GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 10, 2013

Antara Pil Kuda dengan Bernafsu Kuda ....


Saya telah menerima beberapa komen yang cuba mempertahankan TGHA berhubung dengan isu kena saman RM2Juta kerana memfitnah calon PKR menjual pil kuda. Antaranya berbunyi demikian :
 Kalau benarlah transkrip tu betullah dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut pengedar pil kuda...

 Cuma saya tak nampak kat mana dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut nama mamat tu.

 Boleh sesiapa tolong tunjuk kat mana dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut nama mamat tu?
 Kepada Mamat yang menulis komen tersebut dan mereka yang sewaktu dengannya, ingin saya jelaskan kepada anda, pertamanya, saya bukanlah Peguam Pendakwa. 

 Pendakwa kes tersebut sudah tentunya ada alasan dan bukti untuk mendakwa TGHA dalam kes tersebut.Tunggu sajalah dan kita lihat siapa yang kena! Kalau TGHA terbukti tidak bersalah, dia akan saman balik orang yang mendakwanya itu berganda lagi! RM4juta?

 Walau bagaimana pun, saman ini adalah bersifat peribadi. Antara Shamsul vs Haji Hadi. Ia tidak harus dilihat sebagai PKR vs PAS. Ia sama kedudukannya seperti tuduhan Zahid terhadap Mat Sabu yang disebut oleh Stapa Ali sebagai peribadi. 

 Jadi, kalau haji Hadi menang saman, ia menjadi kemenangan peribadinya. Kalau kalah, dia kena korek duit peribadinya juga untuk bayar saman. 

Sebagai respon saya kepada mereka yang membela TGHA, terlebih dahulu saya ucapkan syabas.Saya sendiri pun tidak percaya; takkanlah seorang Ulama’ Haraki yang faqeh yang sehebat TGHA ini sanggup memfitnah orang lain dengan tuduhan yang sangat berat ini. 

Walau apa pun ikuti tulisan saya selanjutnya berikut:

 TGHA berkata, “Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat dalam usahanya mahu menyelamat bagi memastikan tiada syaitan yang menyerap masuk ke dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas. 

Beliau menyatakan demikian kerana dipercayai berang dengan gejala kemasukan sebilangan calon tangkap muat di kalangan pakatan pembangkang untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. 

 Katanya, Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara. 

 "Ada calon-calon (pembangkang) yang kita khuatir...tak boleh sebut di mana-mana. Kita ada maklumat calon-calon, ada jadi tukang jual pil kuda. Orang Pas tak boleh terima calon macam ini," katanya ketika berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat dekat sini malam tadi. 

Kini TGHA sedang berhadapan dengan tindakan mahkamah setelah calon yang dituduh itu memberikan cukup masa dan ruang kepada TGHA supaya menarik semula kata-katanya itu atau meminta maaf secara terbuka diatas ketelanjuranya mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah dan menjatuhkan kawan sendiri.

 Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mendapat maklumat terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan beideologi komunis. Ramai yang cuba membela TGHA kerana dia tidak sebut pun nama.Alasan ini serupa dengan alasan Zahid Hamidi yang dah kecut telor setelah menuduh Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

 Namun terdapat kata kunci bagi menghuraikan permasalahan ini. TGHA ada menyebut :

 “Pas terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat……

 Ya, itulah kata-kata TGHA , beliau sebenarnya merujuk kepada 7 tempat yang berlaku pertindihan calon melibatkan calon-calon PKR iaitu :

 1. Badrul Hisham Shaharin (PKR) Sungai Acheh 
 2. Mohd Nasir Hashim (PKR) Kota Damansara 
 3. Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) Labuan 
 4. Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) Panti 
 5. Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) Seberang Takir 
 6. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) Kota Putera 
 7. Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) Bukit Besi 

Kenyataan Hadi Awang itu jelas telah menghina dan menjatuhkan maruah mereka dan parti PKR. 

Walaupun tidak menyebut nama calon tertentu sebagai penjual pil kuda, TGHA sebenarnya telah memberi kesan negatif yang lebih parah lagi. Ini kerana bukan sahaja 7 calon PKR di atas sahaja yang dipandang serong dan jijik oleh pengundi, tetapi seluruh calon PKR yang bertanding di negeri-negeri lain.

 TGHA tuduh orang jual pil kuda, tetapi dia sendiri yang dilihat seolah-olah bernafsu kuda. Dengan nada sombong dan angkuh dia declare : 

 “Pas berkeupayaan melakukan kerja-kerja menyelamat ini dengan kekuatan jentera di seluruh negara…”

 Maka PAS pun meletakan calon-calonya sendiri dan terjadilah pertindihan calon dibeberapa tempat ….Umno juga yang menang akhirnya! 

Saya akan menulis sebagai respon kepada mereka yang menuduh saya sebagai 'gunting dalam lipatan kalau ada kesempatan malam nanti....Kalau anda rajin nak tengok keputusan PRU ditempat-tempat berkenaan, sila klik berikut :

Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Coba kita lihat gambaran besar yg sgt jls & TERANG sblum hari mengundi pru13 iaitu ketika hari berkempen @ hari2 yg sgt2 DEKAT dah 'nazak' nak mengundi,,

wktu yg sgt KRITIKAL itulah puak2 ularrrrMak buat onar khianat yg tlh dgn trang SENGAJA dirancang..

-1) isu hudud tiba2 dibangkitkan & krjasama ddlm PR pon mintak dikaji semula oleh Harun Taib,

-2) Haron Din pula beriya2 mintak sgt2 anwar jgn jd PM, sebaliknya Yusof Qardhawi & Nik Aziz sokong anwar jd PM..majoriti rkyat pon setuju anwar brbanding najib dll,,

-3) Kominis mnjd isu dgn Lenin Karl Mark dgn misi klentong/berong yg disensasikan,oleh Hadi sndiri

-4) Pil Kuda pulak timbul hanya dgn DENGAR cerita/auta org oleh Hadi lagi

-5) Hadi mcm tak tau ATURAN boleh pula bg/kuar watikah,, sndri buat aturan sndiri yg langgar!

-6) Maka trjd lah bnyk pertindihan kerusi yg wajib mndpt arah/RESTU drp sape lg klu BUKAN Hadi?

-7) Tentu bnyk lagi RAHSIA yg sengaja mgKHIANATI harapan umat/rkyat yg mrk tlh rancang secara brsama2 dgn setan2 yg dah pon kita kenali!

Ketika Nik Aziz Mat Sabu Husam rafizi anwar dll sebok berkempen utk mmBELA naseb umat/RKYAT yg dzalimi & diTINDAS dgn harapan dpt bebaskan Tol2 PTPTN & rege minyak, kereta dan letrik turun,,,tetapi,, sebaliknya puak2 ularrrrMak pula sebok bagi PELURU hidup hatta bom C4 kpd utusex & tv3/4 utk mgHANCUR gelapkan sokongan org2 melayu kpd PR terutama yg ada dluar bandar! jd
sape sbnr PUNCA yg sbbkan sokongan melayu MERUDUM kpd pas/PR?

Sabda nabi SAW seandainya anakku Fatimah mencuri pasti akan ku potong tangannya,,,dan Abu Bakar pula berkata "klu aku bengkok sila LURUSkan aku dgn mata pedanng"!

Yg perasan sbg ulamak dan dah pon mnjd ularrrrMak nak dibuat mcm mana laa pulak?

Anonymous said...

Pendedahan Anon 9.00am diatas ada betulnya.Memang benar ditengah-tangah berkempen diPRU yg lalu, ada puak ulamak mencampakkan pasir kedalam periuk nasi.Contoh yg paling nyata diKota Damansara.Soal yg masih belum dijawab oleh TGHA, siapa yg beri watikah perlantikan kpd Us.Redwan hingga kerusi boleh lepas ketangan BN? Siapa yg membuat kerja kotor ini yg sangat dipercayai TGHA?
TGHA bukan maksum, dia adalah manusia biasa yg kerdil.Dia punya kelemahan dan kekurangan.Ahli-ahli PAS jangan wala membabi buta, kalau salah tetap salah, kalau benkok wajar diluruskan dan kalau mementing dan pertahankan anak dan menantu,memang tak patut.Jangan bijak mengata orang (UMNO) aje tapi rumah sendiri kotor, bersepah dan tak terurus.Kata pepatah Melayu:Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...