan Nik Amar dalam isu di sini?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

As Salam..al-Husseyn..belasah lagi...dalam dok kata tidak..belasah juga.hahahah.saya setuju sgt denagan artikel al-Husseyn."SAYA SOKONG MAT SABU"

Anonymous said...

Susun atur Dr Rani diSelangor sbg pesuruh jaya pas ddlm pru13 sgt hebat tetapi siapa yg buat TONGGANG langgang kat Damansara klu bukan Presiden?
Menantu dia tu budak kecik je dan TAKpatut disalahkan krn KUASA adalah 'mutlak' ditangan Presiden!
Susun atur calon dinegri Sembilan juga jd TONGGANG langgang krn campor tangan sape?
Smoga Tuhan akan suloh dgn lebih terang lg apa yg bersembunyi ddlm HATI Presiden akibat drp sembunyi2 berUG dgn setan2 yg dkenali..

Anonymous said...

sikap ulamak yang rasa terlalu berpura2 alim dan menganggap orang lain tak setaraf menjadikan pas ditakuti golongan muda. mat sabu segera menyelamatkan pas apabila beliau cool terhadap kaum muda yang pada pru14 nanti bakal menjadi penentu undi utama.

Anonymous said...

Dia hanya duduk dalam kelompoknya sendiri tanpa melibatkan diri dalam kerangka kehidupan yang lebih luas seperti Mat Sabu...Dia akan berasakan bahawa kaedah pentadbiran ulamak yang dianutinya adalah terbaik dalam kalangan yang terbaik kerana hubungan dengan kaum lain terhad. Katak dalam tempurung hanya mampu berasa bangga apabila melihat keindahan di sekitar dalam tempurung itu sendiri.

Dia tidak akan tahu (atau mungkin pura2 tidak tahu) bahawa majoriti pengikut Pas dan anak-anak muda generasi Y yang bakal menjadi pengundi tidak menggemari sikap dan dasar yang dilakukannya... Jika Pas berpecah atau gagal memperoleh kejayaan yang sama dengan pru13, kesalahan mesti diletakkan di bahu kumpulan ulamak pas. Merekalah yang merancang dan mereka harus bersedia menerima kesan daripada apa yang mereka rancang....waktu itu barulah kita menyedari kesilapan kita dan berasa malu kerana mengetepikan jasa-jasa Mat Sabu... Insyaallah. Amin Ya-Rab.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...