GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, December 02, 2013

PJ Perak : Tahniah kepada Tn Haji Razman

Keputuan Tuan Guru Presiden : Tuan Haji Razman Zakaria
 Nampaknya undian PJ Perak terpaksa ditutup awal kerana Tuan Guru Presiden telah pun membuat keputusannya. Sumber menyatakan, Tn Haji Razman Zakaria, Timbalan PJ Perak (gambar kiri) telah dilantik sebagai PJ yang baru bagi menggantikan Ustaz Abu Bakar Hussin (gambar kanan). 

 Khabarnya, Ust Bakar sendiri sudah tidak mampu memikul tugas PJ Perak kerana sibuk dengan tugasnya sebagai Adun Titi Serong yang terpaksa berulang alek selalu Ipoh - Titi Serong....

 Harap-harap Haji Razman yang hanya selaku YDP Lenggong akan dapat menjalankan tugasnya sebagai PJ Perak yang baru.Beliau seorang aktivis parti yang berani berada dihadapan dan sering bersama-sama berdemo dengan rakyat. Tahniah kepada Haji Razman!

Keputsan Undian SIAPAKAH YG LAYAK JADI PJ PERAK SESI 2013-2015
DS Nizar Jamaludin - 215 (68%) Ust Idris Ahmad - 38 (12%)Ust Abu Bakar - 31 (9%)  Dr Mujahid Yusof Rawa - 30 (9%). Kah! kah! kah! 
Comments
5 Comments

5 comments :

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Nampaknya seorang pun yang diundi menjadi PJ PAS Perak. Tak tahulah pula apa pula cerita yang akan datang.... Apa pun tahniah.

Anonymous said...

Tahniah Hj Razman. Dah jangan gaduh-gaduh lagi. wakaka....

Anonymous said...

krn sipresiden nya terlalu eksklusif dan tiada inklusif,,,inilah hasil nya br ug2 dgn setan dikenali,, matanya buta dan hanya nampak auta kominih dan pil kuda shj..sbaliknya nizar yg inklusif dan paling layak sengaja dipinggirkan,,,dan ini sume tlh pon dijangka selagi itulah presiden nya dan idea2 'suci' sprti pil kuda & kominih akan tambah mnjd2 dgn lebih kreatif lg!?

alhusseyn said...

Sekurang-kurangnya kita telah menyuarakan pilihan kita.kuasa di tangan Presiden dan kita kena akur.Tidak ada masalah.Poling yg dibuat pun tidak mewakili seluruh PAS Perak.Namun ianya menunjukan populariti Nizar masih tetap bersemarak dan PAS Perak masih memerlukan Nizar sbb itu dia menjadi ketua pembangkang di DUN Perak!

Anonymous said...

saya cadangkan agar Razman Zakaria menolak jawatan Pesuruhjaya ini dan serah kepada DS Ir. Nizar Jamaludin.

Serahkan jawatan kepada "ahli" dan yang berhak..

iaitu

YB DS Ir. Nizar Jamaluddin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...