JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, December 08, 2013

Zahid Hamidi pun sokong yang 'faqeh' jadi pemimpin dalam PAS?

  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini  dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. 

  Beliau mendakwa, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. Kata Zahid di sini 

  Dalam reaksinya, Mat Sabu berkata, dia sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid Hamidi. 

 “Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya.

  Beliau dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat. 

  "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi di sini .

  Walaupun Zahid tidak menyebut nama, umum jelas , bahawa Zahid merujuk kepada Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dan adalah merupakan pemimpin nombor dua PAS.

  Dalam perkara ini, Korang semua jangan marah aku kerana aku mahu tabik spring diatas keberanian Zahid yang menghukum Mat Sabu sebagai Syiah. 

  Keberanian yang membabi buta Zahid ini bakal diambil tindakan undang-undang oleh orang yang kena tuduh, Mat Sabu.

  Zahid Hamidi berani berterus terang tuduh Mat Sabu sebagai pengamal fahaman Syiah. Hinggakan TV3 , RTM dan lain-lain stesyen TV tidak berani menyiarkan tuduhan Zahid itu. Jenuh aku tunggu tengok berita kalau-kalau akan ada disiar kenyataan Zahid yang tuduh Mat Sabu sebagai Syiah.Nehi, Yellek poh! Ha!ha! ha! Tentu takut kena saman Mat Sabu!

   
  Walau bagaimana pun, Zahid tidaklah penakut sebagaimana beberapa kalangan pemimpin PAS yang hanya berani berkempen 'disebaik tabir' sewaktu pemilihan di Muktamar PAS ke 59 yang baru lalu.

  Macai-macai yang mahukan Mat Sabu tersingkir telah berhempas pulas menyibarkan fitnah jijik dan liar tetapi tidak berani bertanggung jawab. Mereka berlindung disebalik nama-nama seperti El-Eraki, Ulama' Pemimpin Kami, Ismadiazrinaismail, dan lain-lain.


    Macai-macai ini bukan sekadar menuduh Mat Sabu sebagai Syiah, Islam Liberal, Bapa Anjing .... malah tergamak menuduh Mat Sabu  sebagai KAFIR! Lihatlah sebagaimana screen shot dari laman fesbuk diatas
 

  Malah Zahid pernah dilaporkan mahukan Mat Sabu tersingkir dari jawatan Timbalan Presiden PAS yang dipertahankan itu.


   Namun Mat Sabu berjaya mengekalkan kedudukannya didalam PAS dan nampaknya, bukan sahaja dikalangan tertentu dalam PAS yang hampa dan kecewa dengan kemenangan Mat Sabu itu, malah Zahid juga terbukti turut kecewa dan terus berdendam rasa diatas ‘Unsinkable Mat Sabu’ Kekecewaan Zahid itu jelas digambarkan melalui ungkapanya :
 "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," 
   Woit! Zahid Hamidi pun sokong 'yang faqeh jadi pemimpin dalam PAS? Apakah tidak mungkin Zahid merupakan mastermain/perancang utama dalam ‘grand design’ yang mahu menyingkirkan Mat Sabu dari arus politik perdana PAS? 

  Amat malang sekali sekirannya ada kalangan orang PAS sendiri yang berkomplot dengan musuh hingga sanggup menjadi boneka mereka atas alasan ‘bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara’ konon-kononnya!

  Maka sebab itu, lihat dan tunggulah, apa komen dari fraksi UG ini. Tunggu dan tunggulah ….hingga kucing bertanduk pun korang akan terus menunggu!

  Aku tidaklah kenal siapa gerangan Fahmi Fadzil ini ~ samada dia ni seorang yang ‘faqeh’ atau ulama’ Haraki.Namun dia ni cepat-cepat keluarkan kenyataan membidas Zahid. Dia kata Tuduhan Syiah, Zahid hukum tanpa bicara – Fahmi Fadzil
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

TOBATLAH ! AKU YAKIN MAT SABU TAK BERANI SAMAN PUNYER...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...