GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, February 11, 2014

Murtad - Jangan salahkan agama lain ....

Adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.Demikian kata Ust Wan Ji Wan Husin.

 "Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.

 "Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya lagi.

 “Sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.

 "Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.

 "Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.

 Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.

 Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.

 "Malah, di dalam Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu menafikan dakwaan terhadap diri mereka.

 Beliau menegaskan mereka yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.

 "Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu." 

  Beliau seterusnya merujuk kepada serbuan Jabatan Islam Selangor (Jais) ke premis Persatuan Bible Malaysia pada 2 Januari lalu di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.

 Wan Ji memberi amaran tentang kesan menyekat kebebasan beragama orang bukan Islam berkemungkinan menyebabkan hak orang Islam disekat di negara lain.

 "Hari ini, Jais menyekat orang Kristian yang minoriti daripada mengamalkan agama mereka, dan esok, orang Islam akan melihat perkara yang sama berlaku kepada mereka di negara di mana mereka minoriti," katanya.

 Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, itu juga mengecam Jakim yang baru-baru ini menyalahkan orang Kristian dan Yahudi atas perpecahan orang Islam dalam khutbah Jumaat.

 "Itu satu dakwaan yang tidak berasas. Dalam sejarah Islam, orang Islam sudah berpecah sejak zaman Nabi Muhammad. Tidak ada kena-mengena dengan Kristian dan Yahudi.

 "Janganlah pandai menuding jari kepada yang lain sahaja," katanya, merujuk kepada Jakim. 

"Semak kelemahan sendiri dahulu." Alasan mengapa Jakim meletakkan kesalahan itu kepada Kristian dan Yahudi, kata Wan Ji, adalah untuk menutup kelemahan sendiri.

 "Orang Islam di Malaysia berpecah kerana ada yang mengajar keadilan mengikut Islam sementara ada yang meletakkan 'kaum Melayu' sebelum apa-apa, termasuklah Islam sendiri." katanya.

 Beliau mengatakan pendidikannya di Mesir dan Pakistan mendedahkan beliau kepada ajaran sebenar agama, dan hairan dengan perbezaan Islam di Malaysia.

 "Ia diMelayukan, dan meletakkan kaum sebelum agama, ini sangat merbahaya.

 Terdahulu, Wan Ji menarik perhatian kontroversi selepas membuat kenyataan menghasut tentang keluarga diraja. Beliau mendedahkan beliau sudahpun disoal polis sebanyak enam kali kerana kenyataan tersebut.

Aku cekau gambar Ketua Agama Islam Selangor mencemar duli
bersama rakyat biasa dari sini

 Bagaimanapun beliau tetap dengan kritikan beliau terhadap monarki Malaysia, bahawa Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

 "Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama.

 "Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa sahaja yang dilakukan oleh ketua agama menjadi agama itu sendiri.

 "Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam.

 "Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," tegasnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Majoriti Rakyat Islam Faham tetapi takut bersuara,yang jumub dengan falafah kemelayuan akan merasa terhina,pilih antara Islam dan Melayu.Total Islam akan taat hanya kepada Allah,bermaana merankumi segala apa yang di perintah yang di bawa oleh Nabi kita yang kit sayangi, Nabi Muhammad Sollullahu'alaiwassallam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...