GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, February 12, 2014

Mampukah Shafee melakukannya dengan 'Saksi yang tidak boleh dipercayai'?

  Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak bantahan Anwar Ibrahim yang mahu mengenepikan Muhammad Shafee Abdullah sebagai Pendakwa atas alasan dia dikenali sebagai peguam umno.

  Shafee dimasa-masa lalu pernah menjadi penasihat perundangan kepada Abdullah Badawi, Najib dan Rosmah, Khairy Jamaludin, Nalla dan lain-lain.

 Maka hari ini, Shafee yang terus berdegil, dijangka membawa pendakwaan di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pembebasan berhubung kes liwat2 Anwar 

  Lawyers for Liberty mempersoalkan peranan Shafee sebagai pendakwa utama dalam kes rayuan liwat 2 Anwar. Menurut mereka, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menarik lesen guaman yang diberikan kepada Shafee untuk mengendalikan kes Anwar ini. 

  Alasannya? Mahkamah Tinggi pernah menolak rayuannya selepas dia didenda RM5, 000 oleh Peguambela dan Peguamcara Lembaga Disiplin kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Undang-Undang.  Sumber 

 Tidakkah lelocon namanya, apabila Shafee terpaksa bergantung kepada testimoni dari bekas pegawai polis, DSP Jude Pereira , saksi utama yang sama yang pernah dia cerca sendiri sebagai 'saksi yang tidak boleh dipercayai' sewaktu siasatan Suhakam 2009 lalu?
 
Samada DSP Jude Pereira tidak berkata benar atau mengidapi serangan hilang ‘akal,” tulis Shafee yang mempengerusikan 3 panel siasatan Suhakam.

  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Pereira telah menceroboh bahan bukti penting dengan membuka bungkusan sampel tanpa alasan yang kukuh.Tindakan Pereira ini telah dijadikan sebab utama kenapa Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar. 

  Bulan lepas, Pereira gagal dalam usahanya dilantik ke Malaysian Bar, setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bekas pegawai polis itu sebagai 'tidak layak untuk diterima masuk sebagai peguam dalam Mahkamah Tinggi' selepas menerima bantahan Majlis Peguam bahawa beliau adalah ' saksi yang tidak boleh dipercayai' dalam kes penangkapan 5 peguam di Kuala Lumpur yang telah membantu mereka yang ditangkap semasa candlelight vigil.

  Pereira , sebagai pegawai penyiasat dalam kes Liwat Dua, kini merupakan saksi utama dalam rayuan bicara Liwat Sumber

  Tugas pendakwaraya bukanlah  hanya membuat dakwaan semata-mata, tetapi untuk mengemukakan bukti yang kukuh. Mampukah Shafee melakukannya terhadap Anwar dengan saksi utama yang Shafee sendiri pernah chop didahinya sebagai 'Saksi yang tidak boleh dipercayai'?
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...