GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, February 13, 2014

Tahun Kuda Kayu buat MCA! - Jilat jangan tak jilat!

 Pada perhimpunan agung parti 2011 dan 2012, MCA meluluskan resolusi tidak menerima apa-apa jawatan dalam Kabinet jika parti itu menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya umum 2013.

 Bagaimanapun, pada mesyuarat agung luar biasa 20 Okt tahun lepas, para perwakilan menolak usul untuk membatalkan keputusan itu.

  Kini hanya baru 3 bulan berlalu, usul itu ditolak, MCA seolah-olah seperti orang yang gila talak, mahu mengadakan EGM sekali lagi dalam usahanya untuk membatalkan usul tersebut.....

 Ini adalah berikutan 3 pempetisyen, Dr Mah Hang Soon, Chia Song Cheng dan Ng Chok Sin telah berjaya mendapatkan sokongan yang cukup dari perwakilan pusat tengahari tadi. Baca kenyataan akhbar mereka di sini

 Apakah kali ini resolusi tersebut akan berjaya dibatalkan? Sama-samalah kita lihat pesta MCA menjilat kahak mereka semula yang kemungkinnanya akan diadakan pada 26 Februari ini sempena perayaan ulang tahun ke-65 parti.

Nampaknya Presiden MCA Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Wee Ka Siong dan Naib presiden tidaklah kempunan dan mati beragan jadinya!

 Liow Tiong Lai akan kembali ke  Kabinet dan menjawat Menteri Pengangkutan sementara yang lain-lain berpeluang menjawat perjawatan diperingkat negeri dan majlis tempatan tidak lama lagi.

  Tahun 2014 ini merupakan tahun Kuda bagi masyarakat Cina, tapi MCA lebih cenderung untuk menjadi Kuda Kayu !

 

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...