GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, January 15, 2014

Harap korang boleh turut serta untuk membantu Majlis Makan Malam Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat


Walaupun kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat, ia tetap tidak mematahkan semangat wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Ketidakadilan BN tidak akan menjadi batu penghalang kepada mereka untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin dikawasan masing-masing. 

Maka mereka terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan dana dengan mengadakan pelbagai program bagi membantu rakyat dan untuk membiayai perlaksanaan projek pembangunan di kawasan yang mereka wakili.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dua buah kereta kempen PRU Ke-13 nya terpaksa dilelong untuk membiayai operasi Pusat Khidmatnya dalam membantu warga Shah Alam yang memerlukan. Sila baca  di sini


Sementara itu, Radzi Zainon, Adun Sungai Rapat dalam usahanya pula  kini sedang mengusahakan Majlis Makan Malam pada 9 Februari 2014, Ahad jam 7.30 malam di Hotel Tower Regency, Ipoh dengan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas MB Perak, Nizar Jamaludin pada majlis tersebut.

 Harap korang boleh turut serta untuk membantu dengan menempah satu meja RM500.00 (10 orang) atau satu kerusi sahaja yang harganya hanya RM50.00 sahaja.Sila hubungi Pahrul Rijal di 0125627996.

 Kerajaan Pusat telah memperuntukan sejumlah peruntukan setiap tahun untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen.

 Peruntukan yang diberikan itu adalah berbeza dari setahun ke setahun dan berdasarkan keadaan ekonomi negara. Pada 2007, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukan dan pada 2012, RM2 juta telah diperuntukan menurut khabar di sini 

 Peruntukan tersebut bukan untuk kegunaan peribadi pemimpin melainkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan BN itu adalah untuk kepentingan rakyat. 

Tetapi malangnya, Kerajaan Pusat telah menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan itu dan hanya memberikannya kepada Umno-Barisan Nasional (BN). 

 Peruntukan pembangunan oleh kerajaan persekutuan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) disalurkan kepada Ketua Bahagian Umno. Ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

 Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun mereka merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat. Ini adalah penyelewengan terhadap peruntukan Ahli Parlimen dalam perlembagaan Persekutuan. 

Kerajaan Pusat patut contohi langkah Pulau Pinang dengan memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang di sini. Dah baca entri ini, korang jangan lupa kol Pahrul Rijal!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...