GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, December 05, 2013

Alahai Kazim, awat Najib tak lantik ko jadi Penasihat Agama rasmi?


Aku subuh-subuh tadi lagi dah buka Umno Online  . Aku tengok pi tengok mengenai perlantikan MT Umno . Rupa-rupanya... 

Prosidurnya sangat rumit dan ketat kerana persaingan untuk berebut tempat sebagai ahli Majlis Tertinggi sangatlah sengit. Hingga ada pula yang sanggup menerbitkan Buku Senarai Calon Majlis Tertinggi Palsu untuk mensabotal pemilihan MT!

Mereka juga perlu melalui Sesi Memperkenalkan Calon Bertanding Pemilihan UMNO 2013 yang diadakan di beberapa negeri.Tetapi semua calon-calon ini tidak dibenarkan untuk berucap, hanya dibenarkan bersalaman sahaja. Boleh tengok di sini

Bersalaman sahaja itu yang bestnya ~ mungkin ada isi ... kalau salam-salam kosong, budak-budak pun menyampah! paling koman kena buat cara berikut:


Salam orang Umno ada macam-macam cara tersendiri ...
Ini adalah cara Shahidan!


Sebelum itu, mereka perlu disenaraikan sebagai calon. Bukan senang-senang begitu sahaja nak jadi calon.Cer korang tengok  Senarai Calon Ahli – Ahli Majlis Tertinggi Penggal 2013 – 2016 . Korang cer tengok berapa jumlah pencalonan yang Rahim Tambi Chik dapat ... 61 kan? Cer tengok pula bilangan pencalonan yang SHAMSUL ANUAR BIN NASRAH dapat....hanya 2 sahaja kan? 

Tapi cer tengok pula Keputusan Rasmi Kerusi Majlis Tertinggi (MT) Bagi Pemilihan UMNO 2013 .... Kemana perginya RAHIM TAMBI CHIK? Waima SHAMSUL ANUAR pula berjaya dipilih jadi MT! Pelik tak? Shahidan Kasim yang menerima 1 pencalaonan sahaja juga turut terpilih jadi MT. Mungkin kerana berkat yang dia perolehi dari cara dia bersalaman dengan Najib ....kah! kah! kah!

Aku tak tahu apa sangatlah pentingnya maka Najib nak lantik Kazim Elias itu jadi MT dengan mudah begitu. Kazim belum jadi ahli apatah lagi untuk '3 tahun jadi ahli'. Macam mana Najib nak lantk engko? Perlembagaan parti kenalah ikut….

Sudah tentulah ramai ahli yang marah bila Najib tetiba mahu melantik ahli PAS macam Kazim ini jadi MT. Mereka marah apasal Mukhriz anak lelaki Mahathir tidak dilantik?  

Besar kemungkinan ada ugutan untuk digambil tindakan undang-undang yang boleh mengakibatkan PAU terbatal?

Risikonya terlalu tinggi! Pucat lesi Najib! Adnan Mansor tentunya dah tercirit-cirit dalam seluarnya!

Mereka pun terpaksa menasihatkan Kazim supaya menarik diri. Suruh dia buat pengumuman jauh-jauh dari tempat persidangan Umno di WTC sebab takut nanti wartawan yang berkampung di PWTC gi terjah Najib dan Adnan Mansor  pasal isu tersebut.

Sebab itu tidak pelik sampai sekarang Najib dan Adnan Mansor tak berani buka mulut. Hanya lembu betina kat kondo tu saja mewakili mereka secara tidak rasmi di sini . Kah! kah! kah!



Tapi tahukah Kazim mengenai tugas MT? Majlis Tertinggi UMNO merupakan badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO. Sebarang keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO maka Majlis Tertinggi UMNO hendaklah melaksanakannya. 

Kazim bukan pernah ada pengalaman dengan kerja-kerja parti.Sewaktu dalam PAS dulu pun dia tidak pernah ikut berjemaah pun. Dia dengan cara dan egonya sendiri. PAS kat Perak ni dah lama tak buat ceramah dengan dia. PAS luar Perak yang tidak tahu perangai Kazim sahaja yang rajin jemput dia berceramah. Ceramah, dia deman tinggi-tinggi....macam pendakwah Ustaz Rock dulu-dulu tu...Orang Gopeng kenal sangatlah Ust Rock tu!

Okaylah, skang ni, aku nak korang baca sendiri kenyataan yang keluar kat Utusan Meloya. Aku dah screen shot bab yang aku nak komen :


Ada tiga perkara yang aku outlined kan  berdasarkan kenyataan diatas :

1) Kazim menyerahkan kpd PM untuk buat pengumuman rasmi mengenai perlantikannya sebagai MT Umno.

2) Perlantikan Kazim ini kononnya sebagai tanda ikhlas PM untuk mendengar nasihat Kazim bagi tujuan memertabatkan Islam dalam Umno. (Aku dah nak tergelak weh!)

3) Bahawa motif utama Kazim adalah untuk menasihat dan menegur Umno ... (Kah! kah! kah! Loya dan terasa nak terkentut aku menaipnya!) 

Cer korang tengok sendiri, ada tak Najib atau Adnan Mansor buat apa-apa stetmen mengenai penolakan lantikan Kazim itu? Waima Kazim kata Najib yang akan buat pengumuman rasmi mengenainya. Kenapa pula Kazim yg buat penguman sendiri sewaktu berceramah di Kedah? Ngapa tidak dibuat PC bersama Najiba atau Adnan Mansor?

Bagi perkara 2 dan 3 tu , kenapa PM Najib tidak lantik Kazim sebagai 'Penasihat Ugama' secara rasmi? Bukankah sebelum ini Umno ada Allahyarham Hamid Osman? :
Tan Sri Abdul Hamid Othman adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri . Beliau dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. Beberapa pihak mengiktiraf beliau sebagai ulama dari UMNO dan membuat ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO. Sumber di sini
Tapi korang fikir-fikirlah sendiri , ada berapa ramai Mufti dalam Malaysia ni? Apakah korang ingat Kerajaan Malaysia ni jenis ikut keputusan fatwakah? Nak dinasihatkan konon! Suruhlah Najib mertabatkan Islam pada isteri kesayangannya Rosmah dulu sebelum nak memertabatkan Islam dalam Umno!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...