GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, January 15, 2014

Wasatiyyah hanyalah ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’

Sambutan Maulidur-Rasul tahun ini bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' ~ dimana PM Najib mengajak seluruh rakyat supaya mengamalkan pendekatan sederhana bagi memastikan keharmonian dan perpaduan yang terbina selama ini terus kekal.

 "Hakikatnya, wasatiyyah berpaksikan keadilan sosial, keunggulan atau kecemerlangan dan keseimbangan serta kesederhanaan. Wasatiyyah bukanlah bererti mundur, ambil mudah dan pendekatan ekstrem yang boleh menggugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi kepada sesebuah negara." ( Teks penuh di sini )

Pentadbiran Najib menggunakan kalimah ‘Wasatiyyah’ satu istilah yang punya perencah ‘perasa ugama’ untuk memperlihatkan seolah-olah dasar transformasi yang dia lakukan sekarang ini adalah Islamik.

 Tetapi sejauh mana kemampuan Najib untuk mengaplikasikan konsep wasatiyyah dalam pentadbirannya itu? Latar belakang Najib begitu asing dengan nilai-nilai Islam itu sendiri.

Cerita-cerita mengenai isterinya yang punya expensive taste (Cincin dan Gelang Berlian, Beg Tangan Birkin, Jam Tangan, pakain berjenama pelbagai lagi ….) hinggakan ada yang menggelarnya sebagai Imelda Marcos Malaysia sangat bertentangan dengan amalan hidup wasatiyyah 

 Malah Najib sendiri juga terkenal sebagai boros ; pernah kecuh mengenai kos nyambut hari ulang tahun kelahirannya hingga membabitkan RM79,053!  

Apakah wasatiyyah namanya bila mana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Alkitab Malaysia dua minggu lalu dan merampas lebih 300 salinan Alkitab (Bahasa Melayu) dan Bup Kudus (Bahasa Iban). Kalau ini bukan tindakan biadab dan ekstrem , apa bendanya?

 Bukankah di bawah Najib, kabinet telah meluluskan penyelesaian 10 mata pada tahun 2011 yang membenarkan bahasa Melayu Alkitab yang bebas diedarkan di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung Malaysia mesti mempunyai cop "Bagi Penganut Kristian Sahaja". 

 Tidakkah tindakan JAIS tersebut mencemarkan imej Islam sebagai rahmat untuk semua, yang antara lain ialah kebebasan untuk agama termasuk kitab suci mereka. 

 Tindakan tersebut juga telah melanggar semangat kebebasan beragama yang telah mengambil kira bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. 

Najib terus membisu tidak kata apa-apa mengenai tindakan JAIS tersebut. Terbukti, pentadbiran Najib gagal bertindak keatas mereka yang bersikap melampau.

Ibrahim Ali , presiden Perkasa, pernah mendesak membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah” masih senang-senang duduk dibangku sambil goyang-goyang telor …

 Walau pun polis telah mengesahkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang,namun hingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tindakan diambil keatas keceluparan kenyataan Ibrahim Ali itu. 

Sebaliknya, pentadbiran Najib , melalui beberapa ajensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) telah membantu aktiviti Perkasa. Baca di sini 

 Begitu juga terhadap Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin yang menghina kaum India dan agama Hindu! Klip videonya sudah dikeluarkan dari U-tube tapi boleh rujuk di sini 

 Namun begitu, dalam PRU 13 lepas, Najib melantik Zulkifli yang tidak menjadi ahli mana-mana parti komponen BN, hatta UMNO, sebagai calon BN untuk bertanding di Parlimen Shah Alam!

 Bukankah ini bukti sebagai sokongan kepada kumpulan extremis, chauvinis, rasis Melayu tersebut? 

Najib ni tak boleh pakai langsung! Lain yang dia cakap, lain pula yang dia buat. Najib tidak ubah ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

kangkung serupa kangkung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...