JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, November 16, 2013

Saya tidak pernah minta PAS dibatalkan pendaftaran – Karpal Singh

Ramai yang marahkan Karpal kerana dituduh buat kenyataan kononnya beliau mahu pendaftaran parti Islam itu dibatalkan.

 Mereka mahu Karpal memohon maaf. Ini  termasuklah PJ Kedah, Mahfuz Omar dan terbaru ialah Raja Ahmad Iskandar al-Hiss yang mendakwa telah memperolehi rakaman 24 minit sidang akhbar tersebut.Rujuk  di sini

 Sebelum itu, Lim Kit Siang telah memberi respon yang segera untuk mengingatkan kita semua supaya  Jaga-jaga, ada usaha untuk hancurkan kesepaduan Pakatan Rakyat. Karpal tidak menyeru supaya batalkan pendaftaran PAS. 
 Berikut adalah penafian Karpal :
 KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyanggah laporan beberapa media yang memutarkan belit kenyataannya Selasa lalu dengan mendakwa kononnya beliau meminta PAS dibatalkan pendaftaran.
 Karpal berkata, beliau tidak pernah langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftaran malah menekankan bahawa parti itu telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sekaligus berbeza dengan UMNO, MCA dan MIC yang jelas merupakan parti rasis serta perlu dibatalkan.
 “Saya agak terkejut dengan serangan dilakukan oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan berkenaan parti dan badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya.
 “Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuk PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS sudah memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan beragama Islam.
 “Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang media itu. PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan mereka salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini.,” katanya dalam kenyataan.
 Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor turut menegaskan beliau yakin PAS merupakan parti untuk semua malah tidak pernah menyekat golongan bukan Islam menyertainya jika mereka percaya pada perjuangan bercorak Islam yang diamalkan.
 “‎‎Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan DHPP sebelum pilihan raya umum 2004? Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?
“Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 13 Oktober 2013 sendiri telah berkata bahawa ‘buat masa ini, mereka mempunyai DHPP untuk bukan Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan diri di kalangan bukan Islam’. 
“Seterusnya menjadikan diri kami relevan di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan Islam dan meningkatkan sokongan Islam sendiri’,” jelas Karpal memetik kenyataan Salahuddin.
 Menurut beliau, PAS juga tidak boleh menafikan pada Pilihan Raya Umum 2008 bahawa mereka telah meletakkan calon dari masyarakat India, R Kumutha bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram.
 Selain itu, kata Karpal, Setiausaha DHPP PAS, K Deepakaran pada 6 November lalu dalam membahaskan ucapan dasar Presdien sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa telah menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya sebagai sebahagian daripada jenteranya. Deepakaran dilaporkan menyatakan bahawa ‘kita ikhlas dan sukarela memberi sokongan kepada PAS. DHPP adalah tentera perjuangan Islam kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All’.
Deepakaran juga menekankan, ‘Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam’.
 Bagaimanapun, Karpal menegaskan beliau mengakui seruannya agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam termasuk melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.
 “Benar, saya telah menyeru Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam.
“Saya tegas dengan pendirian menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 k etika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas.
“Ketika itu mereka terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri, Dr. Mahathir, yang sekaligus membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek,” tegasnya. - Roketkini.com
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

dah tengok belum video tu?
terang dan jelas karpal kata macam tu.
lagi satu, al husseyn ni syiah ke?
kalau x, alhamdulillah.
kalau ya, insaf la, apa yg buatkan korang fikir korang lebih baik dari abu bakar, umar dan usman?
bukan tudoh ok.

ps- kalau syiah, al husseyn ada pukul2 badan x? bodoh. lain kali pukul sampai mampos

Anonymous said...

Apa masalah bukan islam menjadi ahli penuh PAS bersyarat..??

Ini stratgi kempen DAP untuk tarik ahli...

Siapa yang bodoh.. tinggalkan politik lapuk..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...