JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, February 27, 2014

Bukan salah Pak Mertua Ku....Bukan! Bukan!

Berikut adalah penjelasan menantu Presiden.Jangan ketawakan bila baca alasan-alasan yang dia berikan... Aku bersimpati dengannya kalau begini daya intelek yang mampu dipaparkan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS. Sila korang fahamkan betul-beul apa yang dia nyatakan sebagaimana berikut: 

 ISU SAMAN: AWASI FITNAH YANG SEDANG BERLEGAR

Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut.

 Ada berita lain pula menyebarkan bahawa pejabat PAS Marang yang cuai kerana surat-surat mahkamah dialamatkan ke situ walhal ianya tidak berpenghuni. Ada pula pihak yg cuba memalitkan perkara ini kepada setpol tg presiden seolah-oleh cuai dalam bertindak.

 Semua berita sebaran ini memburukkan semua yg ada disekeliling presiden bg menggambarkan kelemahan presiden.

 Apabila isu ini dibangkitkan, semua akan lupa siapakah yg menguruskan sehingga TGHH seolah-oleh berlaku kegagalan bagi pihak TGHH memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?

 Pokok utama isu saman ini yang berbangkit hanya satu sahaja, iaitu TGHH seolah2 tidak menghantar peguam mewakili beliau dalam kes ini. Akhirnya selepas procedure tertentu, keluar surat Perintah mahkamah tersebut. Jadi pokok utama ialah siapa yg uruskan kes ini daripada awal?

 Adapun isu2 lain::

 1. Pengumuman tghh: ia tidak salah dan saya yakin telah dibuat dengan teliti demi menyelamatkan parti drpd wakil rakyat lompat slps menang spt di perak sehingga jatuh kerajaan negeri.

 Isu ini hanya berbangkit jika berlaku perbicaraan dan TGHH di dapati bersalah dan fitnah. Realitinya, ia belum berlaku dan agak mustahil akan berlaku darisegi fakta dan realiti kes, khsusnya TGHH tidak pernah menamakan Syamsul dalam mana-mana kenyataan mahupun ceramah.

 2. Pemberi maklumat kepada Tuan Guru: adalah menjadi tanggugjawab dan lewajipan jika itu benar2 berlaku. Mereka tidak perlu dipersalahkan jika maklumat itu betul dan tepat khususnya apabila mereka berani dan sedia tampil. Ia adalah isu dimahkamah kalau berbangkit. Saya yakin, isu ini tidak akan timbul kerana tghh x sebut wakil rakyat mana.

 Isu ini hanya berbangkit apabila mereka enggan tampil di mahkamah sebagai saksi TGHH, atau hanya selepas terbukti maklumat itu adalah rekaan mereka. Sehingga kini, tiada satu perbicaraan pun berlaku. Jadi masih terlalu awal untuk salahkan mereka.

 3. Setpol cuba dikaitkan sebagai cuai. Walhal setpol telah jalankan tugasnya dengan menyerahkan surat pertama dahulu kepada lawyer berkenaan.

 Isu ini hanya berbangkit jika Setpol TGHH ada firman guaman dan dilantik oleh TGHH menguruskan isu ini. Tapi ini langsung tak berlaku.

 Jadi isu utama yg timbul dan berbangkit ialah, apa yang telah dilakukan oleh lawyer yg diamanahkan menguruskan isu ini sedari awal surat pertama sampai? Siapa yang letakkan alamat surat menyurat kes ke Pejabat Marang? Jawapan ini perlu diberikan oleh pihak yg bertanggungjawab bukan divert kepada orang lain yang tidak berkenaan sehingga menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.

 Dalam masa yang sama, saya rasa agak kesal apabila ada pihak mengkategorikan isu ini dengan isu peribadi TGHH.

 - Ustaz Zaharudin Muhammad.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

yg pasti ada org yg tak ingin perkara ini dibicarakan dimahkamah. kalau ada perbicaraan sudah tentu
soalan utama ialah apa bukti tuduhan hadi? apa sumber maklumat beliau? siapa yg beritau hadi? inilah yg nak dirahsiakan...

Anonymous said...

Aku selalu baca kenyataan Mahathir, dia tak pernah bersalah, dia tak salah tentulah dia tak perlu mintak maaf... dan yg asyik2 disalahkanya & yg jahat serta khianat sume nya kat org lain...tup2 skrg aku nampak ego yg sama sebijik dgn Mahathir ada kat menantu dan pak mentua yg sgt fakeh dan warak,,,canteek bebenor yeop!

Anonymous said...

hahah bodo sendiri dah ler menantu weh, jangan tunjuk k eorang lain bodo mung tuh, hancur pas kalau org jenih gini jd bos depa masa depan,,,semua hok pok mertua buat betul laker adok saloh sikit pong,hahaha mcm dia letak calon bodo di subang gok tuh, sama jer,,

Anonymous said...

Buatlah muhasabah diri. Allah ingin mengajar dari kes ini supaya kita jangan terlalu bongkak dan takjub serta ego terhadap kehebatan diri sendiri walau dimana kedudukanpun kita berada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...