GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 21, 2014

Kenapa Pemimpin PAS tidak ada bersama?

 Aku sahaja nak tahu...apasal tidak ada sorang pun pemimpin PAS turut hadir sebagai tanda solidariti ketika perbicaran Karpal. Apakah kerana sibuk kerana nak mengadakan demo anti Kassim lepas Jumaat nanti maka mereka tidak dapat hadir? Malaysian Insider melaporkan :

Karpal didapati bersalah kerana menghasut 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA  



Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009.

 Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

 Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

 Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat akan hilang kelayakan bagi jawatan itu jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara melebihi tempoh setahun.
 Turut hadir di dalam bilik mahkamah yang penuh sesak itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 Karpal menyertai senarai pemimpin DAP yang disabitkan di bawah undang-undang zalim yang sifatkan oleh pengkritik direka untuk menyekat perbezaan pendapat.

 Mendiang Dr Ooi Kee Saik, bekas ketua DAP Pulau Pinang, adalah individu pertama yang mengalaminya pada 1970, diikuti mendiang Fan Yew Teng, ahli Parlimen Kampar yang juga pemangku setiausaha agung DAP, pada 1975.

 Ketua Menteri Lim Guan Eng didapati bersalah atas kesalahan yang sama pada 1998 dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan. Beliau kembali ke arena politik negara pada 2004.

  Karpal dikatakan melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009.

 Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu didakwa berkata bahawa penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan Azlan Shah boleh dipersoalkan di mahkamah undang-undang .

 Karpal memberi hujah pembelaan bahawa apa yang dikatakan adalah pendapat undang-undang dan tidak menjadi ancaman kepada Sultan, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara sebelum itu.

 Pasukan pembelaannya juga menyatakan pertuduhan dirangka dengan niat jahat kerana ada orang lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan lebih teruk tetapi tiada tindakan diambil. – 21 Februari, 2014.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Over my dead body

Anonymous said...

Elok le dia dihumban dalam penjara. Mulut lebor sangat.
Konon2nya nak depen Nizar... drama je tu. Jenis spesis benggali. Seduit aku x percaya. Silap2 ponggong kamu dimainnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...