GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, January 18, 2014

Najib : Saya suka makan kangkung ....


Mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan. 

 Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang. 

 "Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan .... kata Najib di sini


Kalau sejak dulu lagi Najib dan Rosmah gemar makan kangkung, dan tidak mengimport daging panggang dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain, sudah barang tentu majlis sambutan ulangtahun Najib yang hanya untuk 100 tetamu dulu itu tidak akan memakan belanja hingga RM79,053.

Kecoh satu negara ketika Najib buat hari jadinya pada 24 Julai 2011, bukan hanya disebabkan  perbelanjaan yang mahal itu sahaja, tetapi kerana majlis dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri (menggunakan wang rakyat) walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib, kata Rafizi di sini .

Gambar hiasan dari sini

Rakyat juga berasa hairan bagaimana 100 tetamu boleh minum 5 gallon air minuman? Minum air zamzam ? 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...