GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, February 01, 2014

Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Kajang?


Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

  "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi.

Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. 

 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. 

 Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS.

Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. 

Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini
 
 Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu  PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....

Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang

 DAP berjanji akan bekerja keras untuk memenangkan Anwar dan mengisytiharkan sokongannya itu tanpa syarat! Tidak sebagaimana Pemuda PAS yang walaupun memberi akuan akan bantu tetapi seolah-olah macam terpaksa sahaja kerana banyak songelnya di sini


 Menyentuh kenyataan Khairudin, pertamanya perlu diperbetulkan mengenai apa yang beliau katakan : " .... bahawa kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Tetapi apa yang kita semua sedia maklum perlantikan itu adalah atas keputusan bersama termasuk DAP yang ada 15 kerusi (sama dgn PAS). Bukan semata-mata keputusan yang dibuat oleh PAS sebagaimana dakwaan Khairudin.

 Tetapi kenapa DAP memberikan restunya untuk PKR menerajui Selangor walaupun cuma mempunyai 14 kerusi, sedangkan PAS mempunyai 15? Umumnya, kita dinyatakan dengan alasan bahawa 'prestasi Khalid adalah baik.

 Kalaulah itu alasan yang sebenarnya, tidakkah PAS boleh membantah atas perkiraan bilangan kerusi yang lebih itu? Dan kalau PAS yang jadi MB, mungkin akan jadi lebih baik lagi...

 Namun saya merasakan  bahawa DAP terpaksa condong kepada PKR lantaran mahu menghukum PAS diatas kerja sabotaj yang PAS lakukan di Kota Damansara. PKR sepatutnya  boleh dapat satu kerusi di situ dan menjadikannya jumlah 15 kerusi kalau Presiden PAS tidak terpengaruh dengan hasutan menantunya lalu mengeluarkan watikah untuk PAS bertanding sama.




 Maka yang demikian, Khairudin janganlah nak mendabik dada dengan dakwaannya bahawa PAS berhak untuk jadi MB di Selangor. Dan tak payahlah mengungkap kata-kata yang sebagimana yang sering diguna pakai pencacai Umno ~ "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita" Sebagai seorang yang faqeh, beliau sepatutnya berasa malu diatas kerja-kerja khianat yang PAS lakukan di Kota Damansara pada PRU 13 lalu

Benarkah Presiden PAS kita tu bijaksana ketika beliau mengeluarkan watikah / lesen untuk mengkhianati rakan sendiri dan memenangkan Umno di situ?
  Korang perasan tak kenapa statement yang merah dan diboldkan kat atas itu? Sekali imbas kita merasakan bilangan 13 kerusi PKR itu adalah satu kesilapan angka sahaja kerana PKR mempunyai 14 kerusi sebenarnya kan?

 Tetapi kesilapan yang mungkin disengajakan itu boleh jadi 'kenyataan' sekiranya PAS memboikot PRK Kajang dan memberikan undi mereka kepada BN nanti! PAS Selangor dah mula mahukan sangat kerusi MB  di sini 

  Khairudin dan sewaktu dengannya berkata PRU ini hanya membazir wang dan tenaga rakyat dan berbagai …. Hoi! Bukankah Umno/BN membazir duit rakyat lebih banyak lagi dan hari-hari depa buat kerja pembaziran ini....

Jangan pula nanti ada yang kata "Masih ada lagi saki baki pengikut  Hasan Ali yang sangat mengidamkan ....  SUMBER
Comments
22 Comments

22 comments :

ras abu said...

Nampak sangat mamat PAS ni buta politik syok sendiri.

kalau orang PAS memerintah Selangor pasti akan jadi kes sama dengan Terengganu dan Kedah - musnah ranah dan tumbang

Anonymous said...

Ahli PAS sudah biasa dengan statement .... " Dan kalau PAS yang jadi MB, mungkin akan jadi lebih baik lagi..."

Persoalannya perkataan "KALAU" ...tiada dalam pemikiran Presiden PAS

bat8 said...

Tuan

Mangkok ni cakap sombong dan takabur. Dia lupa jika tidak kerana sabotaj Din Ayam di Kota Damansara, PKR juga memileki 15 kerusi DUN.

Mangkok ni pura-pura tak nampak tindakan tikam belakang oleh PAS dalam isu kota damansara. Walaupun ia adalah kerja Din Ayam tetapi dia mewakili PAS. Ini yang saya kata mangkok ni angkuh dan sombong.

Satu yang kita perlu perhatikan tentang mangkok ini. Apakah dia akan mengalas secara rasmi tugas sebagai STRIKER UTAMA UG setelah kembalinya striker utama ke rahmatullah baru-baru ini setelah diberi habuan "DATO" oleh DYMM Sultan Pahang?

Anonymous said...

Khairuddin ni bukan celek politik sangat.Tujuan dia nak ampu Presiden dah lupa apa Presidennya dah buat diKota Damansara diPRU yg lalu.Dia ingat orang dah lupa, sebenarnya dia dan Din Ayam yg lupa.Dr ni baru satu penggal jadi Ahli Parlimen tak nampak pun apa-apa kebolehannya diParkimen tak secerah Rafizi.Konon ada gelaran Dr nak tunjuk hebat malangnya dia tak hebat malah tak jauh dari taraf kangkong.

Anonymous said...

Hoi pemimpin PAS. Hampa ni gila ke atau nyanyuk? Hang ingat 15 kerusi yg dapat tu semua undi dtg dari orang PAS saja ke? Nak jadi pemimpin tapi bodoh. Fikir la cara nasional, ni tak ikut perangai UMNO. Bodoh piak. Hampa semua tahu tak, rakyat sekarang sokong Pakatan Rakyat kerana meluat dgn BN. Jadi PAS jgn perasan sgt ingat parti hang tu kuat sgt. Tolong setiap isu tu ditangani dgn rasa ukhwah demi melihat malaysia ditadbir oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan BN yg dibenci oleh rakyat sekarang ni. Ustaz2 dlm PAS. ..tolong jadi cerdik sikit jika nak berpolitik atau hampa bagi tazkirah saja biar orang yg layak jadi pemimpin. Tolong bersatu demi masa depan Malaysia & Islam yg menjadi teras hidup kita. Wassalam.

Anonymous said...

habis tu kes PERAK pada satu masa dahulu, Pas bukannya kerusi Majoriti..dapat gak kerusi MB...apa la Khairudin ni..berlagak tak habis2

rmj said...

PAS Umpama Pak Kadok ayam Menang kampung tergadai.....

Anonymous said...

PAS Umpama Pak Kadok ayam Menang kampung tergadai.....

ibnu bocaay said...

Aku membayangkan bn buat menda yang sama...dah sah la hangpa semua ni dok kutuk bn gila babi!!! Sekarang ni dah sah lah pas pun dah ada dah nak jadi bn, pkr soheh makrifat dah follownya...tinggai dap ja lagi..bagilah alasan apa pun...prk kajang ni memang bangang macam haram! Kita tak setuju kalau bn buat tapi kalau kita buat takpe? WTF? WTH?

Anonymous said...

pas kalu nak gabung dengan PR, gabunglah dengan semangat setiakawan yang tinggi. Kalau selalu nak bagi peluru hidup atau kejap ok kejap tak ok, baik undur diri la. Gi sana gabung dengan umno baru.

Cara dia keluar pendapat ni macam dah mula syiok nak gesel kaki dengan umno. Tak tau ker dia.... kang cakap bangang marah pulak

Anonymous said...

Khairudin ni ahli pas yang nampak tak ikhlas untuk bekerjasama dengan PR. Kalau ikhlas dia tak akan sentuh hati ahli2 pkr. PRU14 nanti, manusia macam Khairudin ni mungkin tiada dalam hati pengundi PKR dan DAP. Ingat tu..

firdaus mansor said...

Sheikh Dr. Mohd Khairuddin....tahniah dan selamat masuk syurga.........kah kah kah...ini lah masalah pimpinan pas sekarang.....mimpikah dia mengatakan pas mendapat majori PRU 13? Memang dia ni layak masuk syurga awal tanpa hisabbbbb.....Patut la Kedah perak Terengganu tewas!!!!!kah kah kah.....hai S/U dewan ulamak!!!!Kalau nak UG cakap la teranggggggg......kalau nak join umno pun tayah berselindung. Ameno=12, Dap=15 PKR=14 Pas 15. Kalau Pas join ameno pun baru 12+15=27 Ostaz hoi...pakai la otak klau nak cakap!!!

kamal ahmad said...

Sedap mulut je hentam pemimpin pas...langsung x ambil kira pengorbanan ahli2 pas

Anonymous said...

PAS mudah lupa... klau xde kerjasama dalam pakatan xkemana pun PAS ni. PAS ni parti kampung aje... Jangan ckp pasal khianat klau kita pun buat khianat pd PKR pada PRU13 aritu. Jangan sombong kerana dpt byk kerusi lbh dr PKR kerana itu semua adalah disebabkan perbuatan khianat kamu. PAS sentiasa berlagak boleh menang dan sentiasa betul pasal tu kamu kalah di Kedah. Jangan berlagak... contohilah TGNA...

Anonymous said...

Sekiranya pemimpin pas tidak gopoh dlm mngeluarkn kenyataan yg mnampakn tidak ceredik..kita ahli pas harus bersedia jugak menerima kritikan pedas terhadap pemimpin tersebut ..kita tidak pernah belajar dgn akhlak yg ditunjukn oleh almarhum mantan presiden ust fadhil..tidak pernah mnyingung rakan sekutunya..presiden kita yg laa cepat sght na melatah..tgok laa isu tuduhan terhdap calun pkr dtrnganu semsa pru13 yg srkrang mnjadi kes mhkamah.....kita jgnlahh taksub dgn pemimpin ta tentu psai...

Anonymous said...

tak lama lagi selangor akan terlepasla pada amno pasai geng songkok putih dah kelapaq nak jadi embee..negeri ke-3 akan tergadai.

Anonymous said...

skrg baru sy faham. pengkhianatan pas di kota damansara adalah untuk memastikan supaya PKR hanya mempunyai 14 kerusi.
kalau pkr dapat 15 kerusi sama spt pas, maka pas bimbang akan tertendang jauh kesudut dunia.
selama ini puak faqeh berserban berjangut dlm pas lah yang khianat. mungkin ada ayat Quran atau sabda Nabi saw yang membolehkan pengkhianatan ini.

Anonymous said...

PAS bertolak ansurlah Keadilan berada kini didatahap membangakan,PAS dengan keringat dan diri menjadi sasaran Pas tidak pernah komplain dan tidak berbanga diri kerja-kerja dilakukan ahli PAS,janganlah sampai lupa diri pula,berpakat dan berbincang dengan cara berhemah sebelum bersuara sendiran.

mansor khan said...

Asyik-asyik isu Damansara dibunyikan.... PAS tidak bekerjasama dengan PSM, bermakna PKR yang tikam belakang gi kerjasama dengan PSM tanpa rujuk dahulu dgn PAS dan DAP. So skrg siapa tikam siapa? Apa macam boleh pakai ka hujah ini?

Bila tegur PKR je kata MP PAS sudah goyang, sudah gesel kaki dengan UMNO. Amboi yang Anwar duk gesel kaki dgn Najib senyap2 takpa? Hang dah lupa kaa macai PKR?

alhusseyn said...

Salam mansor khan,Yang tikam belakang tu ialah Din Ayam PAS.Dia yg dapatkan watikah dari Pak Mentua dia Hj Hadi.Calon PAS di situ tidak mendapat restu PAS Selangor sendiri, ko faham tak?

Tempat itu telah diperuntukan kpd PKR, Dr Mohd Nasir bertanding kat situ menggunakan lambang PKR. Sebelum itu dia telah memenangi kawasan itu atas tiket DAP.Harap ko belajar lagi pasal isu Kota Damansara ini.Carilah maklumat kat internet...benda lain malas aku nak layan.Nampak sangat ko ni kurang maklumat....

Anonymous said...

DIKOTA DAMANSARA PAS MEWAKILI PAKATAN RAKYAT SEDANGKAN PSM BUKAN PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT.SO YG SALAH DR NASIR YG BERDEGIL NAK GUNA LAMBANG PSM DAN ANWAR IBRAHIM YG TAK TEGAS.... PAS SENIASA BERPEGANG TEGUH MEMPERTAHANKAN PRINSIP PR.

RamY said...

PAS, DAP & PKR ade pranan & sumbangnnye kpd klmahn maupun kkuatn PR. Tnpa slh satu drpdnye PR akn trkubur smcm sblum 2008.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...