JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, January 29, 2014

Boikot PRK Kajang - suatu kerja bangang

Nampaknya isu perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh bagi memberi laluan Anwar Ibrahim bertanding disitu menjadi topik  perbincangan panas di media.

 Ada yang kontra dan pro.Ramai juga yang mengarut dan meraban. Apa-apalah korang nak kata, katalah…kita hidup dalam Negara yang demokrasi. Bebas nak kata apa pun!

 Maka aku pun nak kata apa yang aku rasakan pula mengenai isu tersebut. Kalau korang nak marah, marahlah. Korang punya pasallah, sebab aku sokong tindakan Anwar tersebut dan pada aku dia harus disokong dan dipuji kerana berani mengambil tindakan tersebut.

 Terlebih dahulu, aku ucapkan syabas kepada Lee Chin Cheh diatas sikap gentlemannya. Walaupun beliau sebagai seorang pendatang baru yang bertanding dan menang besar dalm PRU lalu, namun beliau sanggup berkorban dan melepaskan jawatan tersebut. 

 Maka ada yang merungut meraban menuduhnya sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor. 

 Ada pula yang bilang ianya sebagai ‘pembaziran wang rakyat’. Mungkin pandangan sebegini kerana hanya melihat pilihan raya kecil tersebut semata-mata disebabkan oleh masalah dalaman PKR …. Baca di sini .

 Namun kemelut dalaman yang telah lama berlarutan tanpa kesudahan ini kalau terus dibiarkan begitu sahaja, pastinya ia akan bertukar menjadi senjata yang makan tuan sendiri dan akibatnya PR akan lenyap bukan sahaja di Selangor, malah dimuka bumi ini!

 Malah ada yang meraban mengelemot sampai ugut nak boikot PRK Kajang!  Aku rasa ada udang disebalik batu di sini ... mungkin kerana situasi kerusi yang PAS menang 15 ni …. Alang-alang nak boikot Anwar  dalam PRK Kajang ni nanti, lebih baiklah korang letak calon korang sendiri! Jika PAS menang, bolehlah meningkat jadi 16 kerusi .... dan PAS boleh lantik MB dikalangan mereka! Kalau rancangan suci ini tak menjadi, maka berlakulah sebagaimana di Kota Damansara yang baru lalu : PAS berjaya menangkan Umno! Apakah ini yang PAS inginkan di Kajang kali ini?




Cer korang fikir-fikirkan sendiri, mana lebih baik daripada mereka yang juga baru jadi wakil rakyat dan masih muda-muda belaka tetapi yang kerjanya cuma duduk goyang-goyang telor dalam dewan selama ini? Aku tak nak sebut nama-nama mereka yang buat kerja semacam ini. Korang tengok-tengoklah kiri kanan korang sendiri…..bukan jauh sangat dari korang tuh!

 Tapi sebelum sibuk nak cari wakil rakyat yang hanya goyang telor itu, cer korang fikirkan, senang-senangkah bagi Lee Chin Che nak melepaskan jawatannya itu begitu sahaja? Itulah pengorbaanannya sebagaimana yang dia  katakan, “demi untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.” 

 Mungkin ada yang akan kata, pengorbanan taik kucing apa? Lee tentu dijanjikan sesuatu yang besar oleh Anwar ….. Jawapan aku, takkanlah Anwar akan mudah melupakan pengorbanan Lee Chin Cheh. Apakah satu kesalahan kalau baik dibalas baik? Bukankah Allah SWT sendiri ada menyatakan : Hal jaza-ul ehsan illal ehsan? (Ar Rahman :60) 

 Pada aku, Anwar sudah tidak ada pilihan lain.Kemelut dalaman parti yang telah lama berlarutan perlu dibereskan segera sebelum ianya menjahanamkan dan memporak perandakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu sendiri. Maka amat benarlah sebagaimana alasan yang diungkapkan oleh Lee Chin Cheh mengenai persaraannya itu : “demi untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.” Apakah itu kerja pengkhianat?

 Lee Chin Cheh bukan lari dan melompat bertukar parti.Dia boleh buat demikian kalau dia mahukan kemewahan hidup semata-mata.Dia tidak melakukan kerja buruk macam itu walaupun ada ramai orang Islam di Malaysia ini yang buat kerja tidak senonoh itu. BN memang impikan dan sanggup letak harga yang kita tidak akan terfikirkan jumlahnya. Kesian, bangsat betul mereka yang menuduh Lee yang bukan-bukan!

 Tiada jalan lain selain Anwar sendiri meletakkan dirinya sebagai MB Selangor. Ini kerana dari pelbagai sudut peristiwa, ia adalah kelemahan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim itu sendiri.

 PKR tidak boleh meletakan Rafizi Ramli sebagai pengganti Khalid walaupun orang muda ini mempunyai potensi yang cemerlang.Beliau berada diposisi  yang terbaik sebagai ‘penyerang’ sekarang ini dan banyak serangannya yang telah menggegarkan kubu BN. Kalau dia jadi MB, dia diibaratkan sebagai ‘penjaga gol’ sahaja …sebagaimana Khalid sekarang ini yang asyik diterjah oleh ‘defender’ pasukan sendiri….Korang nampak kan? Kalau tak Nampak, korang tengok dalam mangkuk air Nujum Pak Belalang …tentu Nampak kan? “Hanya anak luar nikah sahaja yg tidak nampak”~ ikut kata P.Ramli dalm Nujum Pak Belalang! 

Nak letak Azmin Ali? Tak perlulah nak ulas sangat. Pastinya Khalid akan mencebik dan muncung mulutnya! Dia tidakakan beri laluan semudah itu kepada musuhnya. Kemelut akan out of hands jadinya nanti.Lupakanlah Azmin. Lagi pula Pakatan Rakyat tidak akan memberin konsenses kepadanya.

 Tetapi Anwar memang telah mendapat konsenses PR. Awal-awal dulu lagi DAP dah beri konsen kepada Anwar jadi PM kalau PR menang ke Putra Jaya.PKR yang walaupun punyai 14 kerusi diberi laluan menerajui Selangor walaupun PAS berjaya meraih 15 kerusi adalah diatas gesaan DAP yang juga mempunyai 15 kerusi. 

 Walau apa pun, semua ini adalah satu pengajaran yang baik untuk kita semua.Khalid dilihat gagal diberikan nasihat yang sewajarnya  atau mungkinkah dia seorang yang tak makan nasihat? Bukankah dia yang lantik Anwar sebagai 'Penasihat' kepadanya?

 Keadaan ini menyebabkan sokongan daripada rakan-rakan Pakatan, terutama orang-orang dari dalam PKR sendiri goyah. Dalam sistem demokrasi, perundingan sebenar dan membuat keputusan bersama adalah perlu. Jika anda seorang pemimpin yang berwawasan, perlu ada ruang untuk rakan-rakan dan musuh untuk mengkritik wawasan itu - dan menerima baik - jika ia adalah untuk berjaya direalisasikan. 

 Khalid sepatutnya dapat mengambil sedikit pelajaran daripada kejatuhan PAS di Kedah dalam PRU-13 lalu. Begitulah akibatnya apabila gemar bertelagah sesama pasukan sendiri dan tidak mengendahkan langsung kewujudan PEMANDU yang diwujudkan untuk membantunya sebaliknya PAS Pusat dianggap telah memalukan dirinya ......

Khalid dilihat agak lebih baik sedikit dari yang di Kedah tu dulu. Cumanya Khalid  hanya lebih suka berunding dan menerima pakai pandangan ahli-ahli exco dan beberapa YDP tertentu di Selangor dan tentunya ini tidak mampu memberikan maklum balas berguna tentang sentimen di kalangan akar umbi dan aspirasi mereka.

 Adalah penting untuk berunding dan berhubung dengan akar umbi. Sebagai contoh, perundingan yang lebih luas dengan akar umbi akan memberitahu Khalid bahawa keputusan untuk anugerah besar kenaikan gaji untuk wakil-wakil yang dipilih di Selangor, termasuk kenaikan 231 peratus bagi anggota exco, adalah membawa padah buruk terutamanya ketika masa rakyat dihimpit kos sara hidup yang lebih tinggi. 

Terbukti bahawa orang ramai tidak mahu melihat pemimpin mereka hidup dalam serba kemewahan sebagaiman mereka bencikan perangai boros Rosmah Najib dan beberapa pemimpin Umno/BN - sedangkan rakyat biasa terbiar dengan kehidupan yang lebih sukar. 



 Bukan main gah lagi bila memperkatakan tentang adanya RM2.8bilion dalam rizab negeri Selangor yang terkumpul dibawah pentadbiran Khalid. Sepatutnya sebahagian wang tersebut dibelanjakan untuk mempertingkatkan kemudahan bagi rakyat. 

 Anwar sendiri pernah menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik. Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.Cer baca di sini  

 Apalah gunanya negeri yang begitu banyak wang rizab terkumpul sedangkan ramai rakyat yang berpendapatan rendah di Selangor yang perlu dibantu dan dahaga untuk mengecapi nikmat kejayaan Pakatan Rakyat! 

 Mungkinkah kerana jumlah wang yang banyak itu juga, maka terdapat beberapa ahli politik berebutan untuk berkuasa ke atas wang tersebut? Entahlah; sama-sama kita lihat episod seterusnya.

 Adalah sesuatu yang dikesalkan berlaku kepada Khalid sebagai MB yang telah mempunyai peluang yang sebenar untuk membela nasib rakyat marhaen tetapi tidak kesampaian.

 Pendirian tegas Khalid dalam melindungi kepentingan rakyat semasa rundingan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk mengawal aset-aset air Selangor dan dalam mengelak kenaikan tarif air selama enam tahun sebelum ini menyebabkan dia memperolehi ramai penyokong. 

 Tetapi kebimbangan mula timbul selepas Khalid memberikan lampu hijau bagi pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dan mengumumkan bahawa negeri dan kerajaan persekutuan bersama akan mengambil alih aset air. 

Perjanjian konsesi baru dijangka akan berat sebelah dan memihak kepada syarikat  baru yang bakal ditadbir oleh Presiden Kumpulan Darul Ehsan Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Inc. (MBI) Faekah Husin. sumber 


 Anwar menawarkan dirinya untuk pilihan raya di Kajang, kerusi yang dianggap sebagai selamat bagi Pakatan. Pada pilihan raya umum 2013, PKR Lee Chin Cheh memperolehi 19.571 suara lebih daripada lawannya MCA (12747) untuk menang dengan satu peningkatan 6824 Majoriti (2008-3268 undian) dengan 88.40 peratus pengundi keluar mengundi. 

Kita amat berharap dengan kemasukan Anwar dalam pentadbiran negeri secara direct, akan menyebabkan negeri Selangor ini diuruskan dengan lebih baik dan berkesan.

 Sama ada kemasukan Anwar itu satu langkah yang bijak atau sebaliknya, hanya pengundi sahaja yang akan menentukannya. Korang jangan jadi duri dalam daging sudahlah!
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Suatu analisa yang cukup jelas dan memperlihatkan fikiran yang tajam dan rasional. Kalau pimpinan Pas terus dengan perangai sebegini, jangan harap menang esok

Anonymous said...

Sangat setuju brother.....inilah masa rakyat menuai sebanyak mungkin..,,BN sudah pasti menaborkan berbagai2 bagi merasuah pengundi....ada gula murah, beras murah /mungkin percuma, minyak murah? Projek2 mee segera,...jom pakat ramai2 keKajang beli gula jurah, beras murah kita turun bantu biar majority 100% PR hu hu hu....

Anonymous said...

Nanti lu pergilah kempen/cula. Bukit Gantang dulu aku pergi walau pun jauh. Tapi kali ni walau pun sebelah daerah je...sorry gua tak minat.

Anonymous said...

Pemimpin bawahan PAS banyak bermain dengan Emosi dan Fantasi dari Realliti.

bat8 said...

Aku sokong pendapat anon 5:09 diatas.

Cuba tengok pula aspek serangan yang diterima oleh Najib yang sedang menghadapi serangan dari puak Mahathir dari dalam dengan tindakan mengadakan PRK Kajang ni.

Pertama PR memberi peluru berpandu kepada puak Mahathir untuk menyerang Najib lagi. Hari ini pun Mahathir dah kene Najib pasal pemimpin yang ada kuasa dok sebok mengkayakan diri. Belah Najib lagi le parah. Pertama dia kena hadapi PRK Kajang di kawasan yang BN sukar nak menang. Kedua dia kena risau serangan puak Mahathir yang menggunakan isu PRK Kajang ni.Leper Najib nak hadapinya....kita tengok la kelaku Najib dalam seminggu dua ni untuk tengok sejauh mana keupayaan Najib menghadapi cabaran taraf abak jantan ni.

Najib mempunyai peluang untuk tidak meletakkan calon BN dalam PRK Kajang ini jika kita ambil panduan semasa PRK Penanti tempohari. Jadi samada Najib letak ke tak letak, dua-dua dia kena. Jika kalah Najib kena walaupun sukar bak menang kat Kajang. Tak letak pun orang UMNO akan balun Najib. Taja calon pun Najib tak lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...