JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, December 03, 2013

Bila Presiden kita sudah kena lobi, inilah jadinya ...


Maka ramailah yang buat tuduhan bahawa aku buat fitnah apabila aku keluarkan gambar diatas itu.Aku dapat gambar itu dari facebook salah seorang yang tertera gambarnya kat situ. 

Dalam entri aku tu, tidaklah aku siarkan kapsyen sebagaimana yang tertera itu : Rehlah Tarbiyah ....

Aku pun tulih : "Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa?...." Baca seterusnya  
di sini

Jelasnya bukan aku pi ambil gambar mereka dan siarkan untuk buat fitnah.Tapi penyiaran gambar itu difacebook telah membuka pintu fitnah. Kalau tidak ada gambar ini, siapa pun tak tahu perkara ini!Betul tak?

Ok, ini bukan pasal rumah dah siap, tukul masih berbunyi lagi.Cumanya aku tertarik dengan apa yang Cenangau tulih dalam entrinya mengenai pemilihan Razman sebagai PJ Perak ini :


sila baca entri sepenuhnya di sini

Pelik juga kan? Nizar tu Timbalan Pesuruhjaya 1, lojiknya dialah yang patut naik menggantikan Ust Abu Bakar sedangkan Razman hanyalah Timbalan PJ 3 sahaja. 


Ramai yang nak tahu, apa masalahnya dengan Nizar hingga Presiden anggap dia tidak layak naik langkah setapak sahaja lagi tu... 

Dan apa istimewanya Razman Zakaria maka ianya terpilih? Apakah Razman sendiri merasakan dirinya lebih layak dari Nizar untuk jadi PJ dan seterusnya jadi MB jika PR menang di Perak nanti? 

Betul tak kalau aku kata Presiden sudah kena lobi? Fraksi UG tidak mahu Nizar jadi MB Perak nampaknya weh!
Comments
9 Comments

9 comments :

BumiPerak said...

KOMENTAR TERBAIK.. Harap ada pencerahan

Assistant said...

Kena tahu perjumpaan khas Sultan Azlan panggil TGHH semasa kes Perak dulu. TGHH hanya bawa Salahudin sebagai saksi pertemuan. Sebab Sultan Azlan tak nak Anwar Ibrahim.

Politik enta masih kabur dan emosi.

Anonymous said...

Bab Nizar ni biar aku jawab. Dia sukar putar belit ayat Quran. Buat malu Pas bila Nizar dibetulkan oleh Ziad kerana tafsirannya salah dalam DUN baru baru ini. Semak hansard..

Anonymous said...

Tunggu lah PRU14... tengoklah nanti berapa banyak lagi kerusi PAS akan terlingkop... PRU13 dah tunjuk aliran merudum ini dengan Kedah hanyut.. inilah akibat bila PAS dikendalikan oleh orang2 yg tak reti berpolitik dan pemimpinnya pula hanya dengar cakap menantu saja...

Anonymous said...

Bukan masaalah diPerak aje, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pun perlantikan PJnya tak betul.Kalau Tuan Brahim boleh jadi PJ Pahang, kena apa Sallahuddin Ayub tak boleh jadi PJ Johor? DiWP pulak Hj.Mohd.Nor sudah lama hadi PJ tak mendatangkan sebarang faedah dan kebaikan.Cuma dia orang Ganu dan mengundi balik Ganu.DiSarawak lebih parah PJ yg dilantik tak ada kredibiliti dan pengaruh.Orang Sarawak dah meluat dengan dia tapi individu yg amat wala kpd Presiden.Hancurlah PAS!!!

Anonymous said...

PGU - Pas Ganti Umno. Memag kena dah PAS GANTI PERANGAI Umno.
Lingkup la pas lps ni

Anonymous said...

Macam mana nak menang perang kalau PAS tak pandai menyusun strategi. masih nak harapkan anak menantu dan orang sekeliling pinggang yang dah terbukti lembab dan tak berkesan. Letak org T'ganu sebagai panglima perang, sedangkan di T'ganu sendiri tak boleh menang. UMNO/BN jangan risau... selagi PAS diterajui oleh juak2 ini, biarpun PRU14 dan seterusnya... UMNO/BN tetap menang dan memerintah Malaysia... hidup UMNO.

Anonymous said...

lama dah aku ckp ... lagi lama hadi nelayan jati jadi presiden pas besama ularmak 3H ni...lingkup lah lagi cpt pas...jadilah pas tahun 80 an 90 an...cemerlangnya pas dgn izinNYA adanya anwar...nak harap hadi uuuuuuh...jauh pabggang dari satay...suruh die jadi nelayan je la atau suruh masuk skuad penyelamat pantai dunggung

Anonymous said...

Tim pres Vp dan ajk yg dilantik semuanya tunggul kayu?penakut?ilmu apa hj hadi pkai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...