GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, December 28, 2013

Jom TURUN KL 31 Ogos ini!

Akhirnya hanya satu demo 31 Dis di Dataran 



Penganjur-penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya mencapai kata sepakat bergabung bersama-sama untuk demontrasi pada 31 Disember ini.

 Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.

 “Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru,” menurut kenyataan itu.

 Mereka juga sekali lagi menafikan terlibat dengan “Himpunan Guling Kerajaan” seperti diwar-warkan oleh media arus perdana dan menyifatkannya sebagai tohmahan tidak bertanggungjawab.

 “Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut Perkara 10 Perlembagaan Malaysia,” katanya merujuk kepada peruntukan kebebasan berhimpun.

 Mereka memilih tiga tempat sebagai tempat berkumpul awal pada jam 9 malam, iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek dan Pasar seni.

 Peserta kemudiannya akan berarak ke Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk bergabung dengan kumpulan aktivis anak muda dan mahasiswa sebelum maju bersama-sama ke Dataran Merdeka.

 Mereka akan memakai pakaian hitam sebagai lambang bantahan mereka dan digalakkan membawa bendera kebangsaan.

 “Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj,” menurut kenyataan itu lagi.- Malaysiakini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...