JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, December 20, 2013

Tiada golongan yang terpinggir dalam PAS ....Apa kata Husam Musa?

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar bagi tau, “Tiada golongan terpinggir dalam PAS.”

 “Tak timbul isu mana-mana golongan yang terpinggir di dalam pimpunan PAS negeri.

 “Yang ada hanyalah pemimpin dari pelbagai disiplin ilmu, ada yang belajar ilmu agama, jurutera, doktor mahupun ahli muzik,” katanya di sini 

  Sebagai Ketua Penerangan PAS, kenyataan Mahfuz Omar itu adalah sangat dialu-alukan dan begitulah juga harapan akar umbi parti.

Tetapi apakah benar demikian itu pada realiti keadaan yang sebenarnya? Saya tidaklah berhajat mahu mengulas lanjut kenyataan Mahfuz itu.Cumanya kalau boleh kenyataan seperti itu juga keluar dari mulut Husam Musa sendiri, yang merupakan individu yang jelas terpinggir dibawah pentadbiran PAS Kelantan hari ini.

Apakah Husam Musa senada dengan Mahfuz dan Khalid Samad?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

sy mencadangkan agar YB Husam tidak memegang sebarang jawatan dlm parti atau kerajaan. Hindarkan diri YB drpd menjadi terlibat dgn mereka yang mempunyai agenda sendiri.

Perlantikan YB sbg pj 3 dibawah amar adalh agenda licik utk memalukan YB. mana mungkin orang yg dikalahkan diberi kedudukan yg lebih tinggi dr YB?

kita lihat pkhianatan presiden dgn memecat pemimpin2 pas Selangor yang telah membawa kemenangan.

kalau orang yang membawa kemenangan boleh dipecat, adalah lebih hina lagi kedudukan presiden yang telah kehilangan 2 negeri.

Anonymous said...

Disemua negara maju termasuk S'pore & Australia ada RAKYAT Malaysia yg asal nya warga negara ini berbangsa India dan Cina telah dilantik kejawatan trpenting MAYOR hatta MENTERI keewangan sekalipon dinegara mrk(Australia).

Mrk dilantik sepenuh2nya brdasarkan merit/BAKAT dan INTEGRTY serta keupayaan paling CEKAP/pantas ddlm memahami "PUNCA" & menyelesaikan masalah2 rkyat.

Malangnya, perlantikan dinegara ini adalah krn kriteria2 TEGAR sbg pembodek/PENJILAT kpd ketua semata2 baik ddlm umno dan LEBIH TERUK lagi ddlm PAS pun hanya berlawok serta brTOPENG utk mempersenda2kan Islam semata2!

Lihatlah, bgmn umno melantik pengerusi FELDA & T.Haji yg mmiliki ASET hampir RATUSAN billion..serta menteri2 CAP ayam YANG LANGSUNG TIDAK TAHU "PUNCA" KEPADA MASALAH SELAIN SONGLAP RASUAH DEMI MENAMBAH LAGI MASALAH DEMI MASALAH LAGI KEPADA UMMAH!

Lihatlah juga kenapa Trengganu jatuh dbwh Hadi & Kedah juga bungkus dbwh arwah Azizan? Ini sume gara2 TIDAK BENAR2 MEMAHAMI "PUNCA" MASALAH serta "KABUR","LEMAH" dan lintang pukang utk mnyelesaikanya! Inilah akibatnya apb merit/BAKAT dan INTEGRTY telah diKHIANATI!!

Sedangkan diSelangor dbwh Khalid Ibrahim dan Dr Rani pula, PAS & PKR dpt MEMBACA "PUNCA" bgmn MASALAH yg dibawa oleh musuh dikesan dgn CEKAP serta tuntas/PANTAS ditangani!

Lihat bgmn komitted nya Khalid & Dr Rani mmbuat "BANCIAN" pengundi2 hantu dr rumah kerumah dgn 'kos' jutaan rnggit! Ini lah BUKTI merit/BAKAT INTEGRTY yg wajib dicontohi! Sepatutnya Hadi & arwah Azizan wajib 'berguru' dgn tektik kecemerlangan ini!

Malangnya, apb merit/BAKAT INTEGRTY tidak lagi mnjd PAKSI maka lahir lah kroni & 'menantu' yg sengaja mnjd "PUNAHsihat" yg telah merobohkan Kota Dmamnsara kpd musuh..yakni setan dikenali yg mnjd shbt setia mrk ddlm ber UG!?

Nampaknya Hadi TIDAK HIRAU LANGSUNG kpd soal merit/BAKAT dan INTEGRTY sebaliknya komitted kpd pembodek2 yg konon2nya LEBIH wala' dan setia kpdnya w.pon ternyata GAGAL berulang2 kali!!!

Anonymous said...

Mengikut susunan kepimpinan PAS Kelantan yg baru memang ada yg "terpinggir".Hakikatnya diKelantan sekarang yg "pegang kuasa" ialah Nik Amar, menantu TGNA.Ahmad Yaakob sebagai MB bukanlah jenis yg sihat maka Nik Amarlah yg benar-benar merancang dan melaksanakan pentadbiran.Tambahan pula "pengaruh" Nik Amar lebih kokoh dan meluas dibandingkan pengaruh Ahmad Yaakob.

Anonymous said...

Tuan,

Sebagai orang kelantan kami mengenali secara lebih dekat pemimpin-pemimpin PAS negeri.

Jelas dari senarai kepimpinan PAS Kelantan Husam sememangnya dipinggirkan. Kita tahu siapa yang mncaturkan perlantikan itu. Dari segi kepatuhan kepada pucuk pimpinan, Husam tidak perlu berasa hati dan perlu bersikap berlapang dada tanpa menyimpan dendam. Kerja sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 yang diserahkan kepada beliau menunjukkan buah fikirannya tidak diperlukan. Jadi elok beliau tumpu kepada tugas sebagai Naib Presiden diperingkat pusat.

Saya merasakan bahawa selepas PRU 14 nanti kerajaan negeri kelantan akan bertukar tangan. Tiba pula giliran PAS menjadi pembangkang.

Kejatuhan kerajaan PAS Kelantan adalah merupakan satu malapetaka yang buruk bagi PAS. Kerajaan PAS Kelantan adalah lambang dan ikon kepada kejayaan perjuangan PAS itu sendiri dan kepimpinan ulamak yang telah mengambil alih kepimpinan dari Dato Asri.

Jika ini berlaku kita tahu siapa punya kerja. Kepimpinan PAS Kelantan hari ini lupa bahawa rakyat kelantan tidak taksub kepada mana2 parti baik PAS atau UMNO. Kedua2nya pernah memerintah kelantan dan pernah ditendang keluar sebagai kerajaan negeri apabila sudah mengkhianati amanah rakyat dan mula berbalah sesama sendiri.

bat8

Anonymous said...

PAS dibawah pimpinan Hadi Awang memang tidak ambil kira soal cekap,wibawa, kemampuan dan kebolehan apabila membuat sebarang lantikan.Itulah sebabnya Trengganu dan Kedah mampu dikuasai hanya satu penggal.Memang Hadi Awang bijak keluarkan ayat-ayat AlQuran dan Hadith bila berucap tapi belum jumpa Hadith yg maksudnya:Sekiranya dilantik orang yang bukan ahlinya, sedialah menerima padahnya.Hadi Awang jenis pemimpin yg gunakan "wala" sebagai syarat utama bila buat lantikan.PAS dudah dihinggap penyakit "menantu" dan "anak".Benarlah kempen PAS Trengganu " PAS ganti UMNO".

[O] X said...

PAS di Kelantan akan runtoh pada PRU akan datang.
Banyak sebabnya. Fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Anon (Bat8),
Selaku warga Kelantan komen anda wajar dipandang seriou oleh pimpinan PAS Kelantan.Menjadi hukum alam yg sudah berkuasa lebih dari 23 tahun akan sampai keperingkat menurun.Bunga-bunga kejatuhan sudah mula nampak dan sekiranya ia berlaku (didoakah tidak), maka orang Kelantan akan dan munkin sudah tahu, individu-individu yg dipertanggungjawabkan.Ada masa 4 tahun lagi untuk muhasabah diri dan buat perubahan.

Anonymous said...

sebagai anak kelantan, saya memerhatikan kepimpinan pas kelantan sekarang adalah lemah dan ketandusan idea perubahan dan pembaharuan ke arah kesejahteraan rakyat dan juga seperti menidakkan kerja buat YB Husam selama 23 tahun yg telah banyak berjasa kpd rakyat kelantan dan kehebatan dan kebolahan yg ada yb husam telah diperkecilkan...
kalaulah kekal keadaan ini hingga pru 14 ,rasanya sebuah kerajaan bn akan terajui negeri kelantan....

Anonymous said...

husam , permata peninggalan TGNA

membuang husam sama juga mcm meminggirkan legasi TGNA

pemimpin PAS ni .. serban cantik, janggut kemas, luaran nampak ulamak, solat puasa zakat haji umrah .. insyaallah cantik

tp penyakit hati tidak diambil berat.

hasad dengki sumaah riak takabur sombong sedang mewarnai hati mereka.

kemudian masuk pula dunia yg sedikit. setapak demi setapak mereka dihanyutkan syaitan

jatuh menjatuh fitnah adu domba pilih bulu..

malangnya tiada program intensif dlm PAS utk perbersihan hati.

yg ketua merasa ego bongkak ulama wali besar hampir2 maksum

yg pengikut taksub kpd ketua yg dianggap khalifah imam wali besar kasyaf yg mesti dipatuhi sepenuhnya.

maka masing2 dgn penyakit masing2... tp merasa betul




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...