GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, January 13, 2014

Jom bersantai di Kolam Air Mancur al-Husseyn.....

Hari ini aku memuatkan entri dalam blog ini dengan gambar-gambar kolam air mancur yang aku buat sendiri dihadapan laman rumah ku.

Sudah banyak kali kolam aku ini bertukar wajah.Isteri dan anak-anak aku pun kata 'projek sepanjang hidup'. Tak habis-habis dengan kolam.Ada sahaja yang nak dipinda dan diubah!

Inilah rupa kolam ikan ku (2007) .Boleh tengok di sini

Anak-anak aku merungut, "Abah tak habis-habis dengan kolam sejak kami kecil lagi!". Aku hanya tersengeh sahaja. Mereka lupa yang merekalah yang seronok sakan bila aku beri mereka peluang mandi dalam kolam ketika mula-mula aku buat kolam tu dulu. Cer lihat gambar bawah nih ~

Depa perasaan sedang berada dalam kolam renang!

Takkanlah aku nak marahkan mereka. Aku mendapat kepuasan sendiri dengan setiap kali aku buat upgrading keatas kolam ku itu. Kali ini aku buat overall upgrading termasuklah sistem penapisan airnya. Korang lihatlah sendiri gambar-gambar berikutnya.

Kolam ikan selepas upgrading dgn sistem penapisan air baru
 
Pohon teratai ...bila akan keluar bunga?
 
Tempat aku bersantai memerhatikan ikan dalam kolam
 
Lampu untuk kegunaan waktu malam
 
Dipenuhi dgn batu-batu kerikil sungai...
 
Irama gemersik dari air mancur yang memecahkan kesunyian malam ....
 
Keladi bunting ku mengeluarkan kembangnya pagi ini...
 
Seperti bunga plastik.Tetapi ini betul punya - hanya RM12/- sepasu!
 
Pokok pandan aku pacakkan kedalam batu-batu...
 
Di sisi belakang juga aku hias dgn tanaman air.Bonzai pun ada...
 
Nampak tak ibu ayam tu...dah menetaskan 2 ekor anak
 
Feeding taim... look, its cristal clear water ....

Anak-anak aku pun dah besar dan sudah ada yang berkeluarga....aku pun cetekan sedikit air kolam itu sebab risaukan keselamatan cucu-cucu ku ....Kena selalu dipantau bila cucuku balik ke sini ....satu kerja pula!

Anak-anak aku pun dah berubah, begitu jugalah dengan kolam ku

Anak lelaki ku no.2 (baju hitam) dan no.3 (baju Merah) 
bersama keluarga masing-masing
Comments
3 Comments

3 comments :

DaWaR said...

Salam Tuan,
Tahniah kerana menghasilkan suasana rumahtangga bagaikan syurga ...

Elkay Tiger said...


As salam.. memang cantik kolam ikan tuan.. i like.

alhusseyn said...

Terima kasih diatas pujian-pujian korang semua.Perasaan betul aku bila korang puji!! Kah!3.Segala pujian itu adalah milik Allah dan Allah mmg sukakan yang indah-indah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...