JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, December 09, 2013

Semoga Allah terus memberikan bimbingan kepada Haji Hadi

Berita nak saman pasal TGHA memfitnah orang PKR jual pil kuda ni dah lama. Beritanya dah tersiar di beberapa media sejak 22 Jalai 2013 dulu. Antaranya lihatlah di sini 

Haji Hadi buat tuduhan tanpa sebarang bukti. Dia hanya dengar cerita orang sahaja.Samalah sebagaimana Zahid Hamidi tuduh Mat Sabu sebagai Syiah semata-mata maklumat dari SB. Buta-buta macam itu tanpa mengemukakan sebarang bukti  Haji Hadi dan Zahid Hamidi telan bulat-bulat cerita yang disampaikan orang!

 Cuma yang membezakan antara Haji Hadi dan Zahid itu ialah, Haji Hadi seorang Ulama’ tetapi Zahid Hamidi memang jenis yang jahil walaupun pernah mengaji di sekolah agama Sultan Izzudin Ipoh.

Bukankah sepatutnya seorang ulama itu mendapat bimbingan Ilahi? Apasal pula Haji Hadi terikut-ikut hasutan setan hingga sanggup menghina dan memfitnah calon PKR? 

Semoga Allah SWT melindungi Haji Hadi, Presiden kita .... Kalau tidak PAS terpaksalah mengutip 'Derma Perdana' bagi membantu bayar kos saman RM2 juta tu kalau dia kalah. 

Melainkan, Mustapah Ali, Setiusaha Agung PAS buat kenyataan sebagaimana di sini.

Mohd. Shamsul Mat Amin (kanan) bersama peguamnya 
di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam- ehsan Utusan Melayu

 Tapi apasal Haji Hadi tidak mahu minta maaf awal-awal dulu? Sekarang ni terlambat dah pun.....nasi dah jadi bubur...; kelmarin bekas calon PKR untuk kerusi Bukit Besi dah failkan saman RM2juta keatas Haji Hadi kerana memfitnahnya kononya dia mengedar/menjual pil Kuda.

 Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Haji Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu. 

Tapi ini apa? Ada transkrip dan rakaman dari U-Tube Fil Quda!
 Transkrip Ucapan Hadi Awang

 PAS bertindak meletakkan calon di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.

 PAS mempunyai jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihan raya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka PAS mesti bertindak.

 Ini berlaku pertindihan. Di Johor berlaku pertindihan kerana sebabnya kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk calon. Sikit lagi tak mari, kita standby, takut dia tak mari, UMNO menang tak bertanding. Hak jual calon ini berlaku. Bila PAS masuk baru dia masuk, itu ceritanya.

 Ada calon-calon yang kita khuatir, tak perlu kita sebut, tukang edar pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut. Orang Keadilan pun tak terima.

Mahu jadi calon, dengar cerita jual pil kuda. Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

 Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR.

 PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihan raya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR. Itu penjelasan saya.

 
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Peribahasa Melayu berbunyi..Sebab Pulut Santan Binasa,sebab Mulut Badan Binasa...seorang pemimipin kena siasat sesuatu perkara bukannnya dengar cakap cakap2 orang...

PAPAROCK said...

Silakan saman TGHA... baru sekarang orang tahu dengan jelas siapa orang pil kuda itu... terasakan... selama ini orang hanya berteka-teki sahaja siapa orang itu... so apa maknanya apabila orang berteka-teki... maknanya orang tidak tahu dengan jelas siapakah yang dimaksudkan. Barangkali si orang itu dan anda sendiri terasa bahawa anda yang dimaksudkan... itulah masalah anda... oleh kerana terlalu bergelumang dengan fitnah anda tidak mampu membaca dan memahami tulisan sendiri... sedangkan TGHA tidak pernah mewarwarkan nama orang itu.... semoga Allah terus memberikan bimbingan kepada kita semua... saya cukup kesian kepada anda... he3

paparock

Anonymous said...

Klu betoi2 nak buat MAKRUF nahi MUNGKAR, kes fil cudda kena pi repot kat polis bukan kat media.
bukti/fakta kena soheh bukan auta!

lagi tu pasai apa buat dajal wktu dah dekat sgt2 pru13,,yg nih MAKRUF nahi MUNGKAR cara iblis ka apa???

MCA dan MIC yg kafir harbi tu pon tak pernah pedajal/khianati umno lebih2 lagi bila dekat PRU..
tetapi yg perasan ulamak ddlm pas tak habis2 nak buat dajal kpd PR & kpd RAKYAT yg menyokong PR

demi ummat/rakyat sepatutnya disaman sekurang2 nya 500juta kpd sesiapa sja yg ada "NIAT" mgKHIANATI ummat!

Anonymous said...

Kalau benarlah transkrip tu betullah dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut pengedar pil kuda...

Cuma saya tak nampak kat mana dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut nama mamat tu.

Boleh sesiapa tolong tunjuk kat mana dalam transkrip tu Hj. Hadi ada sebut nama mamat tu?

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Kesian gua bila gua baca artikel lu agar presiden lu diberi bimbingan kerana lu yang yang sepatutnya diberi bimbingan. Gua ingat semakin tua semakin cerdik tetapi sebaliknya sebab orang bodoh pun boleh fikir tentang tuduhan edar pil kuda. Memang presiden lu ada sebut tetapi dia tidak tuduh Mat Shamsul dan lu sebagai ketua cawangan PAS patut malu pasal orang dah mula kata lu adsalah gunting dalam lipatan. Lu mula buka jalan kepada musuh PR sejak Nizar tidak dilantik, sendiri fikir bro.

Anonymous said...

TGHA ni wajar dapatkan nasihat orang yg betul-betul ikhlas, berwawasan dan pejuang tulin dlm.PAS.Selagi dia ikut nasihat Stopa Ali, Din Ayam, Harun Taib, Harun Din dan Bakar Chik - selagi itulah dia akan terpesong dan akan buat kenyataan-kenyataan yg menyusahkan ahli-ahli PAS keseluruhannya.Itu aje kelemahan TGHA.

alhusseyn said...

Hah!3 Korang sungguh korang dgn Haj Hadi ini. Memang sah Hj Hadi macam perangai Zahid Hamidi – hari ini Zahid Hamidi pun tidak mengaku yang dia tuduh Mat Sabu.Alasannya seropa koranglah : Dia tak sebut nama. Awat korang susah sangat? Tunggulah bila bicara nanti.Barulah kita tahu duduk perkara yg sebenarnya. Tak payahlah korang sibuk cuba nak jadi loyar untuk membela Hj Hadi. Aku pun bukan membela orang yg bu8at tuduhan tu.Tapi kalau tidak betul, masakan dia nak saman Hj Hadi . Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Haji Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Anonymous said...

Sebut atau tidak, sebagai manusia pertama dalam parti, ianya tidak bijak dan diterima akal, bercakap sedemikian.banyak lagi duduk perkara yang perlu dibahas,ini bukan bersembang dibawah pohon kekabu sambil minum air ketum.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...