GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, December 11, 2013

Pemimpin dalam lipatan sejarah hitam PAS

Entri saya kali ini, saya ingin memberikan respon kepada mamat ini yang menghantar komennya kepada saya :
 Gerakan Anti Najib/Rosmah said... 
 Kesian gua bila gua baca artikel lu agar presiden lu diberi bimbingan kerana lu yang yang sepatutnya diberi bimbingan. Gua ingat semakin tua semakin cerdik tetapi sebaliknya sebab orang bodoh pun boleh fikir tentang tuduhan edar pil kuda. Memang presiden lu ada sebut tetapi dia tidak tuduh Mat Shamsul dan lu sebagai ketua cawangan PAS patut malu pasal orang dah mula kata lu adsalah gunting dalam lipatan. Lu mula buka jalan kepada musuh PR sejak Nizar tidak dilantik, sendiri fikir bro.
Lu mamat, kalau lu betul-betul mau tau siapa 'Gunting Dalam Lipatan' yang sebenarnya, lu kena baca gua punya entri ini mengenai pemimpin PAS tertentu yang terlibat dalam lipatan sejarah hitam PAS  dan fikirkanlah ...

  
Sejarah PAS sendiri membuktikan bahawa terdapat beberapa pemimpin tertinggi PAS bahkan di kalangan ulama sendiri yang belot daripada perjuangan. 

Pas pernah kehilangan Yang Dipertua Pas (kini Presiden) yang pertama Ustaz Haji Ahmad Fuad apabila ia mengikut Dato Onn Jaafar. 

Ustaz Osman Abdullah bekas Setiausaha Agung Pas dan Ketua Pemuda Pas, seorang pemidato yang hebat telah menyertai Umno. 

Ustaz Hassan Adli yang terkenal sebagai Panglima Jihad, engkar dengan keputusan parti supaya meletak jawatan kabinet setelah Pas dipecat daripada Barisan Nasional, dia keluar dari PAS dan mesra Umno/BN.

Ustaz Nakhaei Hj Ahmad bekas Naib Presiden Pas, Ahli Majlis Syura Ulama' telah keluar Pas masuk Umno. 

Dato Asri Muda, Presiden PAS (1969-1982) juga sanggup membelot daripada perjuangan yang akhirnya masuk Umno juga.

Siapa mereka? Mereka bukan YDP Kawasan atau Ketua Cawangan macam aku ni... 

Mereka yang belot itu merupakan pemimpin tertinggi parti. Di sanjung dan dipuja. Bukan calang-calang orang.

Adakah sejarah tidak boleh berulang?

Nasarudin Mat Isa, seorang ulama pelapis yang muda, dan merupakan Timbalan Presiden sebelum ini terbukti telah mengulangi sejarah buruk Nakhaei itu.

Adakah mustahil pemimpin PAS yang ada sekarang ini tidak akan  mengambil langkah yang sama? 

Sebab itulah, kita tidak boleh wala' dan thikah semborono atau membabi buta. Apa salahnya kalau kita menegur dan memberi pandangan terhadap tindak laku pemimpin kita?

Wala’ dan thiqah bukan bererti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka dilabel sebagai tiada wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. 

 Kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya. Kita sebagai pendokong parti perlu sentiasa peka dan kritikal terhadap setiap perkembangan yang berlaku di dalam parti. 

Hakikatnya, wala’ dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin - (aku pinjam kata-kata Khalid Samad). Jangan hanya jadi tukang kipas sahaja. Satey pun boleh hangus jadinya kalau dikipas kuat sangat!

Mereka bukan maksum dan mereka juga boleh tergelincir dari landasan perjuangan walaupun berstatus ulama' atau fuqaha'. 

Dan janganlah dipertikaikan cara blogger macam aku ini menegur kerana blogging ini adalah bidang atau ruang untuk aku mengeluarkan fikiran dan pandangan. Korang pun boleh komen apa yang aku tulis kerana aku pun bukan maksum!


Dan jangan lupa si Hasan Ali, pemimpin tinggi parti yang pernah jadi Naib Presiden dan PJ Selangor yang korang selalu mengaminkan doanya hingga berangkai-rangkai air mata korang titiskan kerana terlalu syahdu dengan madah dan nadanya ..... dimana dia kini?

Kedua-dua Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa dah meninggalkan perjuangan PAS. Gua mau tanya lu  yang tuduh gua gunting dlm lipatan, Lu  bila lagi mau belah?
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

beriman dan keimanan seseorang tidak terletak pada serban atau ilmu yang penuh didada.kekadang anak yang belum baligh boleh memberi pandangan yang bernas lagi cerdik dari siayah.umpama hang nadim melawan sitodak melanggar temasik.dari dulu sekarang dan mendatang sikitol tetap akan bersultan dihati beraja dimata.hanya pejihad yang kental fisabillillah sahaja akan terus perjalanan jihadnya tanpa sempadan dan gentar.

Anonymous said...

Setuju dengan admin. Khalas.

Hanya budaya umno je yg tak boleh kritik pemimpin. Pemimpin tak maksum.

Anonymous said...

Al Husseyn Assalamualaikum, satu pencerahan sejarah yang berguna buat kami generasi baru PAS. Teruskan kritikan dan tidak salah memberi analisis dan pandangan dari sisi yang berbeza buat pembinaan fikrah yang haraki, islami dan alami. Hanya pastikan jangan buat fitnah. Syabas.

haslina omar lama said...

us nasa termasuk yang hitam...
lu silap bro...



nyo komeng said...

"gua ingat lu semakin tua semakin cerdik...."
ha.. ha.. ha.. (macam abang mat sabu gelak kat spr..)

al husseyn ni memang dah mabuk dan gila khinzir....

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Pelik betoi ler lu nih bro bila tulis jer pasti sebut wala dan maksum kerana ia lebih kepada ayat Umno. Maslahnya lu tu ketua cawangan PAS yang mana jika tidak puas hati kena ikut saluran bukannya mengutuk dalam blog lu. Memang orang baca blog lu anggap lu blogger tapi orang PAS pula lain anggapannya. Gua nak suruh lu tunjuk kat gua seorang pemimpin yang sempurna selain Rasulullah s.a.w. dan Sahabat r.a. Lu macam buar kajian jer dan tolong gua sikit, siapa sebenarnya yang membawa PAS dalam Perikatan. Kenapa gua perlu belah sedangkan gua bukan ahli PAS macam lu. Gua tulis sebab gua tengok lu makin tersasar sejak Midah kalah dengan menjadikan pemimpin lu sebagai sasaran apatahlah lagi dengan pelantikan PJ Perak yang tidak memihak kat lu. Gua pun ada satu bukti bagaimana satu SMS telah dihantar kepada bukan ahli PAS untuk menghadiri PA PAS cawangan Sungai Rokam yang mana gua rasa itu dibawah jagaan lu. Lu lupa sebut sorang lagi pemimpin iaitu Abuya.

Anonymous said...

Ada ramai blogger2 yg aku 'fikir' maseh dan TERUS "wala'" seutuhnya kpd Nik Aziz samada mrk ahli atau BUKAN 'ahli' kpd PAS,,bahkan ramai yg BUKAN Islam pon seolah2 "wala" kpd nya tanpa perlu PAKSAAN, 'promosi' atau dorongan 'kebudak2an' yg SENGAJA direka cipta sprti istilah 'ulamak-haraki' krn ingin meNONJOL & syok PERASAN bhw diri mrk lebih special lebih mulia dan lebih tggi!

Tentu ramai sekali blogger2 termasuk ahli2 PAS sendiri yg dah 'meluat' dan langsung tak hingin wala' sama sekali kpd Hadi Haron Din & Harun Taib walau sehebat mana jua mrk cuba 'memekap' imej mrk yg konon2nya hebat dgn berbagai2 gimik/propaganda..

Aneh nya Nik Aziz yg sgt simple & TANPA sbarang propaganda itu sentiasa menerima wala' drp hampir SEMUA penyokong PR secara natural TANPA perlu dipersoalkan.

Tetapi yg lebih aneh puak2 yg DAHAGAkan wala' itu supaya diberikan kpd Hadi Haron Din Harun Taib dll hampir TIADA sambutan kecuali yg TIDAK terbuka utk brhujjah & brFIKIR serta hanyut taksub dgn mmbuta tuli,,

Dan yg paling2 terANEH sekali ddlm suasana Nik Aziz sbg 'mursyidul-am' iaitu org yg mrk NOBATkan sbg org No.SATU yg wajib diwala' kenapa mrk sendiri TAK PERNAH wala' kpd Nik Aziz ddlm hampir semua perkara2 penting ddlm parti..cth nya,

-A)Secara kolektif ddlm PR, Nik Aziz sokong Anwar sbg PM demi mmbela naseb ummat,,,ttpi Haron Din TIDAK wala' sama sekali hatta menolak sokongan terbuka Nik Aziz kpd anwar yg sgt komited dgn semangat tggi yg senadi dgn aspirasi umat/rkyat!.. Haron Din sebaliknya MENOLAK sokongan Nik Aziz & mintak anwar jgn jd PM!
Hadi dan Harun Taib pula LANGSUNG tiada sokongan/wala' demi menyokong Nik Aziz ddlm isu PM ini..jd dimana wala' Hadi Haron Din dan Harun Taib kpd Nik Aziz yg mrk NOBATkan sbg 'mursyidul-am' mrk sndri klu bukan BOHONG/auta semata2??.

-B)Ddlm isu ber UG ddlm gelap yg akhirnya trbongkar, pernahkah mrk wala' kpd Nik Aziz dgn merujuk serta mintak pendapat beliau terlebih dahulu?.

-C)Mrk hanya 'NAMPAK' wala' apb masalah ddlm 'gelap' telah terlondeh barulah terhegeh2 berjumpa Nik Aziz dgn 'klise' cium DAHI sblum buat onar menambah masaalah demi masaalah lag!!

Sape yg sbnr2nya wala' dan sape yg TAK PERNAH wala' dah tak perlu dipersoalkan lagi.

Dan yg SUKA berbohong/menipu dgn istilah/mintak wala' pon sedang & akan pasti memakan diri mrk sndiri!?

Bukankah wala'(ikatan SOKONGAN)itu tulus mengalir dari HATI ke HATI..ibarat hati-hati yg telah sepakat ddlm gelap asyik syiokk ber UG2 brsembunyi2 w.pon dibibir mrk sentiasa menafikannya nehi!nehi!nehi!!!

Anonymous said...

Satu lembaran sejarah PAS yg tak ramai tahu apatah lagi jenerasi muda dlm PAS.Tepat dan kena masanya jenerasi muda ni tahu dan faham mengapa ramai ahli PAS tidak wala kpd beberapa pemimpin PAS sekarang kerana PAS sudah ada sejarah berhubung dengan "ulamak".Tak usahlah lagi berkempen dan buang masa berseminar, bermesyuarah dan berforum nakkan jawatan-jawatan tinggi tapi bekerjalah dan rapatkan saf bersama semua pihak tanpa mengira ulamak atau profesional menghadapi PRU akan datang.Wahai Pemuda-pemuda PAS anda semua ada ilmu, bersemangat dan berfikiran waras, tak taukah siapa batu siapa intan, siapa pejuang tulin siapa cakap tak serupa bikin, siapa pemimpin siapa penderhaka perjuangan.Fikirkan!!!

musafirlalu said...

Salam cikgu dan apa khabar, sihat... nampaknya ada komen yang tersalah masuk dalam blog saya, jadi saya pos pos balik komen tu kat cikgu. Maaf cikgu saya tak mahu masuk campur dan baru ni saya ada jumpa/sembang sikit dengan DS Nizar.

Anonymous said...

Salam,refer to your article: Pemimpin dlm lipatan sejarah hitam PAS, amat baik dan berfaedah supaya seluruh ahli PAS sedar, insaf dan sentias berwaspada atas ketaatan kpd pucuk pimpinan bg menentukan mereka all of the time on the right track no derailment from the party struggle.Justeru pendedahan dlm article ini adalah amaran berguna kpd Kepimpinan Partibhwa jgn wujudkan budaya ahli-ahli taat kpd mereka secara membabi buta hatta mereka itu bapak ulamak sekalipun mesti ditegur bila nampak cenderung merosakan parti.Dedahkan mereka spt tokoh2 yg dipaparkan supaya jd peringatan kpd ahli2 PAS, syabas Terbaeeeeek!

Anonymous said...

Setakad ini yg benar-benar ikhlas, telus dan istiqomah dlm perjuangan PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz.Dia tak mau UG dan tak minat nak muzakarah.Dia dah kata:Selagi ada hayat akan tentang UMNO.Dia juga dah pesan:Tak ada beza antara ulamak dengan profesional dlm PAS. Mengapa "dasar" ini tidak diambil dan diikuti oleh semua Ahli dlm PAS.TGNA adalah Mursyidul Am bermakna jika ada yg tidak ikut perjuangan Mursyidul Am sudah tidak wala kpd pucuk pimpinan nombor satu.Wajar lihat, kaji dan fikirkan kepada siapa kita nak wala.Yg menyeleweng dari dasar perjuangan, kita tak perlu wala malah mesti tentang.

Anonymous said...

Konsep sekarang bos always right, walau pun songlab rasuah berbillion, sampai negara nak bangrab pun masih tak ubah tetap dengan keris karat.Ubah lah demi Allah SwT, kita tegak Islam yang lurus.Taksub dengan bos baham rasuah rakyat merana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...