GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, February 06, 2014

Sepak Terajang Anwar mensasarkan Umno

Adalah agak dikesalkan sekali , ketika berhadapan dengan keadaan yang dikira kritikal begini, Pakatan Rakyat di Selangor di lihat tidak bersolidariti sebagaimana yang sepatutnya.

 Kita sepatutnya menganggap PRK Kajang yang akan diadakan itu nanti sebagai memberi ruang kali kedua untuk rakyat Kajang menilai semula perkembangan semasa selepas PRU yang lalu…

 Suara-suara sumbang terutamanya dari pihak Pemuda PAS dan juga Setiausaha Dewan Ulama PAS yang mempersoalkan langkah silat Anwar sebagai sumbang adalah seolah-olah mahu mengajak rakyat supaya menghukum Anwar dan PKR dalam PRU Kajang ini. 

 Sepak terajang Anwar mensasarkan Umno/BN. Tetapi sepak terajang Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS mensasarkan Anwar!

Apakah mereka mahu rakyat kembali menyokong BN untuk bersetuju kembali ke kancah politik perkauman dan fahaman agama yang sempit Umno? 

 Kenyataan Mantan MB Selangor, Muhammad Muhd Taib mengenai PRK Kajang, membuatkan aku terfikir; apakah beliau sebenarnya mahu menyindir Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS ? Sepatutnya begitulah hendaknya!

 Antara yang diperkatakan olehnya ialah:
 1. PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. 

 2. “Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” 

 3. “PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi. 

 4. “Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting.” 

Kenyataan Penuh Muhammad Taib: 

 PRK Kajang peluang pengundi hukum BN
 (Sidiqin Omar) 

KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.

 Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 “Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.

 “Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar,” kata Muhammad kepada Keadilandaily.

 Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. “PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.

 “Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.

 “Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan,” katanya.
SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Bior PR susoh dan jd pape kedane, ase jgn puok2 mude kopiah putih tu dgn siNOMURO-UNO demer sifakeh yg jaje komunih pil kudde sampe dtg ke Kajang..sbb,

Bior teman khabor sie(sial) demer nih yeop, sbb demer nih terang2 jd beban dan bagi peluru idop kat LAWAN! Sape2 yg percaye ke demer nih ajernyer bodoh melampo2!

Demer tak singgoh dan tak nampok batang idong kat Kajang lagi baguih, sbb keroje demer hanye buat semok, mcm ulorr dlm semok suke patuk belit ikut belakang!

Bior teman khabor dgn terang bahawe niat demer nih sungguh 'suci' sekali bersame2 kekande demer si Asan Jati demi janji demer utk bersame2 setan yg dikenali! Demer dah "tetelan" umpan sbb tu demer wajib bayor bior perange seghoper jd mcm setan!!

Anonymous said...

Pemuda Pas masih belum matang lagi rupanya.. ingatlah sikit.. inilah kali pertama Pas dapat 15 kerusi diSelangor.. atas sokongan pengundi belbagai kaum bukan ahli Pas sahaja..

Kalau terus-terusan begini nanti sedikit demi hilang sokongan.. jadikan Kota Damansara sebagai iktibar untuk menghadai PRU 14.. jangan termakan jarum BN..

Terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...