GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 23, 2013

Lojikkah hantar mangsa banjir mengerjakan Umrah?

Hoit! Mekah pun pernah mengalami banjir pada 1941 dan pada Januari 2008 … 

Tetapi apasal nak hantar mangsa banjir ke Mekah pulak? Lojikkah menolong mangsa banjir dengan menghantar mereka mengerjakan Umrah? 

Biarlah bantuan yang diberikan itu relevan sifatnya supaya ianya benar-benar dapat meringankan beban dan kesusahan yang mereka alami akibat dilanda musibah banjir. 

 Sesiapa yang masih waras akan bersetuju dengan pandangan saya bahawa mengerjakan Umrah itu bukanlah satu keperluan bagi membantu meringankan mangsa banjir.

 Peristiwa pelepasan air empangan secara mendadak di Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet telah menyebabkan air Sungai Bertam melimpah dan banjir mengakibatkan tiga orang maut dan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu musnah. Baca di sini 

 Mangsa tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya seperti pampasan walaupun kejadian tersebut adalah disebabkan pelepasan air ampangan tersebut. Cer bandingkan dengan mangsa banjir yang mendapat bantuan yang pelik…pergi Umrah???

 Apa kata, kalau mangsa banjir di Lembah Bertam juga minta bantuan yang sama - supaya dihantar melancung ke luar negeri .... ???

 Malaysia mempunya musim tengkujuh sebagaimana yang sedang dialami kini - hujan lebat berlaku adalah normal. Maka tidak hairanlah mudah berlaku banjir di sana sini.

 Secara umum, sistem perparitan dan saliran yang tidak sempurna dan terurus merupakan antara beberapa faktor yang boleh mengundang banjir. 

 Selain faktor-faktor disebutkan tadi, kesan daripada pembangunan juga boleh menjadi salah satu punca utama yang mengakibatkan berlakunya banjir. 

Tetapi yang peliknya ialah mangsa banjir yang dihantar itu disuruh berdoa depan kaabah!

 "Saya juga memohon agar pihak yang yang terpilih untuk pergi mengerjakan umrah nanti dapat mendoakan kesejahteraan buat negeri ini dan seluruh rakyat serta dielakkan dari dilanda musibah banjir sekali lagi," Bacalah beritanya di sini 

 Sepatutnya, langkah-langkah perlu diambil terhadap faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir sebagaimana yang disebutkan diatas tadi itu di perbetulkan dahulu dan diurus tadbir secara baik.
Comments
7 Comments

7 comments :

Naza said...

Teringin sangat nak komen. Mendidih nih... Gila! Gila!... Dah lama dah.
Sapa gila?.. Yang gila la... Sapa?

Aduiii, tak paham paham... Gila macam ni.... Pasai pa? Pasai hantar rombongan p marah tuhan sebab banjir... Hahahaha... Gila gila gila

Anonymous said...

inilah akibatnya, bila ulama disekeliling pembesar tidak berani menegur..antara yang wajib dan harus..benar dan salah.
Ulama seperti inimlebih mementingkan keselamtan pangkat dan harta.

Anonymous said...

Salam Bro,aku pun tak tahulah apa yang ada di fikiran Pengerusi TH tu ? Kalau aku kata dia bodoh nanti dia marah.Kekadang inilah yang berlaku kalau nak cepat sangat popular.Walaupun aku ni penyokong kerajaan tetapi aku hairan juga dengan beberapa tindakan individu-individu yang baru menjadi wakil rakyat.

Anonymous said...

nak hantar pergi mana pun hantar lah . jangan guna duit tabung haji sudah lah , jangan buat duit tabung haji tu macam duit mak mak bapak dia dah le.

Anonymous said...

ddlm umno depa dah tak kesah dah soal logik ke tidak.

tapi sampai skrg aku maseh musykil tahap gaban macam mana logik akai hadi awang pi lapor isu pil kuddha kpd si setan punya media wktu dekat sgt2 dgn pilihan raya

Junaidi said...

Check out my blog at http://sembangbest.blogspot.com/ :)

Anonymous said...

pi umrah pakai baju melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...