GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 26, 2014

MOU AIR SELANGOR : Anwar bersetuju prinsipnya (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera

Kah! Kah! Kah!Macai Umno dah tak boleh main isu air di Selangor lagi....

  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.


Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

 "Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

 "Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi. Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.(Gamabar atas dan klip video atas) Baca seterusnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Ini kejayaan kedua YAB MB selepas berjaya mengambil alih pengurusan sisa pepejal di Selangor.Tahniah! Alangkah baiknya jika kepakaran YAB dapat mambantu memperbetulkan penswastaan sisa pepejal dan pembersihan nasional yang hari biru sejak 14 tahun lalu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...