GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, February 13, 2014

Beranikah Guru-Guru Berdemo? Bio Beno Kome!

   Seingat aku, pernah sekali dulu guru-guru NUTP buat demo pada tahun 1969 dulu. Itu jam aku sekolah dalam tingkatan lima...Tak dipanggil demo pun.....dikenali sebagai 'MOGOK KERJA' lama benar tak ketemu dgn istilah itu sekarang!

  Lepas dari itu tak adalah lagi sehinggalah timbul ura-ura baru-baru ini ...Tentu ada sebab yang dah tak tertahan bagi guru-guru yang selama ini mereka pendamkan.

  Tiga tahun lalu sudah timbul ura-ura untuk berdemo di seluruh negara di sini. Tapi hampeh!

  Apakah kali ini guru-guru sudah berani untuk berdemo?  Kalau ikut kenyataan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), mereka akan meneruskan rancangan untuk berdemonstrasi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 22 Februari untuk mendesak Putrajaya menghentikan program penilaian tiga tahun pelajar.

  Demikian jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

  Muhyiddin ketika memberikan ucaptama dalam Persidangan Agung Umno 2013 memberikan janji untuk mula membuat Semakan Kajian PBS Online bagi memperbaikinya bermula April 2014. Beliau berharap guru boleh bersabar sehingga ke tarikh itu.

  Bolehkah guru-guru bersabar? Kah! Kah! Kah! Engkau dah tak jadi guru bolehlah cakap macam tu Din! 

  Ramai yang bantah sistem penilaian tersebut; termasuklah tokoh pendidikan negara, bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Aziz sendiri.


   Malah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad AgusYusof, berkata ada enam masalah yang disebabkan oleh PBS ini. Korang bacalah di sini

  SGMM mendakwa sistem PBS menambah beban kepada guru dan tidak memberikan manfaat kepada mereka.

  PBS dilaksanakan pada 2011 bermula dengan murid tingkatan satu, dan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melahirkan murid cemerlang dalam pelbagai segi, berbanding berorientasikan peperiksaan.

  Menerusi sistem ini, tiada peperiksaan akhir tahun dan setiap hari guru dikehendaki menilai pelajar berdasarkan enam tahap, bermula daripada aras pemahaman sehingga tahap tauladan. Data kemudiannya direkodkan ke dalam sistem komputer berpusat.

  "Kita mempergiat kempen mendesak kerajaan memansuhkannya, bukan dikaji lagi," kata jurucakap SGMM itu di sini.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...