JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, November 26, 2013

Siapa Pesuruh Jaya PAS Perak Sesi 2013-2015 ?


Muktamar Pas ke-59, kita telah menyaksikan seramai 8 nama dari Perak telah dicalonkan untuk jawatan AJK PAS Pusat. Nama-nama mereka adalah : 

1. Ust Abu Bakar Hussain 
2. DS Mohd Nizar 
3. Dr Mujahid Yusof Rawa 
4. Drs Idham Lim 
5. Ust Misbahul Munir 
6. Ust Nor Azli Musa 
7. Raja Ahmad Iskandar al-his 
8. Idris Ahmad 

Daripada nama-nama tersebut, hanya tiga orang sahaja yang telah layak dan terpilih untuk menganggotai AJK PAS Pusat.

Nama-nama mereka yang bertuah mendapat kepercayaan dan penghormatan perwakilan untuk memikul tanggung jawab sebagai AJK Pusat ini adalah :

1. DS Mohd Nizar 
2. Idris Ahmad 
3. Dr Mujahid Yusof Rawa 

Mereka ini telah dipilih oleh perwakilan dari seluruh pelusuk negara melalui sistem pemilihan demokrasi melalui muktamar dan kita harus menghormati sistem tersebut yang kita amalkan selama ini.

Maka adalah lebih wajar sekiranya Pesuruhjaya negeri dipilih hanya daripada tiga nama yang telah terbukti mendapat kepercayaan dan penghormatan daripada perwakilan muktamar ke 59 yang baru lalu.

Sungguh pun perlantikan PJ adalah hak istimewa Presiden, kepercayaan dan penghormatan perwakilan mestilah diambil kira dan wajar diraikan bersama oleh Tuan Guru Presiden, supaya tindakan beliau dilihat telus dan tidak dituduh pula memihak kepada kroni semata-mata tetapi mengambil kira suara ramai.

Antara tiga nama tersebut, siapakah yang paling layak untuk jadi Pesuruhjaya Perak bagi sesi 2013-2015? Tentu ramai yang teruja dan ingin tahu. Jom Lai-lai li Tamplong ….!
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

As slm..klu ikut undi d pusat idris lh yg tertinggi...kemudian d turuti Nizar dan setahu teman yg lama dlm PAS ialh Idris...jdi Bior le Idris PJ dn Nizar Timbalan...heheh ape kome stuju ker...nk ngacor jer...

BumiPerak said...

SOKONG Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaluddin YDP Perak

Anonymous said...

Pilihan teman mengikut ranking..
1.DS Nizar
2.DR Mujahid
3.ust Idris Ahmad
4.DR.Khairuddin Dato Abdul malek
....gandingan ulamak dan profesional...Perak akan berwajah baru

Anonymous said...

Sokong Ust Taliban...sebab presiden UG....eh..eh silap. Presiden GU.

Anonymous said...

harun taib sbg pj

Anonymous said...

Bagi le pula pada orang yang x de jawatan. Bior tumpu pada kerja di Perak. Amacam alhussyen???

Anonymous said...

PAS PERAK 2013 - 2015

Pesuruhjaya : Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin
Timbalan Pesuruhjaya : Ustaz Idris Ahmad

p/s : Tuan Haji Mohamad Sabu wajar dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Dr. Mujahid Yusuf Rawa selayaknya dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Kedua-dua mereka berasal daripada Pulau Pinang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...